Anjung ABUAIMAN

MENJADIKAN MAHASISWA LEMBIK?

Posted on: February 25, 2009

infosiswa2Hari ini, sudah ramai orang mengatakan bahawa mahasiswa kita sudah jadi mahasiswa lembik. Mahasiswa yang dididik hanya untuk menjalankan dan mengikuti program. Macam robot yang sudah diprogramkan. Bertindak hanya mengikut manual yang telah ditetapkan. Mahasiswa yang tidak berfikiran kritis dan tidak berani mengungkapkan idea-idea baru. Lebih jauh lagi, mahasiswa yang tidak berani bertentangan pandangan dengan pihak yang berkaitan walaupun hak mereka diperkotak-katikan.

Isu mahasiswa tahun tiga Universiti Utara Malaysia, Choo Kok Wei yang dilaporkan dibicarakan dibawa AUKU merupakan contoh yang mungkin akan menambah lebiknya mahasiswa kini. Dilaporkan kesnya cukup mudah iaitu cuba untuk bertentangan pandangan dengan pihak UUM kerana pihak UUM membenarkan kenaikan tambang bas tanpa berbincang dengan mahasiswa.

Selaku mahasiswa yang mungkin terbeban dengan masalah kewangan, sudah pasti mereka tidak bersetuju dengan kenaikan ini. Salah satu kaedah untuk meluah perasaan adalah menulis diruang-ruang blog atau siaran akhbar. Tindakan ini menyebabkan pihak tertentu tidak senang dan dikatakan menjadi punca Choo Kok Wei di AUKUkan. Tindakan ini mungkin akan memberi kesan kepada mahasiswa. Kalau mahasiswa  lembik, jangan salahkan mereka kerana kita yang menjadikan ia lembik disebabkan masalah yang kita bina sendiri.

Kalau pihak berkaitan tidak mahu perkara sebegini timbul, perlulah ada perbincangan diantara stakeholder supaya kenaikan itu akan mendapat persetujuan semua. Sekiranya pihak bas enggan mengikut keputusan bersama, banyak lagi syarikat bas yang mungkin sedang menunggu peluang ini. Sebab kawasan universiti, lubuk pendapatan syarikat-syaraikat pengangkutan awam.

Persoalannya kenapa pihak UUM tidak berbincang dengan mahasiswa dan terus meluluskan kenaikan itu. Anda fikirlah sendiri??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: