Anjung ABUAIMAN

HUJAN, RAMADHAN & HEBATNYA ALLAH

Posted on: August 30, 2008

Telah beberapa tahun siri puasa telah berlalu. Kini Fiesta puasa menjelang lagi. Aku terfikir………..hebatnya Allah s.w.t tuhan yang menciptakan alam semesta ini. Kenapa tidak, apa yang saya perhatikan setiap kali menjelang Ramadhan hujan merupakan makhluk yang sentiasa mengiringi kehadirannya. SUBHANALLAH. Biasalah, apabilah disebut sahaja puasa, ramai yang merasa TERTEKAN keran tidak dapat makan ditambah lagi kita mengambarakan  suasana persekitaran yang panas. Secara fitrahnya , sudah tentu suasana yang panas menyebakan manusia dahaga, manusia memerlukan air untuk menyejukkan badan. Dengan sifat penyayang, lantas Allah s.w.t arahkan hujan agar turun menjelang kedatangan Ramadhan agar hambanya dapat berrpuasa dengan tenang dan selesa. Sifat hujan yang menyejukkan, akan mengayakan lembapan atmosfera agar persekitaran kita sentisa dalam keadaan yang sesuai dan kondusif dengan manusia yang sedang berlapar dan berdahaga. Namun PERLU DIINGAT, keadaan yang yang sesuai ini tidak hadir sepanjang bulan sesuai dengan sifat Ramadhan yang ingin melahirkan GRADUAN BERTQWA. Ia penuh dengan ujian. Panas adalah sebahagian daripadanya. Gunakanlah saat kondusif itu untuk menyesuaikan diri dikala ujian datang. APA YANG PENTING, disaat hujan turun yang penuh dengan rahmat itu, berdoalah banyak-banyak kerana Nabi s.a.w ada mengajar umat agar berdoa dengan doa yang mustajab dikala itu. MUNGKIN manusia yang merasakan dirinya tidak mampu berpuasa,  berdoalah ketika itu agar kita dapat mengharungi puasa dengan tekun, sabar dan akhirnya memenuhi tuntutan TAQWA. Semoga Ramadhan kali ini dapat menyucikan diri kita sebagaimana hujan membersihkan atmosfera dengan pelbagai pencemaran yang ada agar atmosfera sesuai digunakan untuk kita bernafas seharian.

Bercerita tentang Hujan, mungkin ada yang mengatakan KK berhampiran banjaran Crocker dan lautan yang mana dua elemen ini penting sebagai syarat pembentukan awan-awan berlapis lagi tebal. Wap air yang wujud diatmosfera melalui proses sejatan (ie jisim cecair ditukarkan kepada wap) daripada lautan akan ditiup ke daratan. Bukit dikatakan akan memaksa wap air ini diangkat dan disejukkan ke tahap suhu mengembun. Akhirnya proses pemeluwapan (wap ditukarkan menjadi cecair) berlaku lalu membentuk awan. Lantas aku terfikir bagaimana awan terbentuk sehingga mampu menjatuhkan air. Beberapa penemuan menunjukkan proses pemeluwapan memerlukan tapak untuk membolehkan wap-wap air ini disatukan menjadi cecair. Tapak ini dikenali nukeus pemeluwapan. Biasanya nukleus ini terdiri daripada habuk, garam dan sebagainya. Lantas aku terfikir lagi, dari mana datangnya nukleus ini. Mungkin kesan pencemaran dibandar. Persoalannya lagi, sekiranya pencemaran bandar tidak wujud, dimana puncanya. Lantas ku teringat semasa pergi Bagang (bagang ialah sebua pondok terapung, digunakan untuk menangkap ikan) menaiki bot ketika aku di tingkatan 4. Apa yang berlaku mukaku dipenuhi garam setibanya di bagang. Maksudnya semasa proses sejatan, garam juga di angkat sekali ke ruang atmosfera. Lantas ku kaitkan dengan elemen garam sebagai agen nukleus. Garam inilah bertindak sebagai tapak pemeluwapan dimana wap air akan berkumpul disekelilingnya dan membentuk air. Gabungan nukleus halus ini akan membesarkan manik awan menjadi besar dan terasa berat Tanda awan terasa berat apabila ia berwarna kelabu kehitaman. Proses pembentukan awan jelas disebut dalam A-Quran dalam Surah A-Thariq, 11; An-Nur, 43; Ar-Rad, 12; Al-A’raf, 57 dan banyak lagi. Berdasarkan fenomena ini baru aku memahami, mengapa Allah s.w.t menjadikan ruang lautan begitu luas dan mengapa air lautan melipuiti 98% daripada keseluruhan jumlah simapanan air dunia. Patutlah dalam kajian saintifik, lautan menyumbangkan 80% lembapan atmosfera. HEBATNYA ALLAH s.w.t mengatur peranan dan tugasan setiap makhluknya.

2 Responses to "HUJAN, RAMADHAN & HEBATNYA ALLAH"

seronok melihat hujan seperti melihat kehidupan…dalam suasana hujan terdapat ketenagan, Allah memang cukup hebat untuk segala sesuatu yang kita sebagai manusia tidak pernah fikirkan.

ba07110143.Petronellamarylyn@yahoo.com.tajuk:masalah bekalan air di sungai keliangau.lokasi:menggatal,kota kinabalu sabah.kod:ag20503

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: