Anjung ABUAIMAN

500 ++ PENDUDUK TERKESAN AKIBAT BANJIR

Posted on: October 25, 2008

Kisah ini sudah banyak kali ku tulis dalam artikel-artikel lepas 1, 2, 3. Suatu kisah yang mungkin dianggap remeh oleh DBKK dan wakil rakyat Karambunai dan Sepangar..Kisah sebuah banjir di Simpang ke Tamanku.

Bermula jam 3.00 subuh tadi, awan mencurahkan butiran-butiran air yang begitu lebat sekali. Hujan hanya mula reda sekitar jam 10.30 pagi. Saya ada urusan di Kingfisher untuk mencetak kad perkahwinan adikku, lantas memulakan perjalanan dengan menggunakan Viva ST4813 L, milik isteriku. Setibanya di simpang untuk keluar dari taman kami (Taman Sepangar), kelihatan kereta berbaris panjang, tidak dapat meneruskan perjalanan. Lantas ku turun bersama kamera Canon IXUS 8001S yang setia bersama dimana jua. Memang seperti dijangka…Keadaan seperti pesta. Kereta kecil dari arah kanan (Indah Permai, KK) dan arah kiri (dari Pelabuhan, Kota belud) terpaksa memberhentikan kenderaan disepanjang jalan. Apatah lagi kenderaan kecil dari taman kami. Simpang ini adalah satu-satunya jalan keluar dari taman kami.  Mengikut laporan teman-teman yang berada di situ sejak awal, paras bacaan tertinggi melebihi 0.5 meter seperti tercatat pada pancang pengukur banjir

1.Penduduk Taman Sepangar Sabar Menanti Untuk keluar ke Kota Kinabalu

2. Paras Banjir melebihi 0.5 meter

3. Tidak Sabar!!!….terpaksa mereda kerana ada urusan penting. Mungkin mau terbuang air kecil..

4. Tiada pilihan…jalan saja. Kuih raya sudah sejuk, sementara rumah terbuka…reda sajalah

Rasanya Wakil Rakyat kami tidak minat jadi wakil rakyat pada pilihanraya akan datang.

1 Response to "500 ++ PENDUDUK TERKESAN AKIBAT BANJIR"

kenapa plak wakil rkyat x nk jaD wakil rkyt pd ms akan dtg???? x kah wakil rkyat dtg utk m’bantu pddk.. x nya lari bila mslh dtg menimpa… kemana ilangnya janj2 yg pna ditaburka.. kata nk bntu pddk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: