Anjung ABUAIMAN

KALAULAH DUIT ITU DISUMBANGKAN

Posted on: March 27, 2009

Salam

tazkirah1Hari ini bersamaan 30 Rabiul Awwal. UMS dan sekolah isteri saya SMK Tobobon telah menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, walaupun sudah lewat daripada 12 Rabiul Awal. Cuma kadang-kadang saya terfikir…ada apa dengan sambutan Maulidur-Rasul kita hari ini.

Saya rasakan mungkin pihak-pihak yang ingin menyambut Maulidur Rasul secara perarakan, beberapa perkara perlu ditimbangkan terutamanya berkaitan ke mana duit itu dibelanjakan. Beberapa kos yang dirasakan tidak perlu, mungkin boleh disalurkan atau didermakan kepada institusi pendidikan Islam seperti Tahfis atau SRI/SRA agar ia terbangun di Sabah.

Saya melihat ada 2 kos yang dirasakan tidak mendatangkan impak kepada sebab kelahiran Rasulullah s.a.w. Pertamanya ialah Sepanduk. Pertandingan sepanduk, bagi saya tidak memberi kesan kepada jiwa-jiwa kita. Jadi saya mencadangkan agar kos RM500.00 itu bolehlah didermakan. Bayangkan kalau ada 10 kontinjen = RM5000.

Keduanya ialah pakaian. Setiap tahun, baju akan disumbangkan oleh sekolah. Katakan purata ahli kontinjen seramai 30 orang. Setiap orang memerlukan kos RM120 (harga kain dan upah jahit). RM120 X 30 orang X 10 kontinjen = RM72 000.

RM5000 (banner) + RM 72 000 = RM77 000. Wah banyakkanya. Kalau ini kita sumbangkan, sudah pasti pendidikan agama akan berkembang dengan pantas. Secara tidak langsung, ramai manusia yang tinggi akhlaknya akan dilahirkan. Melahirkan manusia yang tinggi akhlaknya merupakan tugas dan sebab penting mengapa Muhammad diutuskan menjadi seorang Rasul.

Apapun…fikir-fikirkanlah. Beranilah berubah, kalau tidak, kita akan terubah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: