Anjung ABUAIMAN

PENANGAH MENANTI SINAR -Siri 1

Posted on: September 16, 2008

Cetusan Misi Penangah 2008 terhasil daripada laporan seorang sahabat dari Sekolah Sains Sosial selepas majlis bacaan tahlil dan yasin di sekolah kami. Laporan yang diberikan cukup meyahat hati mengenai kampung tersebut terutamanya berkaitan masalah berkaitan penduduk muslim yang merupakan penduduk minoriti. Bertitik tolak daripada ini, sdr Aliakbar telah memanggil bebrapa pelajar untuk membentuk jawatankuasa misi ini. Misinya ialah dua dalam satu. Mengagihkan bantuan kepada penduduk  kampung dan program motivasi pelajar. Maka tarikh 13 – 15 Ramadhan 1429 dipilih.

Rombongan kami sekitar 15 pelajar (10 dari program geografi, 2 hubungan industri, 1 hubungan antarabangsa dan 1 kominikasi) dan 4 pensyarah bertolak dari Kota Kinabalu sekitar jam 8.00 pagi dan tiba di pekan Telupid sekitar jam 12.00 tengah hari dengan menggunakan bas UMS. Kami singgah di Masjid Telupid untuk solat Zuhur dam Asar. En Abdul Rahim dan En. Syafie (guru dari SMK Penangah yang ditugaskan menjemput kami) dan pacuan 4 roda daripada Jabatan Pelajaran Telupid tiba sekitar jam 1.10 t/hari. Kami memindahkan barang-barang untuk penduduk hasil sumbangan daripada JAKIM, MUIS, CELCOM dan individu dari bas UMS ke kereta pacuan 4 roda mereka.

Kami bertolak dari pekan Telupid sekitar jam 2.30. Untuk sampai ke Penangah  kita akan berjumpa dengan 5 perkampungan iaitu Kg. Langkabong, Kg. Napagang, Kg. Mananam, Kg. Maliau dan Kg. Namukon dan terpaksa melalui jalan gravel, merentasi sungai, hutan dan berbukit-bukau. Tiada ucapan yang kami zikirkan melainkan Alhamdulillah setibanya kami di SMK Pinangah sekitar jam 5.30 petang. Kenapa tidaknya, terlalu mencabar.

Saya dan 3 rakan pensyarah yang lain (En. Aliakbar, Dr. Tahir dan En Wan Shawaluddin) bersama pelajar lelaki di tempatkan di rumah pengetua. Dan Siswi ditempatkan di ASPURI dan Flat guru. Kami berbuka puasa di kantin sekolah. Kesemua makanan selama 3 hari di sini didermakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sekitar jam 7, kami dan pelajar muslim pergi ke Masjid. Penduduk kampung yang dilaporkan menunggu sejak maghrib lagi dengan penuh harapan bersama rakan-rakan daripada JAKIM dan JAHEINS. Walaupun malam itu adalah malam ke 14 terawih, dilaporkan mereka sempat menunaikan 4 tarawih kerana imam yang dilantik macam biskut. Kejap ada,kejap tiada. Lepas tarawih, kami balik ke Asrama untuk rehat kerana badan terlalu penat. Apatah tidak, badan melambung ke kiri dan ke kanan sepanjang perjalanan disebabkan jalan yang begitu teruk. Nasib tidak melambung keluar.

BERSAMBUNG SIRI 2

Tags:

10 Responses to "PENANGAH MENANTI SINAR -Siri 1"

Salam… “mengapa ini semua harus terjadi”…
antar lirik lagu persembahan tingkatan 3 khas untuk AJK misi pinangah…
misi Penangah dalam kenangan….
kesimpulan dari penjelajahan yang kami buat,, memberi kesedaran pada semua AJK.. dalam kita mencapai kesenangan ada lagi insan yang terlalu dekat dengan kita dalam kesusahan…
pelajar sekolah meluahkan persaan mereka UMS lah mahasiswa/i pertama yang menjejakkan kami dan memberi motivasi.. dan menjadi satu catatan sejara dalam hidup mereka di beri dorongan almaklumlah selama situasi keluarga mereka yang kurang berpendidikan dan tidak salah jika saya katakan lau keluarga tak perna pun bagi doronga tuk belajar bersungguh-sunggu.. segelintir mereka mengatakan.. mereka tidak tahu kepentingan belajar sehingga masuk U.. pa bila saya tanyak cita-cita mereka ingin jadi ‘Penginjil, kedai jadi juru wang, kerja biasa-biasa…
mereka kurang pendedahan tentang dunia luar..sehingga matlamat mereka pun tak tahu…

denga adanya misi penangah ini kami dapat memberi pendedahan walaupun sedikit.. namun mereka meneriam denga ucapan segunung terima kasih.. persembahan tingkatan tiga membuktikan semua..dan kepulangan kami di tangisi oleh segelintir pelajar..malah bukan itu sahaja… sampai sekarang ada yang menghubungi kami sambil menangis’ katanya merindui kami” mereka mahukan kata-kata semangat agar mereka rasa termotivasi dari masa ke semasa…..

terima kasih atas sumbangan semua terutama JAKIM, PARA PENSYARAH, GURU SMK PENANGAH, AJK PELAKSANA..

‘ biar kita di kritik kerana melakukan sesuatu daripada kita mengkritik tanpa melakukan apa-apa.. (tun Dr. mohadir Mohammad.)

laporan…
pelajar perempuan 5000L ada 13 buah.
pelajar lelaki 25000 ada 5 buah sahaja.
setiap asrama terdapat satu tangki lagi yang biru, panjang macam tangki di kantin sekolah.( tak tau pula berapa liter)

salam…bila saya terbaca berita misi penangah ini dan komen dari saudari Jumriati, saya terasa sebak kerana mengingatkan semula misi yang sama yg telah kami jlnkan semasa cuti semester yg lalu di kampung long pasia nun jauh di penghujung Sabah sana. keadaan yang sama saya rasai mengenangkan kanak-kanak yg kurang mendapat pkhdmtn pddkn. mreka lebih terlibat dgn hutan dan bekerja kmpg sahaja sperti berburu. namun, apa yg berbeza dengn misi penangah ini penduduk long pasia hmpr 100% beragama kristian bangsa dayak lundayuh dan dikatakn hanya ada sorg shj yg muslim tp sring ke sipitang bekerja. walapun berbeza agama mereka mberi layann yg baik tdk pnh saya merasai lynn sdmkn rupa. sepjg sy mengikuti aktiviti2 bakti siswa sebegini saya meletakkan misi kami itu yang paling berjaya stkt ini krn mndpt skgn 100% pddk kg brbdg pddk d bdr. semua mereka berhati mulia. menurut pemerhatian saya peddk mmliki bakat & beberapa kmhrn yg blh dkomersialkan begitu juga dengan pelajar2nya yg berbakat. kg itu hy mempunyai sbh sklh rendah kecil shj sebesr kelas tadika & sumber elktrik drpd gnrator yg dibeli sndri. olh pddk kg. kesian mereka. hrp2 adalah phk yg bersimpati dgn mereka. kesia😥

salam al mubarak..
“PENANGAH..ADA IMPIAN ADA KNYATAAN…”
perjalanan yg memenatkan sangat berbaloi dgn pengalaman yg di timba..
pertama kali mengharungi perjalanan yg teruk dan penatnya terasa hingga kini..pertama kali jg menjejakkan kaki di bumi penangah..jauh dari gambaran..bersyukur kerana mereka hidup aman damai..satu kwsan yg bgitu unik..mengapa saya katakan unik?kerana mereka ada impian,ada kenyataan.
.
tidak ramai yg mengetahui kewujudan penangah,saya sendiri sebelum ini..
penangah dan kawasan di sekitarnya adalh satu tmpt yg mesti di lawati..agar ia dpt di bangunkan..bangunkan fizikal dan mentaliti khasnya..
saya sendiri terharu dgn ucapan sorg pelajar pompuan di smk penangah yg mengatakan kedatangan misi ini membawa sinar harapan kpd mereka..di tambah lagi dgn kata2 yg keluar dari mulut pelajar2 lain kepada fasilitator…
seperti kumpulan saya mereka meluahkan bahawa mereka ragu2 dan tidak yakin diri..mahu terus di motivasi..di sogok dgn input input yang membina…
di sinilah semua pihak harus membantu meringankan beban mereka..program bersama mu TV3 perlu ke sana membantu publisiti agar semua mmbuka mata..mbuka minda,jauh di sudut hati semua akan mengerti akan impian yang untuk menjd knyataan….

di sini ambil ksmptn jg,
untuk rakan2 yg tidak berpeluang utk mgikuti misi ini jgn la bersedih hati dan rasa kecewa, di jelaskan di sini bkn utk mengetepikan atau bkn hnya utk org terpilih sahaja yg menyertai.semua boleh pergi TETAPI kouta yg terhad..dan bg pengarah misi ini,beliau tidak berpeluang utk menampal memo mahupun mgadakan temuduga kerana program ini mesti segera dilaksanakan.Justeru itu lah, pengarah tpksa menarik org2 yg di kenali dan mahu buat kerja..byk yg mahu dan bole buat kerja tetapi KOUTA..insyaAllah di suatu hari nnt ramai org akan berpeluang menjejaki kaki ke penangah..kerana penangah ada IMPIAN ADA KENYATAAN..

setelah apa yG saudari jum me\mberi komen….saya melihat perlu ada usaha seperti ini dijalankan oleh setiap umat islam terutamanny gol.yang mmpyi ilmu dalam agam,seprti yang kita maklum,mubaligh2 sanggup meredah jalan ke pnang tk meyebarkan misi mereka dan berkampng sehingga mereka betul2 yakin dapat menanam ideologi mereka kedalam minda ora2 kg,di sampng mereka menpunyai dana yang sangat kuat..MEGAPA ORANG2 ISLAM SANGAT LOKEK UTK DIRI SENDIRI???????ALUUUUU PIKIRLA SENDIRI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

saudari MIs..
jangan kita menyalahkan orang islam dalam situasi di penangah.. pa yang penting ialah kita imbau sejarah kenapa terjadi sedemikian???
mungkin ada betulnya pendapat saudari tapi kata-kata saudari mang saya sangat tidak setuju…

nilailah dari pelbagai aspek…..

misi penangah tetap di sanubari….uiksssss

terima kasi kepada Semua..

Ya. saya sokong saudari Jumriati Abdullah.., saudari/a seolah2 menghina dan memperkecil – kecilkan orng dan Agama Islam… dalam Program Misi Penangah 2008 ini, soalnya pokoknya bukanlah berkaitan agama dan bangsa… janganlah kerana “setitik nil, rosakl susu sebelangga”… Dalam kita hidup dalam masyarakat Majmuk di Malaysia ini, sikap hormat – menghormati bangsa dan agama lain perlu diterapkan dan diamalkan setiap ketika…. dikhuatirkan nanti kata2 saudari/a Mis akan menyinggung perasaan masyarakat Islam… mereka bukannya LOKEK seperti yang saudari/saudara katakan… mungkin saudari/a tidak @ kurang melihat dan tahu mengenai sumbangan yg disampaikan oleh mereka ini kepada sesama Islam lain yang memerlukan.. perlu diingat, masyarakat Islam membayar Zakat dan wajid membayar Zakat ketika Bulan Suci Ramadhan.. Duit Zakat itu, akan diurus oleh Pusat Zakat, sebagai contoh kalau di Sabah ia diurus oleh Pusat Zakat Sabah, dibawah Majlis Ugama Islam Sabah. dari situ, duit zakat tersebut akan diberikan kepada masyarakt Islam yang memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, mangsa bencana dan ramai lagi…
So, tidak timbul isu ORANG ISLAM LOKEK di sini…

Saya pernah buat kunjungan di Tongod dan Penangah, memang di situ kepercayaan org kristian sangat kuat, di tongod sahaja, Christian Youth Ctr adalah antara yg terbesar di Sabah. Tapi klu kita manusia yg ikhlas, jgn bertikai pasal agama di sini.. harus fikir tentang masa depan kanak2 dan juga remaja di Penangah ini.

Kg. Penangah, Tongod will be arise… I want to see it

Penangah…
Dulu ia..serba daif,pendidikan masih belum diutamkakan…masih bergantung pada bantuan kerajaan kebajikan,subsidi nelayan,1 Azam.80% penduduk masih berada pada taraf kemiskinan kasar negara.Dulu masa perjalanan dari penangah ka telupid mengambil masa 8-10jam..sekarang 2-3jam.Dulu untuk bertelefon terpaksa naik kepuncak bukit,sekarang hanya dirumah sambil baring menonton tv.Dulu pelajar sekolah berjalan kaki berbatu-batu jauhnya ke sekolah,hari ni ramai suda ibubapa memiliki kereta ataupun paling kurang motorsikal.Kini remaja kampung asik berfacebook,all maklum WIFI Kg telah disediakan dan WIFI 3G Maxis turut ada,internet tidak lagi janggal bagi orang penangah.Baru kini penduduk sedar,dengan membuka tanah menanam getah boleh membantu keawangan mereka.Dulu berapa kerat saja anak-anak kg yang berkerja sebagai penjawat awam,sekarang tidak terkata.Ramai anak-anak jati telah melanjut pelajaran ke universiti..gembira melihatnya,hingga ada yang memegang jawatan di putrajaya.Gembira kabarnya…dulu dan kini telah berubah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: