Anjung ABUAIMAN

AKHIRNYA KAMI MENAWAN PUNCAK TOBOBON

Posted on: October 14, 2008

Petang tadi, saya dan 2 orang pelajar Geografi, Adi dan Nasir,  dengan gagah cuba menjejaki rangkaian Sg. Tobobon yang tidak jelas dilukis dalam peta Topografi cetakan 1995. Rangkaian ini penting difahami bagi menjelaskan sifat-sifat luahan yang sering membanjiri Kg. Lobou, Kg. Tobobon Darat dan Kg. Tobobon laut. Di kampung Tobobon Laut, kedatangan kami semacam dialu-alukan. Apatah lagi masalah banjir yang menjadi mimpi ngeri merupakan fokus kajian kami. Maka keluarlah bermacam-macam-macam cerita. Mereka tanpa diminta, secara sukarela meluahkan rasa tidak puas hati kepada wakil rakyat Karambunai dan sudi menunjukkan paras banjir yang sering melanda kampung Tobobon. Ada di antara mereka menyatakan telah kerugian RM 10 000 dengan anggaran RM500 setiap kejadian sejak tahun 2000.

Selepas mendengar luahan kesedihan mereka, kami bergegas mencari sempadan di mana Sg. Tobobon bermula. Laluan ke Puncak Tobobon mengingatkan kami  kepada Pinangah, kampung terpencil di tengah-tengah Sabah. Laluan ke puncak Tobobon seolah olah lembangan ini tidak terletak di bandar raya. Lalu pak Nasir berkata “macam kita bukan di Kota Kinabalu” menunjukkan bertapa teruknya jalan menuju Puncak. Nasib baik, pak Adi dengan murah hati menawarkan kereta Kembaranya untuk mengembara ke puncak. Daripada kembara ini, sedikit-sebanyak dapat kami fahami mengapa banjir terlalu kerap berlaku di Lembangan Sg. Tobobon.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: