Anjung ABUAIMAN

PENANGAH MENANTI SINAR – Siri 2

Posted on: September 18, 2008

Program kami secara rasminya bermula pada hari ahad 14 Sept 2008. Seawal pagi lagi, saya , Sdr Aliakbar dan Sdr. Wan Shawaluddin bergerak meninjau kehidupan rutin waktu pagi penduduk kampung. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan jambatan gantung yang begitu indah. Kami cuba untuk melalui jambatan tersebut tetapi sedikit gayat berbanding anak-anak kampung yang secara tenang berlarian di atasnya.  Keliahatan nun jauh hutan, embun dan sungai yang begitu indah dapat diperhatikan dari atas jambatan. Juga daripada jambatan ini, kelihatan ramai penduduk kampung diawal pagi sudah berpusu-pusu ke sungai untuk membasuh dan membersihkan diri. Juga daripada atas jambatan ini kami dapat saksikan pertembungan sungai Pinangah dan Milian yang menjadi laluan penghubung dengan kampung sekitar. Itulah hebatnya sungai.

Sekitar jam 8.00 pagi kami teruskan agenda untuk bertemu dengan ketua kampung, Encik Kiking namanya. Tinggal disebuah rumah berlantai buluh, mengekalkan ciri-ciri budaya rumah Orang Sungai. Antara tujuan kami bertemu adalah untuk mendapatkan senarai nama penduduk Islam bagi tujuan program bantuan Aidilfitri. Tiada data yang didokumenkan, cuma data dari memori yang diberikan. Berdasarkan maklumat ini, kami pergi dari rumah ke rumah untuk menghantar jemputan. Rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah En. Ali, anak kepada pengasas Kg. Pinangah. Cukup banyak maklumat mengenai sejarah kg yang dapat dikongsi bersama

Sekitar jam 10.00 am, kami balik ke penginapan. Ppara pelajar kami telah siap membungkus barang keperluan dapur untuk di agihkan kepada semua penduduk. Kami berpecah kepada dua kumpulan agar program agihan ini dapat dilakukan dengan cepat kerana di waktu petang, program motivasi pelajar untuk pejajar PMR & SPM akan bermula. Banyak wajah-wajah yang diukirkan oleh penduduk kampung apabila diberikan sumbangan. Ada yang ragu-risau, ada yang tidak mahu mengambil kerana tiada duit untuk bayar. Terlalu penat rasanya sehinggakan ada yang hampir berbuka puasa. Namun kepenantan ini terubat apabila ramai penerima sumbangan mengukir senyuman kepada kami tanda terima kasih.

Setelah semua barang sumbangan habis diagihkan, ramai terasa rindu dengan teman-teman diluar Penangah. Lalu Sdr. Abd. Rahim (abang kepada Sdr. Abdul Latif @ Lai) membawa kami ke sebuah bukit yang ada signal telefon. Kami menghampiri pokok tersebut dan secara tiba-tiba berbagai deringan daripada telefon kami menunjukkan banyak mesej yang masuk. Di lokasi inilah kami dan pelajar dapat bertanya khabar dan melaporkan khabar kepada dunia luar. Kami berikan pokok ini sebagai “pokok Celcom”.

Setelah selesai, semua pensyarah berehat-tidur manakala para pelajar terus ke dewan untuk memulakan program motivasi. Tabik saya berikan kepada mereka kerana dalam kedaan penat, mereka masih lagi bertenaga untuk menganjurkan program motivasi itu. Mereka semua cukup bersemangat melihat pelajar-pelajar yang menanti. Dilaporkan, UMSlah universiti pertama yang menjejakkan kaki ke SMK Penangah. Tahniah saya ucapkan kepada Pengarah dan Jawatankuasanya.

Menjelang Maghrib, kami semua pergi ke surau untuk berbuka puasa. Malangnya tidak ramai yang datang. Makanan yang sepatutnya untuk 200 orang, hanya dijamah oleh lebih kurang 60 orang. Selepas solat maghrib, barulah penduduk kampung datang ke surau bersama anak beranak sesuai dengan jemputan dalam surat yang kami agihkan pagi tadi. Kami dirikan solat tarawih bersama dan acara kemuncak pada malam itu adalah penyampaian sumbangan sempena Aidil fitri. Alhamdulillah sekali lagi senyuman lebar terukir di wajah mereka. Pihak JAKIM juga turut bergembira dengan sambutan daripada penduduk kampung. Terdengar daripada mulut mereka bahawa pelajar UMS berjaya menganjurkan program ini. Rasanya sekiranya ada program sebegini yang mungkin akan dianjurkan lagi, UMS mungkin mendapat tempat dihati pihak JAKIM

BERSAMBUNG SIRI 3

5 Responses to "PENANGAH MENANTI SINAR – Siri 2"

Assalamualaikum warahmatullah,

Tahniah atas peranan yang telah dimainkan. Masih banyak lagi tempat yang memerlukan tenaga2 sukarela sebegini. Tapi hakikatnya tenaga yang ada terbatas untuk menyumbangkan keringat dan usaha ke tempat2 lain tersebut.

Kita doakan agar ALLAH permudahkan perjalanan usaha untuk memudahkan manusia dalam segala urusan mereka khususnya dalam mencari sinar hidayah dari ALLAH.

wallahualam.

di sini yang ingin mencadangkan agar SSS menjadikan SMK penangah Sekolah angkat. hal ini kerana (skema nye) UMS lah UNIVERSITI yang pertama menjejakkan kaki ke Penangah Sejajar dengan Universiti Rakyat….

di sini saya nak maklumkan kepada semua bahawa, tarikh 24-25 akan kami anjurkan pameran penangah di foyer SSS. datanglah…

sepulangnya kami dari penangah.. ramai pelajar UMS datang ke bilik saya nak bagi sumbangan baju…tapi saya dapat memberi penerangan saya kira cukup jelas, terang, dan ringkas.

pihak JAKIM akan terus bekerja sama dengan UMS dalam melaksanakan misi sebegini. oleh itu, pada tahun hadapan saya mencadangkan agar pihak SSS menganjurkan aktiviti ini ke pUlau Sebatik kg pisak-pisak..dan banyak lagi kampung yang berdekatan.. fenomenanya adalah sama namun yang membezakan ialah penduduk islam mejoriti…

bertemu di siri 3…. selamat mencari LailatulQadar…

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi… malah segunung tahniah buat semua yang terlibat tidak kisahlah yang pelajar mahupun pensyarah…apa yang menariknya di sini.. kawasan penangah bagi saya adalah satu khazanah hutan dara yang belum sepenuhnya diterokai, serasa-rasanya belum diterokai (betulkan kalu silap ek).. namun apabila saya mengimbau kembali perjalanan yang bagaikan dilambung ombak tsunami itu, saya memikirkan bagaimana murni dan mulianya orang-orang yang menubuhkan sekolah penangah. kg. penangah hanya mempunyai satu-satunya sekolah yang boleh menjadi penggerak kemajuan intelek di kalangan anak-anak kg. penangah. kerana, kg. penangah terletak jauh di tengah-tengah Sabah. tidak hairanlah sekiranya terdapat insan-insan yang tidak sanggup untuk idup disitu (terutamanya anak manja yang mementingkan line handphone misalannya. hehehe..). mereka ini sanggup ke pedalaman Sabah yang tenggelam dek hutan dara, untuk memberi keperluan ilmu yang amat penting. Jika dilihat pelajar-pelajar cukup gembira dengan kedatangan UMS hari itu. apa-apa pun yang penting saya sukakan cabaran yang semacam itu. kerana dengan program sebeginilah kita boleh menilai sejauhmana kita mengambil berat akan hal-hal di sekeliling kita.. renung-renungkan dan selamat beramah (hehehe dr.fizi hot fm kunun)… wassalam.

baguslah ums buat program mcm 2 tidak lah penangah terasing dari bumi sendiri.. saya pun pernah bertugas di sana selama 3 tahun …. namun yang dilihat hanya hati yang merasa… dengan harapan agar penangah terus di hujani pembngunan dari segi kemudahn dan perhubungan …tq

assalamualaikum..

saya daripada UIAM Gombak berhajat untuk mengadakan program outreach di Kampung Pinangah, namun tidak banyak maklumat yang saya perolehi.

kalau saya boleh tahu, bagaimana saya boleh dapatkan info lebih lanjut mengenai kampung ini untuk kami jalankan program outreach. dan juga NGO di Sabah yang kami boleh jalinkan kerjasama untuk program kami.

sangat berharap respon daripada empunya blog. TQ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: