Anjung ABUAIMAN

MAU TURUN, CEPAT DIUMUMKAN. MAU NAIK, SEPANTAS KILAT DILAKSANAKAN

Posted on: September 5, 2008

Semua orang kampungku mengeluh sejak kenaikan harga minyak tertinggi dalam sejarah. Mereka mengatakan kerjaan tidak patut naikkan dengan kadar yang tinggi. Lagipun tiada angin bertiup, tiba-tiba dilaksanakan. Terlalu cepat. Saya jumpa kawan-kawan lama di kampung yang merupakan AJK Umno. Rata-ratanya mereka mula mempersoalkan kata-kata keramat parti mereka, TRADISI MEMBELA RAKYAT. Katanya “Rakyat sekarang ini tidak lagi terbela. Bila harga minyak naik, semua mesti naik. Kita katalah akan pantau kenaikan harga….semua bohong. emak saya kata semua harga barang naik”. Apa sudah jadi dengan negara kita.

Namun kenaikan ini diubati dengan penurunan harga minyak yang dikatakan akan diumumkan awal september tetapi tekanan Permatang Pauh menyebabkan janji itu diawalkan. Hari ini sekali lagi kerjaan mengumunkan akan menurunkan harga minyak RM0.15 hujung tahun ini. Hujung tahun ini bermakna kita kena menunggu 3 bulan lagi. Sepatutnya apalah salahnyan turunkan sekarang. Raya ini banyak mau guna duit. Saranan Perdana Menteri untuk merapatkan ukhuwwah dikalangan keluarga perlu ditunjukkan melalui penurunan harga minyak segera. Kerajaan tidak perlu tunggu 3 bulan tetapi sekarang. Lagi cepat, lagi baik. Tambahan pula, harga minya dunia sudah turun sejak2 bulan lalu.

Diharapkan sebagai parti TRADISI MEMBELA RAKYAT, jangan lagi amalkan “Nak turun, Cepat diumumkan, Nak naik, sepantas kilat dilaksanakan” . Sebab ia bertentangan dengan motto keramat parti memerintah.

2 Responses to "MAU TURUN, CEPAT DIUMUMKAN. MAU NAIK, SEPANTAS KILAT DILAKSANAKAN"

Tak perlu melihat jauh.. keadaan rumah saya yang telah membuktikan penderitaan rakyat luar kampung. apa tak makanan asas naik secara mendadak ( bukan naik tapi harga yang melopat..)inilah fenomena sekarang.. adakah kerajaan masih waras dalam melaksanakan semua ni??
kita ada undang HEPDN yang mana barangan kawalan wajib dikawal) tapi sekarang barangan semua sama…. sekarang sapa yang memperjuangkan hak ini (barangan kawalan)????

peniaga pun satu.. lau minyak naik barang sepantas kilat kena turun, tapi lau harga minyak turun.. mereka menetapkan harga sama alasan belum ada penyelarasan.. so kami rakyat biasa hanya mampu berdiam diri… ( Allah itu adil)
apa yang ada pada kita hanya sementara sahaja… Salam Ramadhan ( harap ada penurunan harga barangan)

sebenarnya keniakan minyak memberikan impak yang sangat besar kepada penduduk di kawasan luar bandar dan orang yang bependapatan sederhana…hal ini boleh dilihat di kawasan sabah dan serawak..dimana pendapatan perkapita isi rumah sangat rendah di kawasan tersebut..adakah kerajaan mempertimbangkan kenaikan harga minyak sebelum menaikkan komoditi tersebut?komoditi tersebut adalah bahan utama dalam perniagaan..sekiranya harga kos meningkat secara tidak langsung harga barangan yang lain turut meningkat..mengapa penurunan harga minyak sangat rendah hanya rm0.15 sahaja sedangakan kenaikkan sangat tinggi??yala walaupun kerajaan memberikan subsidi kepada barangan terkawal,tetapi harga bg barangan tersebut di kawasan sabah dan serawak sangat tinggi..sedangkan pendapatan isi rumah sangat rendah….salam ramadan mudah2an dengan sepuluh ramadan yang terakhir ini kita gunaqkan dengan sebaik2nya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: