Anjung ABUAIMAN

MENGAPA 31 OGOS, BUKAN 16 SEPTEMBER

Posted on: August 29, 2008

Dua minggu lepas aku naik ke bumbung rumahku di Taman Sepangar. Semasa ku pacak bendera Malaysia, teringat cerita-cerita cikgu sejarahku di SMK Abdullah Semporrna semasa aku Tingkatan 6. Peristiwa bendera “union Jack” diturunkan diiringi lagu God Save The Queen. Selepas itu bermulah tarikh bersejarah apabila bendera Persekutuan Tanah Melayu di aikkan di Padang Kelab Selangor pada 31 Ogos 1957. (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj digelar bapa kemerdekaan walaupun ramai tidak bersetuju dengan gelaran itu terhadap Tunku kerana dikatakan Tunku tidak berjuang menentang penjajah. Tunku banyak menurut kemahuan penjajah menyebabkan kemerdekaan diberikan kepadanya).

Sejak tarikh bersejarah itu, bersemangatlah manusia Tanah Melayu menaikkan bendera di premis-premis, sepanjang jalan hinggalah di bumbung kereta. Penghormatan manusia Malaysia pada bendera Malaysia menyebabkan helaian kain itu diberi nama Jalur Gemilang. Namun apa yang aku perhatikan, kegemilangan jalur gemilang terhenti bila berlaku reformasi pada tahun 1997. Inilah titik mula manusia Malaysia tidak begitu endahkan perayaan merdeka. Hingga ke hari ini, bila aku berjalan di atas jalan raya, tidak ramai yang mengibarkan Jalur Gemilang. Lantas aku terfikir kenapa ini harus berlaku. Mungkin kalau di semenanjung itu, faktor reformasi dan ketidakpercayaan terhadap parti yang memerintah mungkin sebagai punca. Tapi di Sabah saya merasakan itu bukan puncanya kerana faktor Anwar tidak begitu mendapat tempat. Mungkin puncanya, sentimen wilayah. Kalau ini benar, betullah apa yang dikatakan oleh beberapa manusia Sabah yang ku temui mengatakan 31 OGOS adalah tarikh Tanah Melayu mendapat hak merdeka. Sabah bergabung dengan Tanah Melayu membentuk Malaysia pada 16 September. Oleh itu mereka mengtaakan, sepatutnya 16 SEPTEMBER yang perlu dirayakan oleh manusia Sabah.

Apapun tarikh, jangan jadikan isu ini untuk kita memecah-belahkan umat Malaysia. Berpadulah demi kesejahteraan negara tanpa mengorbankan prinsip agama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: