Anjung ABUAIMAN

HALAL BERKUMANDANG SELURUH NEGARA

Posted on: October 17, 2008

Hari ini semua mimbar Jumaat mengingatkan kepentingan barangan Halal kepada kehidupan seluruh umat Islam. Rata-rata pak khatib membaca surah Al-Baqarah, ayat 168 yang bermaksud”

Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

Berkaitan barangan halal, teringat semasa tahun 80 an apabila Al-Arqam begitu aktif di Tawau. Jasa terbesar pertubuhan ini ialah memberi kesedaran kepada kami mengenai makanan Halal. Mereka antara pertubuhan pertama yang menggerak dan mempromosikan makanan halal di Sabah. Di Tanjung Batu, Tawau mereka dirikan kilang roti Salwa dan saya berkesempatan menguli tepung secara manual dan membakar roti dalam oven simen yang besar. Dan hari ini, setelah beberapa kali diharamkan, pertubuhan dengan imej baru GLOBAL IKHWAN masih lagi berusaha untuk menyajikan produk-produk makanan Islam. Cuma saya cuba dapatkan barangan keluaran Global Ikhwan di Sabah, tetapi tidak jumpa.

Dari segi barang keperluan, HALALGEL SDN. BHD. Merupakan syarikat ulung yang benar-benar berkecimpung bagi menghasilkan barang keperluan halal di Malaysia. Antara barangan keluaran syarikat ini ialah ubat gigi, ubat, garam, serbuk agar-agar dan sebagainya. Bagi menyokong industri ini, gunalah ubat gigi Halalgel bagi menggantikan ubat gigi yang lain. Kalau di KK, agen dan kedai rasmi Halalgel ialah AslamNiaga di Kingfisher. Selain itu ia boleh didapati disemua cawangan Farmasi Aslam.

Anakku Aiman & Fatin, antara manusia yang ku didik  awal berkenaan makanan halal. Langkah pertama yang kami lakukan ialah bawa mereka bersama pergi berbelanja keperluan rumah setiap hujung bulan. Semasa di pasar raya, kami akan tunjukkan logo-logo halal yang di bolehkan dan logo-logo halal yang tidak dibolehkan. Hari ini mereka sudah boleh membezakan barangan halal dan bukan halal yang dijual dikedai-kedai.

Oleh itu apabila anda pergi membeli barang, pastikan barangan yang sah halalnya. Ditakuti sekiranya barang yang anda gunakan tidak jelas kebersihan dan kebaikannya, mungkin ia boleh memudharatkan kesihatan anda dalam jangkamasa yang panjang.

1 Response to "HALAL BERKUMANDANG SELURUH NEGARA"

Assallammualaikum..,

bercakap mengenai produk halal ni, saya ingit berkongsi sedikit pengetahuan mengenai agen produk halal yang pesat berkembang di semenanjung. Adik perempuan saya yang menuntut di Universiti Malaysia Utara memperkenalkan kepada saya produk yang diberi nama HPA (nama asalnya produk Al-Wahida). Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.Sehingga kini, 81 produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang.

.: Motto Syarikat :.

” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ”

antara produk yang ada termasuklah –> ubat-ubatan herba, makanan tambahan, minuman cola & sarsi, kopi radix, bedak, kordial berasaskan herba dan buah-buahan, kismis minda, minyak zaitun, madu asli, biskut, herba rebusan, set bersalin, ubat gigi, berus gigi, pembersih wanita, sabun badan dan muka, minyak but-but, minyak herba, syampoo, mandian,teh, minuman bijirin, sabun pencuci baju, cecair pencuci pinggan, dan banyak lagi produk halal yang lain.

saya merupakan salah seorang ahli HPA daripada 50 ahli HPA lain yang terdapat di seluruh UMS. syarikat ini benar-benar memperjuangkan makanan halal dan kini baru sahaja membuka sebuah kedai makanan segera berasaskan islam di Sungai Petani Kedah yang dikenali sebagai “Radix Fried Chicken” (menggantikan KFC).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: