Anjung ABUAIMAN

KANCILKU DAPAT HADIAH

Posted on: October 14, 2008

Kereta Kancilku ST3184F tamat lesen (cukai jalan) untuk bergerak di atas jalan sebelum raya lagi. Lalu saya hanya berkesempatan untuk memperbaharui lesenya minggu lepas. Namun pejabat pos yang saya kunjungi, Pos Inanam namanya, sering bercerai talak dengan JPJ. Rabu minggu lepas, dalam kedaan hujan, kami kuatkan semangat untuk pergi memperbaharui lesen tersebut. Kecewa apabila tiba di kaunter kerana tertulis perkataan “JPJ OFFLINE”. Keesokan hari, saya pergi lagi ke post office yang sama. Nampaknya ada harapan. Setelah hampir 30 minit berbaris, tiba-tiba perkataan “JPJ & ASNB OFFLINE”. Sabar sajalah.

Semalam, saya buat keputusan untuk tidak lagi ke Inanam. Takut cerai-talak masih berlaku dengan JPJ. Saya ke Pejabat pos Likas. Panjang barisan. Apabila ku tanya rakan-rakan yang berbaris, katanya ini fenomena biasa di sini. Lama juga saya berdiri-berbaris. Demi kerana sebuah janji…janji kerajaan untuk memberi hadiah kepada kancilku, ku sabar menanti. Bayangkan saya mula berbaris sekitar jam 12.10 t/hari dan hanya dapat menyentuh kaunter sekitar jam 12.55 t/hari. Lenguh kakiku dibuatnya.. Rupanya bukan kancilku sahaja yang menerima hadiah pada hari itu, lebih kurang ada 10 orang yang menerima hadiah RM625 sehinggakan pejabat pos kehabisan duit tunai. Nasiblah saya orang yang terakhir sebelum kehabisan duit. Yang lain semacam ingin memukul sahaja pegawai post office. Apanya tidak, sudah lama berbaris..tiba-tiba hadiah tidak dapat. Aku tersenyum dengan gelagat mereka.

Apa pun, post office kena belajar dengan bank. Gunakanlah nombor dan sediakanlah kerusi untuk pelanggan duduk. Kalaulah pelanggan menunggu lama dalam keadaan duduk, saya rasa tidaklah mereka marah seperti itu.

1 Response to "KANCILKU DAPAT HADIAH"

SEMBANG-SEMBANG DAN FIKIR-FIKIR…

Relevankah harga minyak di naikkan???
Harga minyak di naikkan namun kerajaan memberikan subsidi/Rebat kepada pengguna kenderaan.Kereta RM625, motosikal RM150..juga kepada nelayan-nelayan yang menggunakan bot-bot untuk menjalankan kegiatan menangkap ikan dan sebagainya.

Untuk kenderaan – kereta dan motosikal, rebat diberikan kepada pengguna kenderaan dan jumlah wang untuk rebat minyak ini di berikan dengan kiraan dan andaian untuk kegunaan setahun….
Cuba fikirkan jumlah wang ini, adakah ianya cukup untuk digunakan selama setahun??..sudah tentu tidak bukan??..namun kita berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan subsidi sedemikian rupa..dan ia merupakan salah satu rahmat yang amat besar kepada pengguna-pengguna kenderaan yang mendapat wang subsidi walaupun ia tidaklah mencukupi jika dikira atas penggunaan minyak untuk setahun….tapi bagaimana pula bagi orang yang tidak memiliki kenderaan??..mungkin kita boleh kata” Memang patut mereka tak dapat subsidi minyak, sebab dorang tak guna kenderaan bermotor”…Ye, memang betul..tapi kenaikan harga minyak secara langsung meningkatkan harga barang di pasaran…so, bagaimana dgn orang yg tak dpt apa-apa subsidi ini??..kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak amat-amat membebankan rakyat terutamanya penduduk yang berada di kampung2..

So, bagi saya..langkah kerajaan menaikkan harga satu kesilapan yang besar…bagi saya, tidak relevan kerajaan menaikkan harga minyak di pasaran..Tapi kita bersyukur, kerajaan menyedari beban rakyat dengan menurunkan harga minyak..
TERKINI: Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20..SUMBER:(BRITA HARIAN,Khamis, 16 Oktober 2008 16 Syawal 1429)..

Sebenarnya langkah terbaik yang kerajaan lakukan adalah Tidak menaikkan harga minyak dari awal-awal lagi.Sebab??
Sekarang kerajaan telah menurunkan harga minyak..so, ceritanya sama saja..
Harga Barang?? “PM mahu peniaga turun harga barang” ini lah tajuk daripada salah satu berita harian bertarikh(Khamis, 16 Oktober 2008 16 Syawal 1429)….
Beliau mengulas desakan pelbagai pihak termasuk persatuan pengguna supaya peniaga menurunkan harga barang selaras penurunan harga petrol dan diesel…nampaknya Pemimpin kita sudh mula sedar tentang bebanan rakyat alami..TQ PAK LAH…itulah yang kami mahu…moga-moga harga barang cepat-cepat dapat di turunkan..
*MAAF JIKA TERDAPAT KESILAPAN FAKTA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: