Anjung ABUAIMAN

AIDILFITRIKU – EPISOD RAYA PERTAMA

Posted on: October 8, 2008

Bagi orang yang sudah berkeluarga, apatah lagi yang suami isteri itu tidak sekampung… istilah GILIRAN sudah menjadi buahmulut apabila menjelang hari raya. Tahun 1429 ini merupakan giliran kampungku, Kg Simpang Empat, Kunak sebagai destinasi kami menyambut AidilFitri. Hari terakhir puasa kami bertolak dari Tawau ke Kunak dan singgah di Kampung kelahirankku… Ladang Mostyn. Tujuan kami adalah untuk membayar zakat kepada 3 anak yatim yang ibubapanya telah meninggal tahun lepas ketika mereka baru berumur 4 tahun.Terasa pilu melihat keadaan mereka…namun itu adalah ketentuan ilahi.

Selepas itu saya mejemput ibubapaku di kg. simpang Empat untuk kami berbuka puasa di rumah neneku di Kg. Getah bersekali doa selamat. Biasalah nenekku, saban tahun doa selamat Aidilfitri akan dilakukan pada malam Syawal pertama. . Yang paling gembira dengan kedatangan Syawal ialah dua anakku iaitu Aiman dan Fatin. Apakan tidak, esok sudah boleh makan di siang hari. Ditambah lagi pada malam itu, mereka tidak sabar-sabar untuk bermain bunga api yang ku beli sebanyak 200 batang daripada rakanku. Mereka mula memperagakan warna-warni bunga api dalam kegelapan di hadapan rumah Ibuku. Yang paling seronok adalah anakku yang paling bungsu, Atiqah Aleeya namanya. Pantang habis sebatang, dibakarnya lagi sebatang.

Pagi syawal, saya dan anak sulungku bersama adikku pergi ke Masjid Al-Hidayah di kampung ku. Ayahku bertolak awal. Biasalah sebagai Imam, urusan penyediaan tapak solat perlu dilakukan kerana mesti ramai yang datang untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Di masjid inilah saya bertemu dengan rakan-rakan lama yang sudah hampir setahun tidak ketemu.

Setelah lama bersembang, saya balik ke rumah kerana pagi ini ada kenduri doa selamat aidilfitri. Setibanyanya dirumah, acara bersalam-bermaafan dikalangan kami sekeluarga di samping menunggu adik-beradik mamaku datang berkunjung. Adik-beradik mamaku seramai 12 orang. Bayangkan purata setiap seorang memiliki anak seramai 6 orang. Maksudnya sepupu sekali saya seramai lebih kurang 60 orang…ish..ish … memang ramai. Mereka datang sekitar jam 9.00 pagi. Masa inilah sepupuku beratur untuk diagihkan duit raya. Bermula dari rumah ibuku, kami mengatur langkah untuk menziarahi setiap rumah adik beradik mamaku serta biras-mentua.

Sekitar jam 10.45 pagi ketika berkunjung kerumah abang mamaku, terdengar satu tragedi memiliku. kawan kepada sepupu terlibat dalam kemalangan di Lormalong, 3 kilometer dari rumah ibuku. Pertembungan Van Penumpang dengan Pacuan 4 roda Pajero yang melibat 24 manusia. 3 meninggal serta merta di tempat kejadian dan 4 lagi di hospital. Selebih masih koma. Cuma yang yang bersuara dan dikira selamat dalam tragedi itu ialah bayi yang berumur 2 bulan yang dilaporkan terhumban keluar dari Pajero. Namun ia telah menjadi Yatim-Piatu. Mendengar dan melihat sendiri kedaan kereta yang terlibat, agak ketakutan sedikit bila saya memandu kereta.

Apapun yang terjadi, kami terpaksa meneruskan plan yang dirancang iaitu disebelah tengahari kami menziarahi kubur. Kubur datukku yang meninggal ketika saya masih tingkatan 2. Teringat lagi apabila kami menerima berita kemalangan yang menimpanya di bulan Ramadhan, 2 hari lagi menjelang Syawal. Namun ajal tidak dapat di ubah walaupu sesaat. Yang pastinya kita harus bersedia. Datukku di kebumikan di kampung kelahiranku. Di kubur inilah kami mendoakan agar atuk kami berada dalam kesejahteraan dan perlindungan dari azab kubur. Dikubur inilah saya ajar anakku yang bongsu untuk mendoakan atukknya agar almarhum sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t. Apabila menziarahi kawasan perkuburan ini, teringat ketika saya tingkatan 5. Ketika itu kubur ini merupakan tempat untuk aku beriadah diwaktu petang sambil memancing ikan. Ini kerana rumahku terlalu hampir dari kawasan ini iaitu kira kira 7 pokok kelapa sawit. Yang paling menggembirakan, selepas aidil fitri atau aidiladha..Ramai orang yang menyimpan duit di atas kubur..apa lagi aku pun mengutip duit tersebut..kayalah aku masa tu. Lepas itu ramailah kawan-kawanku bertindak sebagai pencari duit. Kini, masa sudah berubah..walaupun amalan menyimpan duit di atas kuburan masih ada, simpanan itu bersifat olok-olok kerana anak-anak keluarga mereka juga yang akan mengutip sebelum meninggalkan tanah perkuburan. Keadaan ini menyebabab pencari-pencari duit selepas aidil fitri sudah tidak kelihatan lagi.

1 Response to "AIDILFITRIKU – EPISOD RAYA PERTAMA"

anak imam rupanya… lama menanti post terkini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: