Anjung ABUAIMAN

RESEPI MAKANAN BUGIS – BRONGKO

Posted on: October 23, 2008

Emak saya memang mengetahui bahawa antara makanan Bugis yang saya amat gemari ialah Brongko. Semasa balik kampung raya baru-baru ini, emak ada menyimpan Brongko khusus untuk saya. Lalu teringat pelajar yang ku bawa ke rumah untuk makan malam semasa kajian lapangan di Kunak tahun lepas. Antara makanan Bugis yang mendapat perhatian ialah Brongko. Ramai pelajarku amat meminati Brongko dan mereka sering bertanya bila lagi mereka boleh menjama Brongko di rumah saya….

Lalu ku perturunkan kaedah dan cara membuat Brongko

BAHAN
1 sisir loka/otti yang masak ranum (buang urat/bahagian tengahnya)
1 biji kaluku ambil santannya
1 cawan golla kessi
5 biji tello
daulloka/daung otti (buang pelepahnya bentuk segi empat 8×8 in)

CARA MENYEDIAKAN ADUNAN:

Lenyek loka/otti sehingga lumat. Boleh gunakan alat pengisar (blander). Masukkan tello, santan sedikit demi sedikit dan gula. Gaulkan sehingga rata. Tambahkan santan sehigga bancuhan agak cair. Jangan terlalu cair atau keras. Keras nanti jadi pasau loka pula. Campurkan golla ikut suka hati, kalau mahu kurang manis, kurangkan golla.

CARA MEMBUNGKUS:

Temukan hujung daun seperti gambar 1. Daun hendaklah disalai sekejap agar layu dan tidak mudah terkoyak. Tarik naik hujung tepi kiri dan kanan membentuk takungan seperti gambar 2. Masukkan adunan di atas (1/2 cawan anggaran) dan kemaskan lipatan sepeti gambar 3. Bungkusan hendaklah dikuatkan dengan menyemat lidi di hujung lipatan daun.

CARA MEMASAK:

Kukus sehingga masak ( anggaran 15-20 minit). Adunan akan menjadi sedikit pejal apabila masak. Siap…. lebih sedap dihidang sejuk. Dari peti sejuk lagi sedap……cubalah.

Maksud perkataan:

pasau loka – kek pisang, golla kessi-gula pasir, tello-telur, daulloka/daung otti-daun pisang, loka/otti- pisang

Sumber : Sipatuo

About these ads

6 Responses to "RESEPI MAKANAN BUGIS – BRONGKO"

ramai anak bugis yang tahu brongko ni, tapi tidak ramai yang pandai buat…
tq pada En kerana bagi kaedah ni, sekurang-kurangnya bangsa lain pun boleh cuba buat,,,,,hehehe

wahhhh…!!! brongko.. ni yang lemah ni, meleleh2 dah air liur.. brongko ni makanan bugis palingggg5000 saya gemari.. walaupun sy bukan berasal dr bangsa bugis, tapi sy banyak belajar cara hidup orang bugis dari pengalaman sy membesar di Tawau selama 7 tahun.. paling best pegi kenduri khawin orang bugis, berpuluh jenis kuih dihidangkan di bawah tudung salji kecik baldu bersulam emas..

sy paling suka mamam brongko mase baru je dikeluarkan dr peti sejuk, sedapppp..!! sehingga menjilat kuku jari tangan dan kaki.. hehe.. :p

ni pisang ape yg dipakai??

mas….yana..aku tau udah bikin brongko@bronco tuh..ahahhaha
didi ajar aku..sama mama encik nordin ajar aku…
walaupon aku ni brunei mix cina murut akau tau ma….huhuh
ko nda tau buat kek batik kan mes kek keju ko pon nda tau kan mas..apa lagi kes chokelat moist kan..nehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

yana,..kuih yg diletak dlam tudung saji tu yg spesial dlam bngsa bugis,..takde bangsa lain yg ada mcm tu,..kuih pun berpuluh jnis,..

aq owg bugis tpi tak pndai buat kue bugis…klau sruh mkn aq la yg prtma grak….nak cuba buat la…. thankz ya resepi nya….. ^.^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: