Anjung ABUAIMAN

ANTARA DUA WAJAH

Posted on: September 12, 2008

Hari ini tanpa kita sedari sudah menjejak ke hari 13 ramadhan dan september. Menunjukkan kita sudah betarawih selama 13 hari dan berpuasa selama 169 jam daripada 312jam yang berlalu. Persoalannya adakah 169 jam itu kita benar-benar telah memenuhi tuntutan puasa…itu sendiri mau jawab.

Apa yang cuba dibangkitkan disini mengenai kisah-kisah surau dan masjid yang mengadakan solat tarawih. Kini sudah menghampiri pertengahan¬† Ramadhan dan nampaknya sof jamaah juga sudah mula menyusut sehingga ke saf pertengahan. Kalau dulunya sesak melimpah, kali ini rasanya terlalu banyak ruang yang kosong. Sepatutnya di fasa II yang menawarkan pakej PENGAMPUNAN DARIPADA ALLAH sepatutnya menjadi rebutan. Kenapa, sebab diliuar Ramadhan kita tidak begitu terjaga dan banyak dijangkiti oleh dosa-dosa. Oleh itu 10 hari fasa pertengahan ini hendaklah direbut dan mohon dengan bersungguh untuk diampunkan dosa sebelum pakej ini berakhir….namun ramai yang tidak begitu peka dengan hal ini. Faktornya mungkin, Imam-imam yang dilantik tidak begitu memahami keaadaan makmum. Perlu diingat bahawa 80% jamaah yang hadir adalah orang baru menjinak-jinakkan diri dengan solat di surau. Pak imam kena sedar yang Jamaah baru ini ramai yang tidak tahan berdiri. Jadi kalau pak imam baca terllau panjang, terpaksalah diurut betis bila bali dari terawih dan esoknya solat sendiri dirumah. Ada pula kisah yang pak imam terllau mengejar 20 rakaat sehinggakan bacaan macam Air Asia. Akhirnya bacaan tidak memenuhi syarat, kita dapat penyakit semput dan pahala dikurangkan.

Namun semalam saya cuba ke Surau SESB bersebelah dengan taman saya. Agaknya jumlah jamaah sedikit bertambah. Solat dipimpin oleh seorang hafiz muda yang dikeluarkan oleh madarasah Sri Petaling (Tabligh). Perwatakannya cukup mempersonakan. Sejuk mata memandang. Rasanya imam ini memahami makmum. Bacaan daripada surah yang terpanjnag tetapii mungkin satu muka surat al-Quran dibahagi 2. Nampak perjalanan tarawih begitu teratur dan tenang. Mungkin imam-imam Hafiz lantikan perlu meniru dan belajar daripada surau SESB ini.

Inilah wajah-wajah masjid kita. Ada yang terllau mengejar menghabiskan 30 juzuk, tidak kurang juga yang terllau mengejar jumlah 20 rakaat. Tapi jarang orang yang mencari ketenangan dan menjadikan tarawih itu sebagai ibadah rehat..fikir-fikirlah

Tags:

1 Response to "ANTARA DUA WAJAH"

assalamualaikum. tentang solat terawih, salah sorg rakan lama sy sejak dr sekolah mengh lagi kemudian kmi melanjutkn peljrn bersm2 d UMS telh pun memeluk Islam baru2 ni. Alhamdulillah bertmbh lg sorg umat kita. dr sg pergaulannya beliau ketika d sekolah mngh dhl sememangnya lebih kpd kwn2 yg beragama Islam sehinggalah kini berbndg dgn rkn2 non muslim lain yg lebih rapat degn non muslim. beliau amat rapat dgn kami n bergurau sm2. beliau sering bertanya hal2 berkaitan Islam. pernah satu hari dia bertanyakan “apa tu solat hajat?”. lalu sy pun terkejut & bertanya kembali “knp ko ty pasal solat hjt?” kemdn dia menjwb “tiada pa2 sj mau tahu sebagai pgthuan umum”. Rupa-rupanya pertyn sekecil itu sebagai tnd beliau akan menerima hdyh memeluk Islam d bulan suci ramadhan yang pnh barakhah ni. Subahanallah. stlh memeluk Islam dia ikut kmi pg solat brjmh, terawih dan solt jumaat. Mudh2n lebih ramai lg yg mdpt hdyh Allah lebih2 lg d bulan suci ramadhan ini. maknanya raya ni bertambah lg rakanku pg berziarah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: