Anjung ABUAIMAN

ZIARAHKU KE NEGERI TOK GURU

Posted on: November 4, 2008

welcomeMinggu lepas, saya ke Kelantan bersama Dr. Tahir bagi menghadiri dan membentangkan kertas kerja dalam seminar persekitaran dan kesihatan 2008 anjuran USM Kubang Kerian. Sudah hampir 6 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke bumi Serambi Mekah. Objek yang mula terlihat semasa kami mendarat dilapangan terbang Pengkalan chepa ialah PUTIK (Pusat Tarbiyah Islam Kelantan). Bangunannya cukup besar, cantik dan mengucapkan selamat Aidil Fitri kepada kami dibulan Zulkaedah. Kami disambut oleh pemandu teksi Airport, Sdr Sobri namanya. sobriSepanjang perjalanan ke Hotel Grand Riverview yang terletak di tepi sungai Kelantan, Sobri dengan sifat peramahnya menerangkan setiap persoalan yang dilontarkan kepadanya. Banyak juga maklumat yang kami perolehi dengan loghat “Budu”nya.

Banyak perubahan yang diamati dari aspek pembangunan fizikal dan persekitaran yang diperhatikan. Apa yang cuba digembar-gemburkan oleh media tidaklah seperti apa yang kami perhatikan dalam fieldwork realitiitu. Ramai peserta luar yang datang cukup teruja dan kadang-kadang menjadi perbincangan dalam seminar kami. Ada yang memuji kerajaan Tok Guru kerana kebersihan bandar tersebut. Cuma mungkin, kerajaan Tok Guru kena ambil tindakan pro aktif untuk membersihkan parit yang rata-ratanya dalam pemerhatian kami dipenuhi oleh sedimen.

Bagi saya yang  sudah lama tidak berkunjung ke bumi Tok Guru ini, apa yang diperhatikan ialah konsep Bandaraya Islam itu, sebahagiannya sudah menampakkan cirinya. Keceruk mana sahaja kami menjelajah di bandar Kota Bahru itu, bacaan Quran dan Tazkira sentiasa berkumandang. Kalau di Kompleks agung One Borneo Sabah, mau cari surau pun payah, di bandar KB surau agak mudah dijumpai. Maksudnya memang kerajaan Tok Guru memperingtkan pengunjung untuk sembahyang.

Ciri-Ciri bandaraya Islam ini dijelmakan pada pagi jumaat. Kami sempat melawat persekitaran Jaafar Rawas, lokasi kuliah Tok Guru. Rasanya, hari itu macam pesta. Kalau di sabah kita katakan macam Pasar gaya. Cuma di KB itu, corong-corong pembesar suara ada dimana-mana. Pengunjung yang datang untuk membeli-belah akan dengar Tazkirah yang disampaikan. Lantas saya membicarakan sesuatu kepada rakan saya, Dr. Tahir yang julung kalinya menjejakkan kaki ke Kelantan, “Kalau orang kelantan jadi jahat sedangkan persekitaran baik, memang dia mahu jadi jahat”.

Beberapa Pemandangan Kota Bahru Bandaraya Islam

1.Dataran Al-Quran

kb1

2.Pasar Siti Khadijah dan Pasar Malam Wakaf Che Yeh

pasar

3.Pemandangan Sungai Kelantan dari bilik 405, Hotel Grand Riverview

sgkelantan

4.Penternakan Burung Layang-Layang di Bandar Kota Bahru

sarangburung

5.Asma Al Husna dan Pusat Maklumat

monumen

6. Iklan Wanita Menutup Aurat dan Akhbar Harakah yang tidak dapat dilihat dinegeri-negeri lain di Malaysia

iklanlaindrlain

7. Makanan Ala Hotel di New Horizon Garden dan Makanan Ala Arab di Retoran AM Tarbush

lokasimakanan1

8. Kuliah Tok Guru Pagi Jumaat di Kota Bahru

kuliahtokguru

9. Pasar pagi Sekitar Kuliah Tok Guru

geraipagijumaat

3 Responses to "ZIARAHKU KE NEGERI TOK GURU"

Salam…
Wah….seronoknya…takde ole2 dari kelantan kah en…mmmmmmmmmm

salam, waaaaa….encik bestnya kerana dapat mendengar ceramah tok guru pada pagi jumaat siap ada pasar lagi……. peluang dtg skali jak bg kita orang yang mc study ni itu pun klu ada rezeki boleh lah akan datang……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: