Anjung ABUAIMAN

UPIN & IPIN DAN KISAH HARI PERTAMA ANAKKU BERPUASA

Posted on: September 1, 2008

Siapa manusia Malaysia yang tidak tahu kisah Upin dan Ipin. Bagi peminat TV9 sudah pasti tahu kisahnya. Anakku adalah peminat setia kisah ini. Hampir setiap hujung minggu, pasti mereka bertiga menonton kisah ini sambil ketawa terbahak-bahak. Siri pertama meliputi 6 episod mengisahkan dua adik beradik ini menjalani ibadah puasa hinggalah ke hari raya. Siri ke 2 akan kembali bulan Ramadhan ini. Siri ini akan ditayangkan di saluran yang sama setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 7.00 malam. Baikk untuk tontonan sekeluarga.

Anakku yang sulung, Aiman namanya. Seawal pagi lagi, dia onkan laptop umminya  lalu menonton Upin dan Ipin. Saya yang duduk membelakang, sedang memeriksa sebahagian tugasan pelajar yang dihantar melalui emel, ketawa terbahak-bahak dalam hatiku mendengar aiman ketawa disebabkan kelucuan feel Upin dan Ipin. Tengah khusuk saya membaca baris demi baris tugasan pelajar, tiba-tiba saya terdengar  seperti sesuatu dibuka. Lantas saya berpaling kebelakang, rupanya Aiman sedang membuka bekas yang berisi makanan ringan tanpa disedarinya. (Mengunyah makanan ringan sambil menonton di laptop adalah adalah kebiasaan mereka bertiga). Lalu ku sindir dengan perkataan “aiiiiiittttt”. Anakku bertanya, “Kenapa Bah” (istilah panggilan anakku kepada abahnya). “Kan hari ini puasa” jawabku. Tersenyum malu anakku lalu mengatakan “abang lupa, rupanya ari ni puasa”….MORAL CERITA : Awasilah anak-anak sehari dua ini…dikhuatiri mereka makan tanpa sengaja.

ALHAMDULILLAH, SYUKUR KE HADRAT ALLAH s.w.t

Disaat  ini sejam lagi waktu untuk kami berbuka. Anakku Aiman dan adiknya Fatin nampaknya masih kelihatan segar dikala Abahnya sedikt merasa kehausan. Tidak seperti puasa tahun lalu, selama seminggu mereka “berpuasa separuh hari” kerana mungkin itu pengalam puasa pertama dalam hidup mereka. Tahun ini nampaknya kekal segar. Mungkin program pengalihan dari memikirkan soal makan dapat dilakukan. Bermula jam 9.00, Aiman dan Fatin bermain teka kata, ke Surau dan dibawa pergi berbelanja. Rasanya program-program ini menyebabkan Allah melupakan sementara soal makan ke atas mereka. Ditambah lagi janji Umminya yang mengatakan Abahnya akan bagi RM1 sehari jika berpuasa penuh.

Harapanku menggunung disertai dengan doa agar anakku, Aiman dan Fatin dapat berpuasa sebulan penuh tahun ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: