Anjung ABUAIMAN

SUKANYA MEREKA……

Posted on: September 25, 2008

Minggu ini adalah minggu terakhir sesi pembelajaran sebelum cuti raya. Lalu saya umumkan bahawa semua tutorial yang berkaitan dengan saya ditangguhkan tetapi kuliah tetap diteruskan. Terpancar wajah-wajah kegembiraan diwajah mereka. Mungkin kegembiran mereka kerana

1. Ramai yang ingin meluangkan masa-masa akhir untuk beribadah. Maklumlah minggu ini adalah fasa terakhir Ramadhan yang mana Allah s.w.t menyediakan Pakej “Dikeluarkan Dari Api Neraka”. Apakan tidak, mereka sudah bertungkus lumus dalam pakej pertama “RAHMAT” dan Pakej “KEAMPUNAN”. Adalah rugi sekiranya mereka tidak memcut untuk pakej ketiga

2. Mungkin juga mereka gembira kerana mereka sudah boleh balik kampung lebih awal. Mereka  melaksanakan seruan Rasullullah s.w.t yang mengatakan CELAKA bagi manusia yang ibubapanya masih hidup, tapi tidak berkhidmat untuk mereka. Para palajarku balik kampung kerana rindukan ibubapa mereka, hendak bantu buat kuih dsb

3. Mungkin juga mereka gembira kerana Tutorial yang dilaksanakan macam singa ingin menerkam mangsa. Apakan tidak, setiap perkataan yang diucapkan dalam pembentanga….akan ada sahaja soalan yang kadang-kadang membuat pelajarku menangis..

4. Mungkin juga mereka balik awal kerana mau pasang pelita dan bermain bunga api bersama sanak saudara.

Apapun sebab, perlu dingat

1. Bila beraya, kena ingat KEMAMPUAN BADAN untuk menerima makanan terutamanya yang berminyak dan bergula

2. Bila berjalan-jalan, HATI-HATI DI JALAN RAYA

3. Bila raya, JANGAN BERAYA DEPAN TV sahaja… ziarahlah kawan-kawan lama dan keluarga.

4. Yang penting bila raya, JANGAN LUPA PROJEK MINI BALIK KAMPUNG.

SELAMAT HARI RAYA

1 Response to "SUKANYA MEREKA……"

Sebab yang paling menyokong kegembiraan kami ialah..

Fakta yang ke tiga…(3. Mungkin juga mereka gembira kerana Tutorial yang dilaksanakan macam singa ingin menerkam mangsa. Apakan tidak, setiap perkataan yang diucapkan dalam pembentanga….akan ada sahaja soalan yang kadang-kadang membuat pelajarku menangis..)

apen tak ye..dah kita bentang direc to de point tapi soalan berbelit-belit..dengan keadaan lutut yang bergegar menambahkan kekalutan menjawab persoalan.. lidah jangan kata.. tambah berbelit untuk mengutarakan jawapan yang mang sedia terbelit-belit…

setiap minggu sebelum kelas akan ada menyuarat tak terancang yang agenda nya pun tidak di rancang hingga melalut ke menyuarat komen mengomen.. pa lagi keluarla lakonan time tutorialllah…

papun Selamat Hari Raya tuk semua… jangan lupa time tutorial bawa kueh raya ye.. kita makan sama-sama..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: