Posted by: Abuaiman on: March 23, 2011
Atasi Kesesakan Lalu Lintas Dan Banjir Keutamaan Mayor Baru Kota Kinabalu
KOTA KINABALU, 22 Mac (Bernama) — Datuk Abidin Madingkir yang dilantik sebagai Mayor Kota Kinabalu yang ketiga pada 2 Feb lepas, meletakkan masalah kesesakan lalu lintas dan banjir kilat di bandar raya ini sebagai antara agenda utama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk ditangani.
“Mencari jalan penyelesaian kepada dua perkara ini yang sering menjadi topik hangat di bandar raya ini bukanlah mudah untuk dicapai dalam sekelip mata.
“Tetapi saya percaya kita harus mempunyai inisiatif untuk memulakan sesuatu dan mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang,” katanya pada majlis makan tengah hari DBKK dengan media di sini pada Selasa.
Beliau juga akan meneruskan agenda 3K DBKK iaitu kebersihan, keindahan dan keselamatan yang dimulakan mayor terdahulu Datuk Iliyas Ibrahim, terutama dalam memperhebatkan Kempen Anti Kutu Sampah dan program pengurangan penggunaan beg plastik.
Abidin juga berkata jumlah anggota dan kakitangan DBKK yang seramai kira-kira 1,800 orang berbanding jumlah penduduk bandar raya yang dianggarkan lebih 500,000 orang adalah terlalu kecil nisbahnya dan sukar untuk memenuhi kehendak setiap ahli masyarakat dalam masa yang diharapkan.
Bagaimanapun, beliau berkata senario itu tidak akan melemahkan semangat DBKK untuk mencuba memenuhi kehendak dan permintaan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat bandar raya Kota Kinabalu.
“Masyarakat bandar raya Kota Kinabalu amat penting bagi kami dan kami mendokong gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya.
Abidin berkata DBKK juga amat memerlukan media sebagai rakan kongsi dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar dan program DBKK kepada masyarakat.
“Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa adalah antara peranan kami untuk memastikan bandar raya ini tetap ceria, di samping menyokong usaha kerajaan mempromosikan Kota Kinabalu sebagai pusat peranginan terkenal di rantau ini,” katanya.
– BERNAMA
Posted by: Abuaiman on: February 24, 2011
Oleh: trail_hehe
“Adakah anda terkesan dengan ekonomi pada hari ini? Sudah sampai waktunya kita menggunakan cara kreatif untuk mengatasinya. Jika anda menghadapi sakit cubalah cara semulajadi sebagai ganti ke klinik yang melibatkan kos yang tinggi.
Ini akan menjimatkan wang dan tubuh anda akan peka kepada persekitaran. Selamat datang ke peti ubat cipta anda.
1. Hentikan Pendarahan
Mungkin anda terfikir ianya akan membakar tetapi dengan menaburi serbuk lada hitam (cayenne pepper) akan mempercepatkan pendarahan terhenti. Ianya juga berkesan untuk mengurangkan rasa sakit.
2. Sakit gigi
Tidak ada sakit yang teruk kalau tidak kena penangan sakit gigi. Anda tidak boleh mengambil mudah dengan masalah gigi kerana jangkitan hampir dengan otak akan mengundang bahaya jika ianya tersebar. Bagi mengurangkan bengkak dan rasa sakit sebelum berjumpa doktor gigi, cubalah menitiskan beberapa titik minyak cengkih pada gigi dan gusi serta menggigit bawang putih (ianya memiliki sifat antibakteria sangat baik).
3. Ruam dan Alergi
Prescription and OTC antihistamines boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang serius. Sebelum ianya menjadi teruk cubalah teh hijau. Ianya mengandungi sifat-sifat anthistamin. Anda harus minum 2-3 cawan sehari untuk sembuh sepenuhnya.
4. Jangkitan kulat kronik
Ianya adalah kulat pada kaki, dan berbau busuk. Bau yang busuk tersebut boleh dihilangkan dengan merendam kaki ke dalam air masin serta basuh dengan jus bawang putih atau rendam dengan air cuka. Kesemuanya dapat membantu membunuh kulat.
Namun anda harus melakukannya berulang kali dan konsisten. Lakukannya beberapa kali sehari selama sekurang-kurangnya seminggu sehingga anda betul-betul merasakan ianya sudah hilang. Harus di ingat kulat boleh bersembunyi dan akan muncul kembali tanpa anda menduganya.
5. Jerawat dan Kulit Sensitif
Pertama, anda benar-benar harus melihat gaya hidup anda, kerana ketidakseimbangan dalam kesihatan anda boleh muncul di kulit anda. Tapi sementara itu, cuci wajah anda dengan oatmeal.Ianya adalah exfoliant lembut dan menarik keluar minyak dan kotoran.
6. Jangkitan Telinga
Jangkitan telinga boleh menjadi sangat serius dan menyebabkan kerosakan kekal, jadi anda dinasihatkan segera berjumpa doktor jika sakit telinga anda telah menjadi parah.
Tetapi jika anda merasa seperti jangkitan anda ringan dan pada tahap awal, masukkan beberapa titis minyak bawang putih atau cuka putih ke lubang telinga anda dan berbaring di sisi yang berlawanan untuk membiarkan titisan tersebut merawat telinga anda. Bawang putih dan cuka mendorong persekitaran yang bebas bakteria yang menyebabkan jangkitan. Ulangi beberapa kali sehari sampai gejala hilang. (Jika gejala tersebut berterusan untuk beberapa hari, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor!)
7. Sakit Otot dan lebam
Setelah mendayung dengan seorang rakan beberapa hari kemudian saya akan berasa sakit otot. Namun begitu rakan saya terlebih awal mengunakan krim Arnica untuk melegakan sakitnya. Dia kemudiannya membantu menyapu krim Arnica di bahu saya dan kesannya keesokan hari sakit otot saya telah lega. Bunga Arnica menjadikan krim yang luar biasa dan menjadikannya satu keperluan dalam setiap peti ubat. Gunakannya bagi menyembuhkan lebam, sakit otot, terseliuh dan macam-macam sakit lagi.
8. Perut kembung
Beberapa makanan, seperti kekacang dan sayur-sayuran mentah berkemungkinan menghasilkan gas. Jika perut anda kembung cuba ambil enzim pencernaan dalam makanan anda. Ianya boleh dicari di kedai makanan berasakan kesihatan.
Anda boleh mencampurkan masakan anda dengan rempah pencernaan seperti halia, jintan, peppermint, ketumbar dan lain-lain lagi. Ianya juga boleh di campur dengan teh minuman anda.
9. Kelemumur
Adakah anda sudah membaca bahan dalam syampu kelemumur? Hampir semuanya mengandung bahan toksik. Sebaiknya mencuba secara semulajadi terlebih dahulu sebelum beralih ke bahan kimia. Ramai orang telah menyapu gel lidah buaya ke kulit kepala (biarkan selama 20 minit dan baru dibilas) untuk menjadikanya kering dan mengurangkan kulit kepala gatal.
Cara lain adalah dengan membilas dengan cuka epal. Cuba cara ini untuk beberapa kali sebelum anda dapat menilai keberkesannya. Bahkan dengan menggunakan shampo kelemumur juga memerlukan penggunaan yang teratur untunk mendapatkan hasilnya, oleh itu cuba bagi peluang kepada cara semulajadi untuk membuktikanya.
10. Sakit kepala dan Migrain
Cuba menggosok peppermint atau minyak lavender pada kepala dan pangkal leher anda; dengan cara ini dapat membantu melegakan sakit anda.
Atau sapukan potongan lemon atau jeruk nipis segar di dahi anda.
Atau mencubanya dengan bunga Feverfew. Ianya merupakan herba yang baik untuk sakit kepala.
Atau meminum sedikit kafein dari minuman teh hijau sambil meletakkan ketulan ais selama 20 minit untuk melegakan denyutan sakit kepala.
11. Gangguan pencernaan dan memulas perut
Memulas perut hampir lumrah untuk kita tetapi tahukah anda sebab kenapa ? Adakah anda makan teralu banyak? Terlalu banyak minyak atau makanan pedas? Makan larut malam? Cuba cari puncanya dan menghentikannya sebelum berlarutan. Kemudian cuba ambil antasida.
Sedawa, kembung dan memulas adalah disebabkan oleh gangguan pencernaan. Ianya terjadi disebabkan oleh asid perut yang tidak berfungsi dengan baik. Satu atau dua sudu cuka epal akan membantu memecahkan lebihan makanan dan perut anda kembali elok.
12. Sembelit
Pertamanya, minum lebih banyak air dan makan lebih banyak buah-buahan dan salad. Sementara itu, minum beberapa sudu teh minyak zaitun dicampur dengan sedikit jeruk atau (dicairkan) jus lemon dapat membantu melegakan sembelit.
Selain daripada itu anda boleh mendapatkan 1 / 4 sudu teh garam Epsom dan dilarutkan kedalam 1 / 2 secawan air. Kadangkala sembelit akan menjadi teruk disebabkan oleh sekatan kalori atau lemak sihat seperti lemak yang ditemui pada ikan, kekacang dan alpukat). Oleh sebab itu cuba elak mengambilnya.
Punca lain sembelit termasuklah stres, depresi, tidak aktif dan kekurangan gizi. Jika anda mempunyai sembelit yang kronik adalah dinasihatkan mendapatkan nasihat daripada doktor.
13. Sakit tekak
Sakit tekak kebaisannya menjadi tanda akan mendapatkan demam dan selesema. Jadi dinasihatkan anda tidak mengabaikan gejala ini. Bagi mengurangkan rasa sakit anda boleh berkumur dengan air garam yang hangat beberapa kali sehari dan kemudian melegakanya dengan teh madu lemon.
14. Terbakar
Jika anda terkena periuk panas lagi? Aduh. Bilas dulu dengan air sejuk dan kemudiannya menyapu tempat terbakar dengan gel lidah buaya.
Bagi yang tidak mempunyai lidah buaya di rumah anda bolehlah mengunakan hirisan kentang dan menggosoknya ke tempat terbakar untuk melegakan kesan terbakar tersebut.
Madu yang bersifat antibakteria juga boleh digunakan untuk melegakan kesan terbakar. Jika anda dapat menangkap tempat terbakar dengan sawi juga boleh melegakan kesan panas tersebut dengan baik.
15. Mual
Ubat klasik untuk mual atau mabuk kereta adalah halia teh atau manisan halia. Anda boleh mengunyah, jika anda suka, tapi ianya begitu pedas dan kuat dan boleh menyebabkan kesan yang lebih buruk lagi.
Kaedah lain adalah dengan mendapatkan bauan peppermint atau minyak lavender.
Jika anda ada petua lain sila isi di sini
Sumber : http://www.cayrul.com/
Posted by: Abuaiman on: August 30, 2010
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
ANTARA AMALAN NABI S.A.W
1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman
Ibn Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a:
“Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak”. (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini)
Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi’en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi’en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.
2. Mencari lailatul qadr
Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud,
Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari)
Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu. Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu”. (Riwayat Abu Dawud).
Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.
3. Melewatkan sahur
Daripada Sahl ibn Sa’d berkata:
Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)
Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata:
“Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)
4. Melakukan iktikaf
Iktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan). Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5)
Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata:
“Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari”. (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)
5. Membanyakkan doa
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi:
Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa’ fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)
Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud:
“Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)
PS : Nukilan ini bersumberkan http://nurjeehan.hadithuna.com/2009/09/teladani-10-akhir-ramadan-nabi/. Mohon izin dipaparkan disini
Posted by: Abuaiman on: August 28, 2010
Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kalian bulan ALLAH dengan membawa berkat, rahmat dan keampunan. Inilah bulan yang paling afdhal di sisi ALLAH. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling afdhal. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling afdhal. Detik-detiknya adalah detik-detik yang paling afdhal.PS: Terima kasih sahabat saya, Dr. Zuhdi (UM) kerana menyebarkan tazkirah ini. Mohon izin untuk dipaparkan dalam blog ini
Posted by: Abuaiman on: August 27, 2010
Tugasan kali ini berobjektifkan untuk menghasilkan objek poligon vektor. Para pelajar diminta merujuk tugasan di papan notis hadapan bilik saya.
TUGASAN 2a – TRANSFORMASI RASTER KE VEKTOR
Penilaian akan dilakukan ke atas ketepatan pendaftaran imej, kandungan pangkalan data, hasilan vektor – silver dan gap serta kekemasa peta tematik. Semua hasil kerja WAJIB dihantar menggunakan format SOFTCOPY/Digital
TUGASAN 2b – ESEI RINGKAS
Para pelajar diminta untuk membuat salinan sub-topik yang diberikan daripada buku “Geographic Information System: An Introduction” oleh Tor Bernhardsen. Buku tersebut hanya boleh dirujuk bermula pada 2 September di perpustakaan UMS di bahagian bertanda MERAH. Tugasan WAJIB dihantar dalam bentuk HARDCOPY
Tarikh penghantaran pada minggu pertama selepas cuti Hari Raya
Posted by: Abuaiman on: August 27, 2010
Tepat jam 6.28 malam 25hb lalu , bilal telah meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan. Untuk makluman saudara sekalian, Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Tamak meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat.Posted by: Abuaiman on: June 10, 2010
Kali pertama saya berkunjung ke tanah Jawa, Jakarta namanya. Atas urusan untuk menjalinkan hubungan antara Universitas Nasional Indonesia (UNAS) dengan Sekolah Sains Sosial, UMS.
Hari Rabu, kami menjadi tetamu Bupati Kabupaten BOGOR yang kini sedang merayakan hari ulangtahu ke 528. Cukup tua tamadun ini. Adalah cukup enak pabila menjadi tetamu ketua kabupaten.
Kalau di Malaysia taraf manusia yang diiringi polis terkhusus untuk ketua-ketua negara dengan siren polis. Dalam sejarah hidupku di dunia, inilah kali pertama saya berserta rombongan diiringi oleh polis kemana jua. Kalau dari Jakarta ke Bogor kebiasaanya mengambil masa 2 – 5 jam, tetapi kami atas kapasiti tetamu VVIP Bupati BOGOR, lancar saja perjalanan. Semua kereta harus ketepi memberi laluan kepada kami.
Setibanya kami ke Taman Safari Bogor, apa yang mampu saya katakan…tempat percutian yang tiada tolok bandingan. Rasanya Afamosa Melaka, mungkin mendapat idea daripada sini. Mengembara di lubuk harimau, beruang dan ratusan binatang lain. Disamping disajikan dengan taman tema air yang cukup cantik, air yang bersih berpunca dari gunung.