Anjung ABUAIMAN

KALAULAH DETIK MAGHRIB ESOK DIRAIKAN SEPERTI JAM 12 MALAM INI

Posted on: August 30, 2008

Mungkin disaat ini manusia Malaysia kebanyakannya telah merancang hendak ke mana malam ini. Kalau di Kota Kinabalu, Padang Merdeka adalah tempat tumpuannya. Sebagai anak watan, sudah pasti ramailah yang datang meraikan kemerdekaan negara kita. Saya jangkakan sambutan kali ini luar biasa. Semua pelusuk bandar-bandar utama akan dipenuhi oleh manusia. Para peniaga akan mendapat keuntungan berlipat ganda. Para pengusaha bas akan melewatkan perkhidmatannya.

Mungkin pada saat bicara ini ditulis,  para syaitan yang durjana tengah bermesyuarat. Rasanya keputusan terpenting mesyuarat itu adalah kerahan secara besar-besaran agar memenuhi ruang bandar dan pesta seawal jam 3. Ini kerana malam ini malam terakhir sebelum mereka diikat-belenggu. Malam ini Syaitan and the geng akan mendapat banyak habuan kerana mampu untuk memujuk manusia agar melakukan maksiat. Esok maghrib mereka akan diberhentikan buat semetara dari mengganggu manusia.

Harapanku cukup tinggi agar menjelang maghrib esok, ruang-ruang surau akan dibanjiri oleh manusia sepertimana mereka banjiri ruang-ruang bandar pada malam ini. Aku juga berharap, menjelang maghrib esok, pengganggu manusia sudah dipenjarakan. Harapan cukup menggunung seperti mana harapan tok-tok siak yang sibuk menyediakan ruang untuk hari esok supaya rumah Allah diimarahkan. Sekiranya harapan tok siak merudum esok, disebabkan manusia-manusia yang menghadiri pesta malam ini tidak meraikan ambang Ramadhan, sudah pasti  “syaitan” masih ada. Soalnya siap syaitan menjelang maghrib esok. Mungkin ada manusia telah mengikut perangai syaitan dan yang lebih trajis menjadi pengikut setia. NAUZUBILLAH.

Oleh itu berhati-hati lah wahai manusia Malaysia….Pastikan sejurus meraikan perayaan merdeka, baliklah. Setibanya dirumah, bertahajudlah. Raikanlan dan suburkan ramadhan dengan program-program ibadah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: