Anjung ABUAIMAN

AIMANFATIN DAN DUIT RAYANYA

Posted on: October 12, 2008

Yang paling disukai oleh kanak-kanak semasa berpuasa, menanti kehadiran aidilfitri. Pagi Syawal lagi, anakkku aiman dan fatin begitu bersemangat untuk pergi berhari raya. Biasalah budak-budak, mereka pergi beraya untuk makan kuih-kuih baru yang tidak pernah dijumpa. Tambahan lagi, mereka mahu melepaskan geram setelah lama berpuasa.  Ada sesetengah kanak-kanak pergi beraya semata-mata untuk dapatkan duit raya. Dikampung ibuku, kalau ada satu rumah yang bagi duit raya kepada pengunjung pertama, sudah pasti akan ramai kanak-kanak yang datang menyusul. Itulah meriahnya hari raya untuk kanak-kanak.

Teringat ketika kami masa kecil dahulu, duit raya ini semacam tidak wujud. Lagi pun, banyak rumah yang kami ziarahi mengamalkan dasar pintu tertutup. Ada rumah yang kadang-kadang setelah diberi salam 10 kali, langsung buat tidak dengar. Yang parah lagi, apabila ada yang buka pintu ditanya lagi mau apa. Sedangkan mereka sudah lihat kami ini berbaju raya….Itulah zaman kami ketika kanak-kanak. Zaman sudah berubah…penziarah kana-kanak adalah penyeri suasana raya.

Aiman dan Fatin, antara dua insan yang paling gembira raya tahun ini. 2-3 hari yang lepas kami mengira duit raya yang mereka perolehi. Saya dan Isteri juga sedikit terkejut. Apanya tidak, duit yang mereka perolehi setakat kiraan kami mencecah lebih RM100  masing-masing. Cuma adiknya yang bongsu Atiqah, hanya mendapat RM50. Lantas anak-anakku mencadangkan agar mereka dibukakan akaun simpanan…tersenyum saya dan isteri kerana anak kami tahu menilai erti berjimat dan menabung..

SEMOGA ALLAH MEMURAHKAN REZEKI KEPADA MEREKA…..AMIN

1 Response to "AIMANFATIN DAN DUIT RAYANYA"

Emmmm…terkenangkan zaman budak-budak dulu, memang banyak dapat duit raya.
Tpi setelah umur meningkat ni, dah tak dapat duit raya.maklumlah dah x layak diberi duit raya..seingat aku, kali terakhir mendapat duit raya adalah pada masa tingkatan 2..lepas tue dah tak dapat lagi..
Tpi bagi rakan-rakanku yang berasal dari semananjung yang tak balik..mereka tetap dapat beraya di sekitar k.k ni bersama rakan di rumah-rumah yg di kenali..Tpi ada diantara rakan rapatku mendapat duit raya..nak tau berapa????RM 30.00…wow banyak tu…TAHNIAH..hehe.dah tua2 pun dapat duit raya juga..
W/bagaimanapun, jgn pasang niat utama nak dapatkan duit raya semata-mata nak dapatkan duit raya ye..hehehe..beraya adalah salah satu method untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan bermaaf-maafan..moga raya tahun ini memberi seribu satu makna kepada kita semua..
Selamat H@Ri R@y@ Aidilfitri..M@@f Z@hiR & B@tin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: