Anjung ABUAIMAN

DARI TIADA KEPADA ADA

Posted on: September 7, 2008

Sekarang terlalu banyak orang yang sakit kepala. Kalau sebelum ini tiada sakit, sekarang ini sudah ada. Kalau dulu tiada orang yang berasa gementar, tetapi kini sudah ada yang berasa gementar. Kalau dulu tiada aktiviti lawatan sambil belajar oleh BNBC ke luar negara, tetapi kini sudah ada. Kalau dulu tiada menteri yang sangsi dengan ahli parlimen Sabah dan Sarawak, tetapi kini sudah ada. Terlalu banyak persitiwa yang sebelum ini TIADA, tetapi sekarang ini SUDAH ADA. Semuanya gara-gara Tanggal yang menjadi penantian kebanyakan orang………. 16 SEPTEMBER.

Sejauhmana benarnya peristiwa 16 SEPTEMBER ini, semuanya berada dalam pengetahuan Allah s.w.t. Samada benar atau tidak, yang pastinya Sdr Anwar Ibrahim sudah berjaya ke atas perang psikologinya. Ini kerana diperingkat awalnya ia solah-olah mainan politik dan BN menganggap ia sekadar satu pembohongan. Saya juga merasakan begitu selepas beberapa insiden terutamanya apabila sdr Anwar Ibrahim berjanji akan mengumumkan penghijrahan seorang dua MP BN semasa perhimpunan KEADILAN di Kelab Sultan Selangor. Namun tiada pengumuman dibuat.

Tetapi kini, 16 SEPT seolah-olah semacam akan berlaku menyebabakan politik hari ini terlalu kalut. Kekalutan ini ditiup dengan kebenaran yang diberikan oleh bakal Perdana Menteri Malaysia  2010 kepada BNBC untuk pergi bercuti 16 September ini. Ini suatu kehairanan kerana adat kebiasaanya ,disaat bulan puasa inilah MP BN akan meluangkan masa dengan jamaah surau di kawasan mereka. Ditambah lagi dengan, terdengar cerita bahawa bukan MP Sabah dan Sarawak (yang tidak menandatangani janji taat setia )sahaja yang  akan berhijrah malah  ada di kalangan MP BN dari Semenenjung  yang diketuai oleh  salah seorang Naib Presiden UMNO juga dikatakan akan menyokong bekas ketua Team Wawasannya dulu. Keadaan ini membuatkan parti-parti sahabat UMNO  dalam BN mula menimbang untuk bersama BN dengan menggunakan isu Immigran Cina sebagai alasan.

Apapun yang terjadi, 16 September pasti akan tiba. Sekiranya benar, BN akan berkubur. Tetapi jika ia tidak benar, satu bentuk kepercayaan baru mungkin berputik terhadap pakatan rakyat. Rakyat mungkin akan menilai semula cakap-cakap politik para pemimpin pakatan rakyat.

Tags:

2 Responses to "DARI TIADA KEPADA ADA"

16 September akan tetap tiba.. apa yg berlaku kita tungguh dan lihat.. walaubagaimanapun.. bila Para politikus (Anwar) berjaya membeli MB di Sabah inilah kesalahan yg tak boleh di maafkan.. menyalahi perlembagaan… Anwar sekarang pum macam dah ketandusan pangkat.. ( masa ja Tim PM bukan main skema, bila jd org biasa mempersoalkan pula).. inilah pemimpin yg tak boleh di harapkan..( kita tak tau apa akan berlaku bila dia ja PM)..

16 mei dan 16 september ( apa yang berlaku?????)
16 mei pertumpahn darah kerana sentimen perkauman.. tunku Abdul Rahman pula pergi bercuti.
16 septembet (tungguh dan lihat) TIM. Pm pergi bercuti…

saya ada terbaca laman web malaysia kini pada hari ini yang dipostkan kepada malaysia kini bertarikh 10 september 2008 jam 12:15 pm. kebetulan pada masa yg sama sy terbaca artikel dalam blog encik dan kedua-dual perkara saling berkaitan. . menurut petikan ucapan Anwar yang saya baca dari laman web malaysia kini tersebut mengatakan “”Selepas berbincang dengan PAS dan DAP, tarikh tersebut boleh dilanjutkan walaupun sasaran kita sebelum ini, ialah 16 September,”. ucapan ini menunjukkan kepada kita telah beberapa kali perkara sebegini ingin dilaksanakan tetapi akhirnya tidak berlaku. kali ini menurut anwar juga sebab utama tarikh 16 september ditunda ialah pemergian beberapa ahli parlimen barisan nasional melawat sambil belajar di taiwan. pada pandangan saya, peralihan kerajaan daripada kerajaan barisan nasional kepada kerajaan pakatan rakyat ini saya istilahkan sebagai “peralihan kerajaan malaysia tidak mustahil berlaku tetapi bukan pada 16 september”. bagaimana pula pandangan encik seterusnya mengenai perkara ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: