Anjung ABUAIMAN

KENAPA “MEREKA” BERMINAT DENGAN PELAJAR IPT KITA

Posted on: September 2, 2008

Beberapa bulan lepas, isu dua anak muda melarikan gadis anak Sarawak menjadi topik utama di dada-dada akhbar Sabah. Peristiwa pencolekan berlaku di kawasan perniagaan Kingfisher berakhir kepada keteraumaan pelajar UMS kesan daripada rogol-paksa seperti binatang. Sebelum itu juga dikatakan isu yang sama berlaku di penginapan pelajar yang diceroboh oleh pekerja binaan.

Isu terbaru sehari dua ini, cerita menghayat hati. Salah seorang bakal guru bahasa Inggeris yang merupakan penuntut salah sebuah IPT di Sabah dibunuh selepas diperlakukan seperti binatang. Cerita bermula apabila anak gadis dari utara Sabah itu dikatakan pulang awal ke kampus kerana ada temu janji dengan kawan untuk menyiapkan tugasan. Oleh itu kakak mangsa menghantarnya ke perhentian bas tepi jalan. Dilaporkan pelajar tersebut mengikuti sebuah kereta toyota UNSER untuk ke Kota Kinabalu (UNSER adalah salah satu bentuk pengangkuta Bas Mini di Sabah). Sangkaan sang kakak, adiknya selamat tiba manakala kawan setemujanji menyangka ia masih bercuti. Setelah beberapa hari, rakan setemujanji terpaksa menelepon keluraga mangsa kerana tidak dapat menghubungi mangsa. Laporan polis dibuat dan selepas seminggu barulah mayatnya dijumpai berhampiran kawasan rekreasi di Kionsom, Kota Kinabalu. Itu pun dapat dikenal-cam oleh keluarga mangsa berdasarkan baju dan kasut yang masih terpakai.

MORAL CERITA : Kepada anak-anak gadis yang ingin kemana-mana , pastikan anda berteman dan jangan ikut kereta penumpang tanpa ada kawan. Islam telah menggariskan kaedah menumpang kereta. Dilarang dalam satu kereta 1 lelaki, 1 wanita, apatah lagi 2 lelaki, satu wanita walaupun dengan lelaki yang dikenali kecuali muhrim kita. Dicadangkan 1 lelaki, 2 wanita. 90% kes-kes mangsa rogol yang dibunuh kerana mangsa mengenali perogol.  Oleh itu Polis kena lakukan sesuatu.

Sempena Ramadhan, bulan yang penuh rahmat. Berdoalah kita agar manusia-binatang itu menerima pembalasan sewajarny. Diharapkan keluarga mangsa banyak bersabar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: