Anjung ABUAIMAN

MENGAPAKAH JADI BEGINI???

Posted on: September 19, 2008

Petikan daripada BERNAMA mengenai isu Azan

“Dalam petisyen tu, penduduk minta supaya azan subuh diperlahankan dan kuliah subuh pada hari Sabtu dan Ahad tidak menggunakan pembesar suara. Kami akur dengan permintaan mereka,” katanya : (menurut bilal masjid yang dipanggil memberi keterangan).

Petikan tersebut merupakan respons daripada 100 orang penduduk di bandar Kinrara, Selangor yang menghantar petisyen yang membawa kepada ahli parlimen Seputeh, Teressa Kok di ISA kan.

Ada dua isu yang dibangkitkan..Pertama menggunakan pembesar suara untuk Kuliah dan Kedua, menggunakan pembesar suara untuk azan Subuh. Bagi saya bagi kes yang pertama, rasanya pihak jawatankuasa masjid boleh akur. Kuliah agama yang diadakan di surau dan masjid biarlah suaranya sekadar sekitar masjid sahaja. Bagi siapa yang ingin dengar kuliah, perlulah ke masjid.

Tapi dalam isu yang kedua, saya amat-amat tidak bersetuju jawatankuasa masjid akur dengan permintaan penduduk. Kenapa…kerana azan adalah syiar. Azan bertujuan memanggil dan mengingatkan manusia untuk bersegera menyembah Tuhan yang maha esa. Azan adalah pengingat manusia yang sering alpa dan ditentukan dalam jadual-jadual tetap. Penentuan masa ini bukan dibuat oleh manusia tetapi Allah yang telah menentukan. Bemula pada waktu subuh, azan dilaungkan apabila nyata perbezaan benang hitam dengan benang putih. Pada waktu zuhur pula, azan dilaungkan pada masa matahari mula tergelincir, azan maghrib dikumandangkan ketika matahari mula tenggelam dan azan Isyak dikumandangkan apabila mega merah dilangit sudah hilang. Maksudnya azan ini selaras dengan fenomena alam yakni pusingan matahari.

Isunya ialah mereka melarang untuk laungkan azan di waktu subuh dengan alasan mengganggu tidur. Benarkah ia menganggu tidur…….

Perlu dingat beza masa antara waktu azan Isyak dengan azan subuh agak jauh iaitu kira-kira 9 jam. Orang dewasa tidur sekitar 3 – 5 jam sehari. Kita perlu merancang tidur sepertimana kita merancang aktiviti harian kita. Misalan kata masuk waktu subuh sekitar jam 4.50.  Kalau manusia perlu tidur selama 4 jam, maka dia kena mula tidur jam 12.50am. Sekiranya dia perlukan tidur rehat sekitar 5 jam, dia mesti mula tidur jam 11.50 malam. Jadi tidak timbul soal ia mengganggu.

Azan ini adalah Jam lonceng kepada manusia. Bagi umat islam, kita diajar sebaik bangun tidur….Allah sebagai tuhan yang maha esa perlu diingat terlebih dahulu. Sebab itulah pada azan subuh ditambah kalimat “Assolatu Khairum minan naum” maksudnya Solat (penyembahan Allah sebagai tuhan yang menciptakan alam semesta ini) adalah lebih baik daripada tidur. kalau kita tanya orang-orang cina yang beniaga, dia suka waktu pagi kerana rezeki mencurah diwaktu pagi.

Olh itu bagi bangsa-bangsa dan agama-agama yang lain, perlu diingat manusia ada tuhan…sifat tuhan adalah untuk disembah setiap masa bukan dipermain-mainkan….Bagi kami umat Islam waktu-waktu menyembah Allah telah di tentukan dan kami perlu memanggil manusia dengan kalimah Azan seperti mana gereja membunyikan lonceng. Secara lojiknya, memanggil manusia biarlah panggilah itu didengar…oleh itu pembesar suara adalah kaedah yang digunakan. HORMATILAH HAK KAMI SEBAGAI UMAT ISLAM KERANA INI ADALAH SERUAN..

1 Response to "MENGAPAKAH JADI BEGINI???"

apa sudah jadi dengan malaysia??????di mana kelemahan orang2 islam????adakah al quran hanya sebagai bahan bacaan smata-mata????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: