Anjung ABUAIMAN

AIDILFITRIKU – EPISOD AKHIR

Posted on: October 10, 2008

Berkelah merupakan aktiviti keluarga yang mesti diadakan setiap tahun. Kalau tahun-tahun sebelum ini, lokasi tumpuan ialah  pantai Sarena- Pangi dan Air Terjun Madai. Tahun ini kami ada dua pilihan iaiitu Air Terjun Madai dan lokasi baru, Pantai Buang Sayang-Kunak Jaya. Kami memilih Air Tejun Madai. Air terjun ini  di bawah pentadbiran taman-taman Sabah. Bayaran masuk RM 2 bagi dewasa dan RM 1 bagi kanak-kanak. Oleh kerana bilangan keluarga yang hadir menghampiri 40 orang, saya hanya bayar RM30 atas budi bicara penjaga pintu pagar.

Tidak seperti hari-hari biasa, kali ini Air Terjun Madai menjadi tumpuan orang beraya. Sebaik sahaja kami tiba di tapak, sudah ada 3 bas besar yang dikatakan pengungjung dari Tawau. Tiduk kurang juga mat-mat rempit yang hadir. Terlalu banyak gelagat yang sudah lama tidak ku jumpa dan kurang enak dipandang. Yang membawa anak gadis orang tanpa kebenaran agar sukar dikira jumlahnya di samping peminum-peminum arak berkumpulan. Pada awalnya kami risau juga sebab takut ada perkara yang tidak dingini berlaku. Namun kami sekeluarga sepakat, kalau ada perkara yang tidak diundang berlaku, tiada seorangpun dibenarkan lari. Kena menyerang bersama. Lalu kami meneruskan aktiviti keluarga seperti dirancang dengan membakar ikan yang dibeli di pasar pagi tadi.

Setelah makan, kebiasaanya kami mandi di air terjun. Namun amaran larangan  mandi dikeluarkan oleh pihak taman-taman sabah kerana luahan air yang begitu besar dan deras. Yang paling kecewa dengan larangan itu adalah kanak-kanak. Lalu kami berbincang dan membuat keputusan untuk ke Pantai Buang Sayang. Kami tidak pernah ke pantai ini. Cuma adikku mengatakan ia lebih cantik dan bersih berbanding Pantai Sarena- Pangi. Lalu dengan pantas kami ke sana. Setibanya disana, kata-kata yang pertama kami ucapkan “Memang cantik dan bersih… mungkin tidak ramai lagi yang tahu pantai ini”. Apa lagi…kanak-kanak tanpa menghirau larangan, sepantas kilat sudah memasuki laut.  Pantai Buang Sayang cukup sesuai untuk rekreasi keluarga. Tidak seperti pantai Sarena yang dipenuhi batu, pantai yang tiba-tiba curam dan banyak obor-obor. Lantas kami membuat keputusan pada23 November ini iaitu sempena perkahwinan adik saya, kami akan berkunjung ke pantai ini dan pantai secara sebulat suara menjadi lokasi berkelah utama kami sekeluarga.

Raya ketiga kami diundang oleh mentua adikku seawal pagi. Ziarah kali ini adalah cukup istimewa kerana kalau orang pergi beraya, hidangannya adalah kuih-muih. Tapi kali ini tidak. Juadahnya adalah ikan dan sotong segar yang baru ditangkap di BAGANG semalam. Apa lagi…kami siang sendiri sotong dan ikan lalu di bakar. Rasanya amat berbeza dengan sotong dan ikan di Kota Kinabalu. Rasanya cukup manis. Tidak semua sotong dan ikan dibakar. Mereka bungkuskan kami untuk di bawa ke Tawau hari ini. Dalam hatiku berkata..untungnya adikku berkahwin dengan orang BAGANG..akupun dapat makan ikan segar.

Mereka ajak  saya pergi ke BAGANG untuk makan ikan di atas laut. Ikan  baru di tangkap dan terus dibakar. Mungkin rasanya sampai menjilat jari…Apapun satu hari nanti akan ku pergi jua, Cuma saya ingin mencari teman-teman yang ingin pergi bersama….Mungkin kalau ada teman-temanku dari Semenanjung yang datang berkungjung ke Sabah atau orang Sabah sendiri, sekiranya mereka sanggup dan berkesempatan, akan ku bawa mereka menjejaki BAGANG…Rumah Perahu Besar menangkap ikan di tengah laut pada waktu malam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: