Anjung ABUAIMAN

QUNUT NAZILAH & TERUSKAN BOIKOT

Posted on: February 28, 2009

Salam semua

tazkirah1Semalam, kami sekeluarga berkunjung ke rumah seorang sahabat untuk membaca Yaasin dan Tahlil. Ramai  yang datang tidak kira dari golongan mana. PAS, UMNO, ABIM, TABLIGH, Jamaah Masjid dsb turut bersama. Kebetulan dalam majlis tersebut dihadiri oleh seorang tetamu istimewa yang baru balik dari sempadan GAZA, Palestin.

Diakhir tahlil, tetamu istimewa yang merupakan Ketua Pemuda PAS Johor memberi maklumat terbaru berkenaan situasi terbaru GAZA. Terlalu sedih. Kerajaan Mesir yang mendakwa mereka kerajaan Islam, sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dengan menutup pintu sempadan ke GAZA. Dilaporkan penduduk GAZA sedang menderita akibat penutupan bantuan daripada luar.  Tambahan pula bantuan yang diwar-warkan, disumbangkan kepada kerajaan yang salah. Sumbangan diberikan kepada kerajaan Palestin. Padahal yang memerlukan bantuan adalah kerajaan HAMAS di Gaza.

Oleh itu adalah dipohon agar umat manusia meneruskan untuk memberi sumbangan kepada pihak yang bener-benar menyampaikan sumbangan anda kepada kerajaan HAMAS

Jangan lupa untuk meneruskan usaha pembiokotan barang-barang yanga ada kaitan dengan Yahudi.

Dan jangan lupa baca Qunut Nazilah

nazilah

ATAU

nazilah1

Maksudnya ” Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Untuk membuat cetakan hardcopy : Download di SINI

1 Response to "QUNUT NAZILAH & TERUSKAN BOIKOT"

salam…
siri memboikot barang Kroni Israel semakin di lupakan.. apa taknya sekarang ni,,,MC dah buat tawaran harga rendah…ingat lagi masa mula kempen Boikot semua orang berbondong-bondong menyemai dalam diri tak nak makan itu ini..
tapi stelah 2 minggu yang lalu MC menawarkan SET diner n LUCH Untuk seorang hanya RM 5.90. apa yang saya perhatikan bergerombolan pelajar UMS mengejar MC tak kira kat bandar KK, 1B n dkat KF.. apa dah nak jadi??
takkan kesedaran kita hanya untuk seketika??
bila dorang dah mula rugi..ummat Islam Pula terlalu baik hati (kunun) nak membantu…
TERUSKAN MEMBOIKOT..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: