Anjung ABUAIMAN

BULI: PERLUKAH KITA BERMUHASABAH?

Posted on: March 6, 2009

tazkirah1Adakah gejala Buli ini sudah wujud zaman kita bersekolah dulu?. Saya semacam tidak pasti. Mungkin ada tetapi tidaklah sampai menghiruk-pikukan negara. Mungkin bulinya lebih bersopan dan tujuan membina manusia.

Kini, Istilah buli sudah menjadi kamus harian Kementerian Pelajaran. Walaupun setiap sekolah, punyai guru disiplin dan kaunselor, aktiviti buli-membuli semakin menjadi-jadi. Persoalannya kenapa. Adakah mereka tidak lakukan kerja. Atau kondisi sekolah tidak kondusif untuk melahirkan insan Madani. Inilah yang perlu dijawab oleh kementerian.

Saya merasakan ialah mungkin sekolah sudah terkeliru dengan tujuan asal pendidikan. Kita sudah terlalu banyak melahirkan guru bukan pendidik. Saya melihat, guru sekadar mengajar untuk manusia jadi pandai. Tidak mengajar manusia mengenal Allah, dosa dan pahala, Syurga dan neraka. Inilah realiti yang ada.

Kalau kita hanya mengajar dengan tujuan menjadikan pelajar pandai membina kapal terbang, bangunan tinggi, maka samalah kita dengan murid-murid yang dilahirkan pada zaman Jahiliyyah dulu iaitu zaman sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Zaman dimana, Allah tidak diajar sebagai tuhan yang patut disembah, tiada istilah dosa dan pahala.  Maka aktiviti buli-membuli, gengsterisma adalah mainan harian. Sejarah sudah mengajar kita. Manusia yang tidak mengenal Allah sebagai tuhan yang satu, akan sentiasa bermasalah.

Cuba kita tanya secara jujur, sejauhmana kursus-kursus yang diajar diintegrasikan dengan konsep ketuhanan. Saya yakin…hampir semua kursus. Sebab itulah suasana pembelajaran Sekolah Agama Rakyat kena dihidupkan. Sekiranya ada kelemahan, perlu dibaiki bukan menutup sistem itu.

Masalah buli yang mekar disekolah dewasa ini mungkin disebabkan dosa-dosa kementerian yang banyak mendatangkan kesusahan kepada Sekolah Agama Rakyat di zaman Tun Dr. Mahathir dahulu. Kementerian kena bertaubat dengan dosa itu. Mungkin ada yang mengatakan penutupan itu adalah untuk memperbaiki sistem pembelajaran tetapi mungkin ada di kalangan mereka yang berniat jahat. Implikasi Niat jahat inilah yang mungkinmenghasilkan fenomena buli.

Oleh itu aAnak-anak ini perlu dibetulkan sekarang. Mereka adalah rakyat yang bakal mewarnai masa hadapan. Mungkin kita kena mulakan dahulu dengan diri pemimpin itu sendiri kerana RAKYAT ITU ADALAH CERMINAN PEMIMPIN. Jika baik pemimpin, maka baiklah rakyatnya. JIKA jahat rakyatnya, mungkin disebabkan pemimpinya begitu.

Maka ….marilah kita bermuhasabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: