Anjung ABUAIMAN

SUDAH LAMA, BARU BERSUA

Posted on: November 4, 2008

profhamirdin1Ziarahku ke negeri Tok Guru juga telah banyak menostalgiakan kenangan lama. Ramai guru-guru dan teman-teman semasa mengaji di Universiti Malaya, disuakan kembali. Prof. Dr. Hamirdin, guruku semasa di Universiti Malaya antara orang yang kutemui. Teringat kembali dizaman kami belajar dulu, beliau adalah orang yang paling diserami oleh keramaian pelajar Geografi. Apanya tidak, perwatakan lebainya menyebabkan kami yang nakal ini agak sukar-segan untuk menghampirinya. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan, Allah s.w.t telah menakdirkan saya sebagai manteenya semasa BA dan penyelia tesis MA. Mau tidak mau kucuba merapatinya. Akhirnya saya mula mengenalinya. Persepsi saya dan rakan yang lain cukup terpeleot. Rupanya beliau cukup mesra dengan pelajar cuma kena ada adab iaitu antara guru dan murid. Pembawaan kuliah saya di UMS agak cuba menirunya walaupun tidak sepenuhnya. Beliau bukan sahaja pensyarah tetapi pendidik. Sikap murabbi dan pendidiknya itu dijelmakan dalam fieldwork di Pusat Penyelidikan UM di Gombak. Satu-satunya fieldwork yang kami berQiyamullail, inilah fieldworknya. Tidak pernah terfikir oleh kami. Begitu juga dengan fieldwork yang lain, pantang berjumpa masjid di waktu pagi, saya diajaknya melakukan solat dhuha. Kenangan-kenangan ini menyebabkan saya senantisa ingat kepada beliu.

ustbaihaqiSahabat kedua yang turut disuakan ialah YB Ust. Ahmad Baihaki Atiqullah, ADUN Pasir Tumbuh. Sahabat serumah dan sebantal saya semasa kami tinggal di Quarters Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya dan kawasan setinggan Pantai dalam. Sebagai anak Tok Guru Pondok Pasir Tumbuh, beliau banyak mendidik kami khususnya anak-anak sabah diperantauan untuk mengamalkan Islam dalam kehidupan. Kalau saya membelek-belek kitab Solat Munyatull Musalli, teringat akan beliau. Sebelum pergi mengajar kitab ini di masjid, pasti ditelefonnya ayahandanya sekiranya ada bahagian yang kurang difahaminya. Kami ditakdirkan berkahwin pada bulan yang sama. Kad kahwin kami juga menggunakan template yang sama sebab dibeli di kedai yang sama di kelantan sebelum saya balik ke Sabah. Cuma kali ini dia menang. Mempunyai 5 cahaya mata. Dia menang 2.

Sahabat yang lama juga tidak bertemu tetapi bersua dalam perjalan ke Kelantan iaitu Effandi Nazila Abdullah yang kini Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Putrajaya. Apabila tersua dengannya, teringat perancangan untuk menawan kubu kuat BMB di kolej 4, Universiti Malaya tahun 1993. Berbekalkan wajah yang tampan, NADI meletakkannya sebagai calon Presiden dan memenangi jawatan itu. Kubu kuat BMB dapat ditembusi tetapi tidak bertahan lama. BMB dengan perancangan teliti mengusulkan undi tidak percaya ke atasnya. Jatuhlah ia sebagai seorang Presiden Kolej 4 (Kolej Bestari).

Dan seorang lagi “adik-beradik” saya di Universiti Malaya, Haji Norber namanya anak jati Langkawi. Baru di pindahkan ke Sabah sebagai Pengarah Tabung Haji yang baru. Apabila minum bersamanya ahad lepas, teringat saya akan Ust Din, insan yang sering bersamanya. Naik motor Kapcai kehulu ke hilir setia bersama . Cuma sekarang ini Haji Norber  bersedih sebab isterinya masih di Kelantan..hehehhe. Hujung bulan ini baru dapat berpindah penuh ke Sabah. Dia sekarang bagaikan pungguk rindukan bulan.

Diharapkan persuaan ini dapat mengeratkan lagi ikatan ukhuwwah yang sudah lama terjalin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: