Anjung ABUAIMAN

PENANGAH MENANTI SINAR – Siri Akhir

Posted on: September 20, 2008

Hari ini menunjukkan 15 September 2008. Hari ini adalah hari terakhir kami bekampung di Penangah. Jam lonceng berbunyi seawal jam 3.30am dalam persekitaran yang cukup gelap. Maklumlah enjin lampu sekolah masih belum dihidupkan. Dalam kegelapan kami beratur memasuki bilik air sebelum ke kantin sekolah untuk Sahur terakhir. Terlihat wajah-wajah baru bangun tidur. Pagi itu ada di antara kami hanya menjamah makanan sedikit sahaja kerana masih terasa keletihan tapi tidak kurang juga ada yang menambah sehingga 2-3 pinggan. Selepas sahur, kami terus ke surau sekolah untuk menunaikan solat subuh manakala ada dikalangan pelajar yang pergi ke dewan sekolah untuk membuat persiapan terakhir untuk perasmian penuntup hari ini. Rasanya, pelajar kami ini dilahirkan untuk berjiwa rajin dan bersemangat jitu.

Selepas subuh kami baring sekejap untuk merehatkan badan sementara yang lain sudah mula mengemaskan barang masing-masing. Kami bergerak ke dewan sekolah untuk majlis persmian sekitar jam 7.40 am. Setibanya kami disana, para pelajar menyambut kami dengan penuh senyuman. Dif-dif kehormat yang dijemput ramai yang tidak datang. Yang hadir hanya PK HEM seorang sahaja. Mungkin En. Kiking, ketua kampung ada urusan pada pagi itu. Oleh itu kami teruskan program penutup seperti mana yang dirangcang. Masa tidak boleh ditangguh lagi kerana kami mesti meninggalkan Penangah selewat-lewatnya jam 11.00t/hari sebab perjalan ke Telupid mengambil masa 3 jam. Kami janji dengan bas jam 1.00 atu 2.00  t/hari.

Persamian dimulakan dengan ucapan pengarah program, sdr Adi Jaafar pelajar tahun 3 Program Geografi. Nyata di raut wajahnya suatu bentuk kegembiraan. Mungkin sumbangbakti kepada anak-anak Penangah telah dapat diberikan. Apakan tidak, merekalah pelajar universiti pertama yang datang menjengukadik-adik di Penangah. Namun tidak kurang juga kesedihan yang digambarkan. Mungkin ikatan ukhuwwah yang dibentuk selama sehari semalan bersama adik-adik membuatkan mereka sukar untuk berpisah. Apapun, setiap pertemuan sudah pasti ada perpisahan. Lantaran itu dalam ucapan, beliau amat mengharapkan agar misi ini bukan misi terakhir. Perlu ada Misi Penangah di lain hari.

Selepas ucapan dan penyampaian cenderahati, program ucapan “SURAT UNTUKMU” daripada para pelajar terpilih. Ia adalah janji pelajar kepada ibu-bapa, guru, sekolah dan masyarakat. Keadaan dewan berhenti senyap apabila pelajar kedua membaca kandungan surat untukmu. Tergambar suasana pilu di persekitaran dewan dengan janji sedih yang diperdengarkan. Saya yang mengambil gambar ketika itu juga hampir menitiskan air mata. PK HEM yang kebetulan duduk dikerusi VIP, nampak mengesatkan air mata menunjukkan bertapa sedihnya ucapan harapan pelajar tersebut. Ramai rakan-rakan pelajar juga turut menitiskan air mata..

Inilah sebuah janji…bait-bait yang dilafazkan cukup telus  yang keluar daripada hati yang ikhlas…Inilah yang dinukilkan berpandukan pemikiran yang bersih mengharapkan suatu perubahan….sebuah janji yang diharapkan dapat mengubah kehidupan nasib sebuah keluarga yang susah….Janji ini bukan sahaja diukir di atas secebis kertas tetapi dipahat dalam ingatan. Janji inilah yang memberi semangat kepada jawatankuasa penganjur untuk datang berkunjung semula di Penangah ini. Mungkin Janji ini jugalah yang bakal digunakan untuk menjadikan Penangah sebagai kampung angkat program geografi.

Lantas janji tersebut disahut oleh Jawatan kuasa penganjur dengan mengadakan persembahan…sebuah lagu yang penuh dengan perasaan…bait-bait yang diungkapkan dapat menjawab segala persoalan yang mungkin terpendam didada pelajar-pelajar SMK Penangah terutamnya yang mengikuti bengkel PMR dan SPM semalam… Diharapkan para pelajar sekolah memahami bait-bait yang diukirkan khusus untuk mereka.

Majlis penutupan ini diakhiri dengan bersalam-salaman. Pelajar lelaki dengan abang lelakinya dan pelajar perempuan dengan akak perempuannya. Nampak pelajar perempuan berpeluk-pelukan dengan akak perempuan menunjukkan bertapa terKESANnya program ini kepada mereka. Mungkin ini adalah satu signal agar program ini tidak berakhir disini. Mungkin juga mereka mengharapkan agar kami dapat menambah hari untuk berkampung di sana. Namun kami ada tugas..tugas seperti mereka juga… Mungkin juga amat sedih untuk berpisah dengan kakak-kakak yang telah menyedarkan mereka daripada lena selama ini.

Tepat jam 11.30 t/hari kami bertolak dengan menggunakan pacuan 4 roda, iaitu kenderaan yang sama kami gunakan ketika kami datang berkunjung. Ramai pelajar sekolah berdiri berhampiran tingkap dan branda sekolah untuk membuat lambai terakhir. Walaupun apa jenis lambaian yang digambarkan, kami terpaksa meninggalkan Pengangah. SELAMAT BERTEMU KEMBALI

Kami teruskan perjalanan..oleh kerana keletihan, kami sering bernukar pemandu. Hajat kami untuk berbuka puasa bersama keluarga tidak kesampaian. Kami berbuka di tepian jalan menghadap gunung Kinabalu. Sungguh cantik pemandangan kaki gunung di waktu sinar mentari hampir tenggelam.

2 Responses to "PENANGAH MENANTI SINAR – Siri Akhir"

saya bangga jadi pelajar smk penangah…..go penangah,,,,tak kenal sa ke..sa nie murelaser…wei aillon dont sad ok…hala 4 sc……..gud luck all..bye

saya adalah bekas guru SMK Penangah 1996-2000. Bekas PK HEM di sana. bole bagi saya gambar-gambar atau berita terkini dari SMK Penangah terutama rakan-rakan yang masih mengajar di sana. anyway, thanks beri berita ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: