Anjung ABUAIMAN

MAJLIS RAJA-RAJA RESPON DOMPOK?

Posted on: October 17, 2008

YB Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO, merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dalam ucapan dasar beliau yang dibuat pada Perhimpunan UPKO ke 12, di Dewan Kebudayaan Sabah pada 14 Oktober 2008 antara lain membuat desakan

  • agar mana-mana individu Islam yang ingin keluar daripada agama Islam, hendaklah tidak dihalang oleh mana-mana pihak atau badan-badan penguatkuasa.
  • Menyarankan agar pasangan bukan Islam yang telah berkahwin, dan dalam tempoh perkahwinan mereka salah seorang darip[ada suami atau isteri telah memeluk agama Islam, dan jika akhirnya terpaksa berlaku perceraian maka penyelesaiannya hendaklah melalui proses Mahkamah Sivil, dan bukannya Mahkamah Syariah.

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah pada 16- 17 Oktober 2008 telah bersetuju untuk membuat kenyataan akhbar bersama yang juga mungkin memberi hints kepada Dompok. Intipati Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja :

  • Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.
  • Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain.
  • Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.
  • Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.
  • Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Harap YB Tan Sri Bernard Dompok faham akan maksud Majlis Raja-Raja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: