Anjung ABUAIMAN

PERSEDIAAN SEBELUM BERTEMU RAMADHAN

Posted on: August 28, 2008

tazkirah1Oleh : Ustaz Akmal (JAHEINS)

Jika di kampung kita, atau di taman tempat tinggal kita, bakal dikunjungi personaliti terkenal, sudah tentu persiapannya juga dibuat secara terperinci.

Lagi besar status individu itu, lebih banyak persiapan dan persediaan sebelum kehadirannya.

Sewajarnya, begitulah juga yang sepatutnya kita lakukan sebelum hadirnya Ramadhan.

Di dalam al-Quran, perkataan Muharram tidak disebut walaupun ia bulan yang pertama dalam kalendar hijrah. Perkataan Rabiul Awwal tidak disebut walaupun ia bulan kelahiran baginda SAW.

Perkataan Sya’ban juga tidak disebut walaupun masyarakat kita mengenalinya sebagai bulan kenduri dan bulan makan. Perkataan Syawal juga tidak disebut walaupun orang kita sebulan penuh berhari raya di dalamnya.

Tetapi Allah menyebut Ramadhan di dalam al-Quran, menandakan kemuliaan dan kelebihan yang ada di dalamnya.

Lihatlah pula praktikal ramai umat Islam hari ini.

Belum lagi Ramadhan tiba pun, sudah sibuk berkira-kira pasal hari raya. Tempahan baju raya sudah dibuat sebulan dua lalu. Ada yang sudah berkira-kira membeli langsir dan sofa baru.

Media tv kita pula sudah sibuk membuat rakaman lagu-lagu sempena hari raya. Tidak lupa drama, sitkom dan sebagainya.

Ke mana ditinggalkannya Ramadhan?

Bagi saya, banyak persediaan sebelum kita bertemu Ramadhan. Tetapi secara umumnya saya bahagikan kepada tiga :

Pertama, persediaan dari sudut ilmu. Perkara yang berkait dengan puasa seperti syarat sah dan batal, rukun, sunat dan makruh, adab dan akhlak berpuasa.

Selain ibadah puasa, baik juga ilmu-ilmu perkara lain ditinjau sama. Solat berjamaah, iktikaf, tadarrus dan tilawah al-Quran, qiyamullail, lailatul qadar, sedekah, tarawih, dan sebagainya.

Kedua, persediaan dari sudut kesihatan. Kesihatan yang baik membolehkan kita beribadah dengan selesa. Ada yang berkata, kalau sakit, boleh buka dan qadha lain kali.

Tetapi agama mengajar kita, berpuasa di luar Ramadhan tidak sama pahala berpuasa di dalamnya. Menjaga kesihatan termasuklah soal pemilihan dan penjagaan makanan, tidur yang cukup dan lain-lain.

Orang yang bertenaga boleh bertahan membaca al-Quran, solat tarawih lengkap 20 rakaat bahkan sempat qiamullail pada waktu sahurnya. Adalah faktor-faktor lain, bukan kesihatan semata.

Ketiga, persediaan dari sudut kewangan. Bagi yang bekerja makan gaji, simpanlah sedikit gaji Ogos ini untuk bersedekah di dalam bulan Ramadhan.

Sedekah seringgit di luar Ramadhan nilainya tidak sama di sisi Allah dengan sedekah seringgit di dalam Ramadhan. Bersedekahlah dengan memberi makan orang berbuka puasa, atau mewaqafkan sesuatu yang lebih berkekalan.

Ada duit lebih, bersedekahlah segulung sejadah kepada masjid atau surau yang memerlukan. Atau kitab suci al-Quran kepada sekolah-sekolah agama. Atau menyumbang pembangunan pusat-pusat pendidikan seperti PASTI dan sebagainya.

Banyak lagi persediaan sebelum bertemu Ramadhan, tetapi rasa saya, inilah yang penting.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: