Anjung ABUAIMAN

917 : MISIKU MEMBURU BANJIR

Posted on: September 17, 2008

Hari merupakan hari ke 17 kami berpuasa. Di awal pagi lagi, angin begitu kencang membawa hujan lebat merentasi taman kami.  Saya kuatkan semangat untuk pergi bekerja setelah 5 hari tidak menjenguk pejabat. Hujan terus berlaku. Isteriku menelefon mengatakan mereka tidak dapat keluar dari sekolah kerana jalan utama Tuaran-KK digenangi oleh air. Kebetulan juga ketika itu saya sedang mengendalikan tutorial AG30503 Pengurusan Lembangan Saliran yang membincangkan topik berkaitan Banjir. Lalu tidak sabar untuk saya habiskan tutorial kerana misiku untuk pergi memburu kawasan-kawasan banjir.

Jam 1.00 t/hari saya memandu kancil kesayanganku ST3184F untuk misi tersebut. Buruan pertama saya ialah hadapan 1 Borneo tetapi kawasan itu tidak mengalami banjir. Saya teruskan perjalanan bagi memburu kawasan ke-2 iaitu hadapan pembinaan 1 Sulaman. Memang sah, kawasan ini teruk dilanda banjir. Jalan arah UMS ke Indah Permai di penuhi air. Trafik mula sesak disebabkan oleh laluan sehala menjadi dua hala.

Buruan seterusnya di Taman Kuala Menggatal. Nampakanya hampir kesemua parit dipenuhi air dan ada bahagian yang melimpah ke jalan. Perjalanan diteruskan dan bertemu satu lagi kawasan banjir iaitu jalan berhadapan Kg. Bugis di Jalan Sepangar. Perjalanan arah ke Sepanggar bergerak lancar kerana air memenuhi jalan arah ke Indah Permai.

Saya teruskan perjalanan dan mengharapkan simpang ke rumahku tidak digenangi air. Tapi tekaanku meleset. Banjir kali ini amat tinggi. Banyak kenderaan rendah berhenti ditepi jalan. Namun saya terpaksa meredah banjir kerana menghantar anakku balik dari sekolah. Saya gunakan tips pemanduan meredah banjir iaitu guna gear 1 dan tekan minyak tanpa henti. Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya menrentasi banjir dengan selamat.

Setelah itu, saya cuba memburu kawasan akhir di persimpangan putra jaya. Namun masa terlalu suntuk. Saya ada tutorial AG20305 : Hidrologi & Sumber Air jam 2.00pm. Saya berpatah balik untuk ke UMS dan dalam perjalanan, kesesakan trafik semakin teruk di hadapan kawasan pembinaan 1 sulaman.

Tags:

1 Response to "917 : MISIKU MEMBURU BANJIR"

[…] dalam Alam Sekitar, Banjir Kisah ini sudah banyak kali ku tulis dalam artikel-artikel lepas 1, 2, […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: