Anjung ABUAIMAN

APABILA ANJING MELEPAK DI UNIVERSITI…

Posted on: October 13, 2008

Seperti hari-hari biasa, pasti ku jejaki pejabatku seawal jam 7.00 pagi sekiranya tiada tugasan luar. Hari ini secara jelas dengan pembuktian pandang-mata  mengenai kejadian-kejadian lepas. Antaranya sampah yang disarapkan di sekitar lantai aras bawah, tingkat 1 dan 2. Ada juga ketikanya, anjing-anjing ini tidak sempat ke tandas, lalu melepaskan di depan tangga. Yang menjadi buah mulut dikalangan rakan-rakan sekerjaku juga, apabila terdapatnya jejak-jejak berdarah bermula di aras bawah dan hilang di hadapan tandas tingkat 3, menjadikan pelbagai cerita digubah dan disesuaikan dengan cerita-cerita tingkat 2 dan 3, sayap Barat

Rupanya anjing melepak di Universiti punya angkara. Mungkin mereka ingin masuk berkuliah tetapi tiada undang-undang yang digazetkan untuk membolehkan mereka menghadiri sesi kuliah dan tutorial. Lantaran ada anjing yang bertindak menyelongkar sampah. Mungkin katanya walaupun tidak dapat berkuliah, sekurang-kurangnya dapat juga membaca nota kuliah yang dibuang dalam tong sampah. Mungkin juga mereka berkata kalau tidak dapat berkuliah, sekurang-kurangnya apabila orang tanya, mereka juga sudah menjejakkan kaki ke Universiti hatta sudah membuang air besar di lantai tingkat 1, sekolah sains Sosial

Kalau di Kuala Lumpur, remaja-remaja yang lepak di kaunseling dan diminta pulang. Namun di UMS mungkin, mereka diminta menjaga keselamatan harta UMS bagi membantu pihak keselamatan. Sebagai gantinya, mereka dibenarkan melepak di Universiti.

Apapun, Selamat Melepak & Bertugas kepada anjing-anjing semua.

3 Responses to "APABILA ANJING MELEPAK DI UNIVERSITI…"

“Wahai anjing2 yang melepak di UMS, silalah meninggalkan UMS jika anda tidak mahu di tembak!!!!”..

Harap2, sesiapa yang mempunyai kelebihan berkomunikasi/berbahasa haiwan, tlglah sampaikan mesej diatas kepada makhluk2 tuhan ini yang tidak mempunyai ‘Pasport” untuk berada di kawasan UMS..
Kehadiran anjing kat UMS bukan sahaja menyebabkan kekotoran dengan menyelongkar tong2 sampah dan mencacatkan pemandangan Indah Universiti..tpi juga mengundang bahaya kepada penghuni UMS samada di kawasan tempat kuliah,toturial, malahan di tempat kolej kediaman siswa/i..
Peristiwa 2 pelajar warga kolej AB & CD yang diserang hingga mengalami kecederaan dan ramai lgi yg diserang dan sempat melarikan diri sudah menjadi petanda, makhluk yang bergelar “Anjing” ini merbahaya..
Selain itu, pergaduhan & salakan anjing terutamanya di waktu mlm m’ganggu mahasiswa/i yg sedang study & membuat peta(tidur).
w/pun pihak UMS pernah membuat tembakan(kini sudah terhenti), namun masalah ini masih lagi tidak dapat dibendung.Hal ini kerana bilangan yang banyak dan anjing2 ini mampu meramal apabila ada aktiviti menembak anjing dan sempat melarikan diri.Inilah yg di gelar “Anjing Universiti”…
Namun, aktiviti menembak memberi respon +ve, kerana anjing ini lari entah kemana..So, sekurang-kurangnya dapatlah “MENGURANGKAN” masalah ini..

HARAPAN PENULIS;
ISU ANJING YG MASIH GAGAL MENEMUI JALAN PENYELASAIAN DAPAT DIATASI OLEH PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PENTADBIRAN UMS UNTUK M’ATASI MASALAH INI TERUTAMANYA UNTUK MEMBUAT TEMBAKAN SEMULA..NMPK KEJAM, TPI JALAN YG TERBAIK.

Ya, anjing mesti d “hapus”kan di UMS ini… dan d mana jga tempat umum dan tumpuan ramai… Bkn apa, seperti yang telah dikatakan oleh Saudara Mawi, kehadiran anjing2 tersebut sangat2 tidak dialu – alukan di Universiti ini… lgipun, sya ada pengalaman di kejar oleh anjing beberapa hari lalu(tapi, bkn d UMS la,).. naik tekejut n takut time tu… lari berpusing – pusing di buatnya… so, sya bersetuju dengan cadangan Saudara Mawi untuk Tembak anjing – anjing tersebut..

pelik la warga ums ni..actually, kalo taknak anjing2 tu selongkar sampah jangan la buang sampah merata ata tempat..anjing memang tertarik dengan benda2 bersepah..ini tak, sampah buang sembarangan..takde otak ka???pastu, kalo tanak sampah di selongkar tutuplah tong sampah dengan serapatnya..jangan biarkan tong sampah terbuka luas..for all yang dah penah suru atau dah penah tembak anjing..tak baik tembak anjing..”mereka”pun makhluk tuhan juga..dah ketandusan idea nak halau anjing, guna cara dosa..tak baik la..cuba praktikkan cara barat..fikir sampai dapat idea yang tidak mengancam nyawa makhluk Allah ni..kan kita suma makhluk yang berotak, so guna otak untuk solve this problem..jangan cari jalan mudah..
ELAKKAN DARI JADI ORANG YANG SUKA CARI JALAN PINTAS UNTUK SELESAIKAN SESUATU MASALAH..MODENKAN MINDA ANDA!!!JANGAN ORANG ANGGAP KITA BERFIKIRAN CETEK..
SEKIAN TERIMA KASIH..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: