Anjung ABUAIMAN

MENG”HIJAU”KAN BUMI KITA

Posted on: August 29, 2008

Cadangan untuk menanam tumbuhan bersifat makanan sebagai ganti kepada pokok-pokok hiasan merupakan suatu idea yang baik. Seperti kata Datuk Yahya Hussin semasa melancarkan kempen Bumi Hijau di ILP semalam mengatakan daripada menanam pokok hiasan yang tiada hasil dan menelan kos yang besar, lebih baik menghiasi tepian jalan dengan buah-buahan seperti Rome dengan epal dan anggur dan Bali Indonesia dengan pisangnyayang Ini boleh mengurangkan pengimportan buah-bauhan tersebut dari luar neagara.

Apa yang terbayang dibenak fikiranku, sekiranya tepian jalan dipenuhi dengan pokok mangga, manggis dan nangka, maka berduyun-duyun manusia memenuhi tepian jalan ketika musim buah-buahan. Seolah-olah ada pesta yang berlangsung. Banyaklah manusia yang memandu kereta akan singgah memetik buah. Laluan akan sesak bermeter-meter jauhnya. Kanak-kanak membawa bakul menjual buah-buahan kepada pemandu kereta yang bergerak perlahan. Yang mungkin kurang enak dipandang, mungkin pokok buahan ini menjadi “rumah sementara” dikalangan kanak-kanak sambil bergayut menikmati kelazatan buah tersebut. Lantas pelancong yang berkunjung yang datang bercuti, boleh tumpang sekaki memetik buah tersebut. dan banyak lagi kesan-kesan berantai yang mungkin akan berlaku.

Apapapun yang mungkin berlaku, program penghijauan tepian jalan dan lanskap bandar dengan pokok makanan meruapakan langkah yang baik dan berani. Namun sebelum ia dilaksanakan, perlu ada satu dasar yang jelas mengenai hak ke atas hasil buah-buahan bagi elakkan konflik antara pentadbir bandar dan pengunjung pokok buahan itu. Mungkin untuk menjayakan kempen ini tanpa perlu menunggu dasar, kita boleh mulakan menanam pokok herba, sayuran dan buah-buahan disekitar rumah. Mungkin PBT boleh membuat kursus pendek bagi mengajar kaedah menghias laman dengan pokok-pokok makanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: