Anjung ABUAIMAN

APA KATA ORANG-ORANG BESAR

Posted on: February 7, 2009

Tengku Razaleigh Hamzah

forumsiasahDatuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah. “Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. “Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Tun Dr Mahathir Mohamad

Undang-undang membolehkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)… ini undang-undang,” katanya.

Berhubung soalan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) sewajarnya telah dibubarkan, bekas Presiden umno itu memberitahu, DUN Perak seharusnya telah bertemu dan memutuskan undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana ia satu-satunya cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinannya.”Bagaimanapun jika Menteri Besar (Nizar) enggan mengadakan sidang DUN, tiada siapa yang boleh memaksa beliau,” katanya.

Prof Dr Abdul Aziz Bari

Pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kedudukan pada masa ini berada dalam keadaan Perlembagaan tidak ‘berkata’ apa-apa dan tidak menawarkan apa-apa bagi menangani krisis yang berlaku.

“Dalam kes seperti ini, Sultan perlu menggunakan kuasa-kuasa simpanan yang ada padanya. Menang benar kuasa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan tetapi dalam menangani krisis seperti ini Sultan mempunyai kuasa”, katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau menjelaskan, ada dua cara Sultan boleh bertindak dan satu daripadanya adalah membubarkan Dewan

“Satu cara lagi adalah Sultan membatalkan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan kemudian membubarkan dewan undangan negeri,” katanya.

Beliau berkata, krisis itu boleh berlanjutan selama mana Mohammmad Nizar enggan untuk mengosongkan jawatannya yang boleh menimbulkan persoalan berhubung kesahan kerajaan baru. Undangan Negeri (DUN) walaupun tanpa nasihat seorang Menteri Besar.

KESIMPULAN

Maksudnya, Sultan tidak boleh memecat tanpa membubarkan DUN.

Nampaknya Dr. Zambry akan membuat sejarah baru dalam politik negara apabila menjadi “MB Perak” paling singkat.

Mungkinkah Tuanku mendapat nasihat daripada Konspirator Jahat. Sila baca DI SINI

1 Response to "APA KATA ORANG-ORANG BESAR"

apalah dah nak jadi politik negara??
ekonomi pun tak stabil di tambah lagi masalah politik di perak..
kebanykan rakyat keliru adakah ini permainan UMNO???atau PKR??atau sanduwara ini dah di susun??
papaun Umno ni cakap tak serupa bikin..
bila jamaluddin keluar BN masuk PKR wahh bukan main lagi kununnya perlu tubuhkan Undang2 tuk (wakil rakyat) yang LOmpat Parti..alasan kuatnya “rakyat tak pilih Individu tapi pilih parti..
tapi bila 3 ahli PKR masuk Bebas dan sokong BN tersenyum lebar pula UMNO ni..
so mana kata2 dia yang Lompat Parti tak leh??
bagi mengelakkan kata2 TPM tertampar ke mukanya semula maka beliau kata Ahli PKR tak lompat parti ke BN tapi masuk bebas..
apa yang berlaku,orang (yang waras) akan fikirkan di sebalik kejadian itu,, wujud muslihat jijik … kata Dr rem mengalahkan Najis MukhallaJah….
kalau UMNo ni berani berdepan dengan masalah ini bukanya terhege-hege tuk tubuhkan kerajaan NP. tapi mereka perlu buat pilihan raya.. kalau mereka berani lah…tapi………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: