Anjung ABUAIMAN

LEBATNYA HUJAN PETANG INI…

Posted on: October 23, 2008

Semasa pembentangan progress latihan ilmiah pelajar Geografi disambung di sebelah petang, awan yang diarak dari Laut Cina Selatan dan dipaksa naik oleh Banjaran Crocker telah mula mencurahkan butiran-butiran air seawal jam 3. Tinjauan dibuat dari Aras 3, Sekolah Sains Sosial UMS menunjukkan Lembangan Tobobon antara kawasan yang menjadi tumpuan  curahan hujan. Ingin ku jejaki empayar Tobobon, tetapi takut berlaku kesesakan jalan raya kerana jalan utama yang sering mengalami banjir terletak dalam empayar ini. Lalu niat ini dibatalkan dan terus menuju pulang ke rumah sebelum jam 5.00 pm. Dalam perjalanan, lokasi kerap banjir iaitu hadapan kawasan pembinaan 1 Sulaman sudah dilimpahi air. Terdengar pam air berbunyi, menyedut limpahan air untuk dipencongkan ke kolam takungan lain. Rasanya semasa artikel ini ditulis, kesesakan berlaku di kawasan itu sepertimana kejadian-kejadian lepas.

Semalam semasa XPDC Sg. Tobobon dilakukan, keadaan hujan yang sederhana lebatpun menyebabkan  beberapa stesen cerapan menunjukkan luahan menghampiri paras bankfull. Ramalan saya, disebabkan hujan yang begitu lebat berbanding semalam, antara stesen yang mungkin mengalami limpahan adalah stesen Kg. Gudon dan Kg. Tobobon Laut. Dua kawasan ini adalah kawasan yang “padat ” dengan penduduk dan limpahan air ini sudah menjadi mimpi ngeri biasa untuk mereka. Terfikir dimindaku untuk menjadikan dua orang yang tinggal berhampiran stesen cerapan (seperti dalam gambar) sebagai “pembantu penyelidik” mengenai banjir dalam waktu terdekat.

Didoakan mereka semua dalam keadaan selamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: