Anjung ABUAIMAN

SEPATUTNYA PASAR RAYA JUGA HARUS “BERPUASA”

Posted on: September 2, 2008

Saya teringat pada hari Ahad yang lalu. Selepas solat Isyak, para jamaah di surau kami (Taman Sepangar) yang terlalu rindu dengan Ramadhan, menanti dengan penuh debar pengumuman tarikh berpuasa. Sejurus pengumuman yang mengesahkan hari Isnin berpuasa, sekitar 8.15 solat sunat tarawikh didirikan sekitar 3 saf. Semalam dan hari ini, surau kami penuh sesak. Ini menggambarkan semakin ramai penduduk taman  merindui ramadhan. ALHAMDULILLAH. SYUKUR KE HADRAT ALLAH S.W.T.

Namun kerinduan ini saya takuti akan berkurangan dengan feel-feel pasayaraya di sekitar Kota Kinabalu. Baru 3 hari berpuasa, lagu raya sudah berkumandang. Secara jujur saya katakan, lagu raya ini sedikit-sebanyak akan membuatkan kita mula merasa rindu Hari raya dan secara perlahan-lahan ia akan membuatkan kita lupa kecantikan Ramadhan. Seperti anak muda masa kini, jika bertemu gadis baru, bermacam-macam alasan digunakan untuk berpisah dengan gadis lama. kadang-kadang sanggup berbohong. Oleh itu Jabtan agama mesti beeri penerangan berkaitan dengan hakikat ramadhan kepada pengusahan pasaraya. Bukannya lamapun untuk mereka menghormati ramadhan. Ramadhan hanya sebulan. Merekah sudah buat untung selama 11 bulan.

Disarankan agar Jabatan agama Sabah dengan kerjasama agensi berkaitan perlu menggubal dasar sementara dimana lagu-lagu raya ini hanya boleh dikumandangkan seminggu sebelum raya. Biarlah makcik-makcik yang sering ke pasaraya, kekal rasa rindu bersama ramadhan. Sekurang-kurangnya fasa Rahmat dan Fasa Keampunan dapat dihabiskan. Diharapkan setelah bersama dua fasa tadi, makcik-makcik masih bersama  Fasa  II ramadhan : Dilepaskan Dari Api Neraka walaupun sekuat mana lagu raya dikumandangkan.

kadang-kadang juga bukan setakat pasaraya, Radio dan TV di Malaysia melalui beberapa iklan, sudah ada selitan-selita lagu raya. Kalau di sabah, ada parti-parti politik bukan islam menaikkan Banner Selamat Hari Raya bermula pada minggu kedua. Tetapi mereka tidak menaikkan bannner Selamat Berpuasa. Diharapakan semua pihak hormatilah hak beragama kami.

1 Response to "SEPATUTNYA PASAR RAYA JUGA HARUS “BERPUASA”"

Puasa dan raya sering dikaitkan.., suatu ikatan yang memang rapat seperti isi dan kuku. tidak ramai yang mengambil berat soal pahala serta ganjaran yang diberikan Allah sepanjang sebulan kita berpuasa (30 hari). walaupun kemeriahan raya hanya terasa sehingga 7 hari sahaja, namun hari ini jugalah yang beria-ia disambut dan dinantikan. ini belum lagi termasuk isu tabiat masyarakat kita yang beria-ia mengganti perabot dan baju raya (pembaziran yang sudah semestinya besarrrrr).
isu lagu raya dan ramadhan sebenarnya suatu percampuran lauk yang secukup rasa, seperti gulai ikan patin, tanpa garam hilang ‘omphh’ nya. sesetengah lagu raya turut menyelitkan isu ramadhan dan menyeru kita memohon keampunan kepada-Nya. melaluinya, seolah wujud suatu suasana meriah dan bersemangat untuk terus beribadat sepanjang bulan mulia ini. tanpa iklan dan lagu raya, suramlah suasana berpuasa kita. kerana penat lelah kita menahan segala bentuk godaan disamping keampunan yang dipanjatkan sepanjang bulan ini, kita juga mahukan ganjaran daripada kepenatan ini (ganjaran pahala adalah utama) iaitu hari raya. dengan mengingatkan raya dan lagu yang didendangkan, semangat untuk beribadat makin melonjak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: