Anjung ABUAIMAN

JUADAH RAYA ORANG BUGIS SABAH

Posted on: October 12, 2008

Masyarakat Bugis telah berhijrah ke Sabah seawal tahun 1680an. Antara petempatan awal bugis adalah Tawau yang diasaskan oleh Puado. Kalau daerah Penampang terkenal dengan suku KDM, Kota Belud-Semporna terkenal dengan suku Bajau, Papar-Beafourt terkenal dengan suku Brunei, Bandar terkenal dengan Cina. Manakala di Tawau sangat terkenal dengan Masyarakat Bugis. Dari tawau, masyarakat bugis berhijrah ke Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Kota Kinabalu dan Keningau.

Kalau kita ingat pemain bola sepak Sabah yang menempah nama di peringkat kebangsaan iaitu Matlan Marjan cicit kepada Petta Lana, juga merupakan keturunan Bugis yang kini bertebaran di Kota Belud . Maksudnya, suku bugis boleh ditemui dimana-mana di negeri Sabah.

Jika kita pergi beraya, agak mudah untuk mengenali rumah  orang Bugis. Amalan biasa dihari raya pertama, juadah yang “wajib” dihidangkan ialah makanan rasmi masyarakat bugis iaitu Tumbu dan Buras serta Nasu Likku. Bagaimana bentuk-rasa makanan itu, silalah datang berkunjung ke rumah orang Bugis

Penerangan Gambar (double-click untuk besarkan/zoom-in gambar)

Dari Kiri : Tumbu, Buras, Nasu Likku

Dari Kiri : Buras 4 segi, Palopo-Sokko, Sawa

About these ads

36 Responses to "JUADAH RAYA ORANG BUGIS SABAH"

S@l@m..
Omong pasal bugis..gue sendiri sudh lama hidup bermasyarakat dengan orang berbangsa bugis..sejak dari sekolah rendah hinggalah gue menjejakkan kaki ke menara gading..semuanya baik-baik belaka..namun,bukan aja sikap mereka yang gue sukakan..tpi makanannya..
waduh, enak sekali..Antara makanan tradisional yang pernah gue rasa seperti gambar yg d paparkan di atas,dan yang lainnya adalah seperti kuih raya & soup buatan org bugis enak skali..
Tpi,slalunya makanan tradisional ini hanya didapati waktu raya & hari perkahwinan..tu yang gue tahu..jdi, setiap raya & ada majlis keramaian org bugis..gue ambil kesempatan untuk BERKUNJUNG KE RUMAH ORANG2 BUGIS(Tpi,bukan niat utama untuk makan, tp untuk rapatkan ukhuwwah sesama Islam(>_<)hehe)…moga makanan rasmi bugis terus wujud terutamanya di Sabah, x di telan zaman..
FROM:PENGGEMAR MAKANAN BUGIS.

sedapnye…..
first dapat rase raye ari tu..
rase bertuah plak dapat rse kuih tradisional kat sabh ni.

eerm… memang sedap makanan masyarakat kita, Bugis…
tapi sayangnya, juadah ini kian hilang, selari dengan peredaran zaman. Anak – anak Gadis Bugis seperti tidak berminat untuk belajar memasak santapan istimewa tersebut daripada ibu dan nenek mereka. Mereka lebih gemar belajar masakan asing.. Terdapat juga rumah2 keluarga Bugis yg tidak lagi menyajikan juadah raya tersebut, sekadar menghidangkan para tetamunya dengan kuih – muih ‘tunjuk’ (beli kat kedai..).. Yg lucunya, terdapat juga keluarga2 Bugis yg menyediakan juadah seperti Spaghetti time raya…. Jdi, kita harus la sama2 mengekalkan juadah istimewa ini, sebagai simbol keunikan masyarakat Bugis…

[...] 16, 2008 · Dikirim dalam Makanan, Resepi Setelah saya paparkan Juadah Raya Bugis Sabah, ada yang bertanya bagaimana mau buat BURASAk. Diperturun kan [...]

:) memang sedap buras+nasu likku dimakan bersama. tapi aku pandai makan jer yang buat orang rumah. Then yang paling aku malas time masak buras memakan masa yang agak lama. mybe dalam 4 hingga 5 jam baru masak

masyarakat bugis di sabah masih lagi menjamu tetamu dengan makanan tradsional time raya. memang seronok bila malam menjelang raya keluarga berkumpul sambil mengikat buras dan tumbuk. ikat bukan ikat sebarang. ada teknik dan caranya. kalau tak kena cara alamat jadi buburla bika dimasak nanti…

askum semua… sy salah sorg berbangsa bugis tulen dr daerah tawau berumur 21tahun.. sy setuju.. kebanyakan anak gadis skrng tdk tahu bagaimana membuat makanan traditional ini. malahan bukan anak gadis bugis.. ttpi semua anak gadis len juga yg bukan berbangsa bugis.. alhamdulillah sampai skrng setiap kali hari raya.. makanan traditional ini masih lg ada d setiap rumah2 org bugis d tawau,kunak,sandakan,kenigau,kota kinabalu khususnya dan d sabah ini umumnya serta semenajung sana.. walaupun seperti tumbuk n buras @ burasak ini susah d wat,tp amalan membuat n memasaknya dpt mengeratkan silaturahim antara keluarga.. seperti masak dodol d semenanjung.. hehehe. klu nak tahu.. buras akan sedap jika santan d letak lebih sikit. tumbuk pula d tekan sehingga padat sekali n tiada ruang langsung. nasu likku’ d taruh lengkuas sedikit.. nasu likku’ bermaksud = masak lengkuas..

klu berminat mo masakan traditional ini.. tu pun sy tanya org umah la dulu klu ada yg mahu resepinya.. hehe. sila hubungi or sms sy. d bawah ini sy berikan number fon sy..
-019-8332293..
-email.. N YM chat.. amy_alunkzildjian@yahoo.com.my
-tawau sabah, uitm sabah..

aku mencari tapai pulut merah ba ni. kalau ada gambar2nya boleh kasi siar-siar jgk ba..

setiap raya,,,mamaku mesti bikin makanan tradisi iaitu buras/burasak, tumbuk ,tapaimanis/tape(halal,tidak memabukkan), kue bangkek, ayang nasu likkuak , canggoreng,dll,,,,

salam…
wah,dah lame xmakan buras ni,last pun time umah terbuka en ritu (tahun lepas)

Jangan lupa datang ke rumah KECAPI (Persatuan Komuniti Melayu Bugis Kota Kinabalu)** terbuka sempena Hari Raya di Kg Peringatan Petagas, Rumah En. Ali Ahmad pada 17/10/2009… Pengemar ‘Bugis Delicacy’ ini la saatnya anda datang…. Untuk keterangan lanjut sila hubungi orang kuat KECAPI saudara Mohlis melalui emel beliau mohlis.abd.muin@paycomm.com.my – TQ

salam kenal..

saya juga orang bugis, tinggal di sengkang

makanan diatas masih banyak di kampung kalau pas acara pernikahan, lebaran atau barasanji…

emmmmmmmmm…makan bugis semua sedap..klu mamaku yang masak rasaye asli….kadang-kadang jiran sebelah nak juga terutamnaya klu ayam masak likkuk

emmmmmmmmm…makanan bugis semua sedap..klu mamaku yang masak rasaye asli….kadang-kadang jiran sebelah nak juga terutamnaya klu ayam masak likkuk

emmmmmmmmm…makanan bugis semua sedap..klu mamaku yang masak rasaye asli….kadang-kadang jiran sebelah nak juga terutamanya klu ayam masak likkuk,,,

bha bugis bha 2..mna da mknn ny x lazat..aQ paling suka burasak La..hehehe

assalamualaikum…aku dulu pun xtahu ape i2 burasa,sejak aku kawan ngan dak bugis baru aku tahu,petamakali aku makan burasa raya tahun lepasrase die ok lah,tp sdp lg nasi dagang ngan gulai ikan tongkol.

burassak memang sedap…teringin pula mo makan…3 tahun suda nda makan burassak ni…yalah…duduk kg orang ni mana boleh jumpa kecuali kalu rajin,buatlah sendiri.kelapa.daun pisang di cni kena beli,mahal pula.kalau di tawau murah-murah ja…tapi mo buat jugalah biarlah susah2 ckit…kirim salam buat orang tawau cni ya….

Masih banyak lagi loh..masakan bugis yg enak..seperti ikan tunu bonjeng,laha bete, kuenya juga banyak kaya barongko, uhu-uhu, jipang, beppa puteh…nah saudara2 bugis atau non bugis dimalaysia, bila berkunjung ke sulawesi..datang ja ke sinjai, bone, sengkang, pare2..makassar…dijamin deh puas makan citarasa bugis…

apa kareba cappo

assalamualaikum…sy bugis tulen kelahiran tawau tp dah menetap di australia..rindu betul dng burasak dan tape manis lama sudah ndak makan bah.rindu dng masakan bugis yg sedap2,harap2 tahun depan blh balik bercuti dan makan byk2 burasak dan tape yummy…

aku stuju klu bilang ank2 bugis sekarang ramai yg x tau buat makanan tradisi terutmanya time raya..syukur la juga aku tau buat dari awal sampai lah masaknya.
1)buras d masak sampai 8hour
2)tumbuk 4-5hour enough to get better taste yummi!!!!
3)kambang don’t ever2 tegur nnt x jdi(mamak ku sampai skrg klu bt kambang simpan bawah katil syyyyyyyyyyy :} muahahahahahaha
insyallah aku ajar anak2 juga..alhamdulillah jumpa lagi ramadhan..mak pak taun ni giliran beaufort jgn sdih2 ya sob sob sob isk isk ikut adat brunei lagi aku

keppalak luttu congakko
oto lari lessekko
mashawak kak ceekdey hihihi
tarro maloppo hahaha

tips elak tumbuk n buras cpt basi..lepas angkat dr tin minyk yg bagong tu (tempat masak time aku kecik2 dlu) siram dgn air paip..kompom ari ke5 pn msih bleh mkn jooo
“wannnn tgk2 api tumbukmu tu heeeee” kata2 hikmat mamak ku setiap kali aku msk mau raya..indahnya rayaku emmmm..jiranku 1994 x tmkn tumbuk n buras coz tempat msk meletup bab kering air safril n family tu muahahahahahahahahahahahahahahahahah

salam,saya bukan anak bugis tapi teringin nak mkn mskan bugis.yang anak bugis suami saya….beliau pun x pernah rasa mskan bugis…rugi sangat rasanye….

Huhuhu….jumpa lg dg smua penggemar masakan bugis.Sy suku toraja dilahirkan dn dibesarkn di daerah bugis.Walaupun sy kristen tp org2 bugis tdk menepikan kami,klu hariraya mesti diorg undang kami sekeluarga utk pg beraya di rmhnya.Memang sedaaaaaapp masakan bugis ni,terutamanya burasa’,tumbu’,tape pulut manis,ayam lengkuas,rendang ayam.Skrg sy tinggal di sabah dan berkahwin dg org sabah.Kalau time krismas saya pun masak burasa’ dg ayam lengkuas,apalagi..bersih di bantai smua.Puas hati makan masakan sendiri kankankann.

disabah banyak bugis apa ye….kalau di kampung saya,benut pontian johor saya bugis wajok

Salam 1malaysia-1bugis-1borro’…. as a pure Buginese that synonym with “bursak sibawa manu nasu likku” which as uniqueness and delicious food.

saya biasa makan burasa yg ibu saya buat…..rasanya sedap….

ak sihh orang jawa,,tpi dngan mmbaca ni smua ak lbih tau smua,,,,

salam.. terima kasih banyak-banyak atas info ini kerana dapat membantu saya dalam membuat kajian.. :)
(saya orang bugis tulen dan keluarga saya menetap di Sabah.)

Rindu nak makan makanan Bugis… apakan daya di perantauan.. :(

KE BETULAN SAYA BUGIS WAJO PAMMANA………….SAYA SUKA BAGET TUU BURASA SAPPO………………………………

salam…sya ank bugis di lahirkn d indon t sya bljar dan kerja di sabah,,sya stuju anak2x gadis bugis skrg jarang y pndai buat mmknn2x bugis ney…lg gemar belajr wt mknn luar,,apa la..hmpeh..gf lg urg bruneni lg la nda dpt mknn2x bugis kalau dah khwin nnti…sabar ja la…hahah..

saya tertarik dengan penulisan brkaitan dengan makanan tradisi org bugis.. sbagmana yg di maklumi org bugis sgat terkenal dgn adat dan kehidpan bermasyarakat…. malah bukan stkat jenis dan bntuk makanan yang ad pada org bugis, bahkan juga mngenai beberapa aspek lain yang perlu di ketengahkan….

memang sedap makan buras b,laukkan manu nasu likku………tp gambar di bawa tu.sokko na palopo di musim perayaan jarang kita jumpa.klu orang bugis pindah rumah.pasti sokko na palopo yg orang bugis hidang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: