Anjung ABUAIMAN

ADA APA DENGAN EARTH HOUR

Posted on: March 28, 2009

Salam semua

earthourEntahlah malam ini. Apa akan jadi dengan kempen Earth Hour. Setiap bangunan dan facility yang menggunakan tenaga, dikempenkan untuk di Switch offkan selama satu jam. Tujuannya adalah untuk member kesedaran tentang betapa gas rumah kaca sudah mengancam kestabilan Iklim dunia. Cuaca yang tidak menentu dan kecairan ais di kutub disebabkan pemanasan Global adalah angkara  kandungan karbon dioksida(CO2) yang dilepaskan oleh aktiviti manusia, ditahap membimbangkan. Sukacita dimaklumkan bahawa CO2 mempunyai daya serapan yang tinggi ke atas bahang/radiasi yang mempunyai gelombang berjarak 1.6, 2.0, 2.7, 4.3 dan 15 mikrometer (1 mikron = 1/10 ribu cm).  Sinaran matahari yang masuk berjarak antara 0.1 – 4.0 mikrometer dan bahangan bumi antara 0.5 – 30 mikrometer. Bahangan bumi dalam kategori 4.3 dan 15 ikron itu amat cekap diserap oleh lapisan CO2 yang sudah banyak di atmosfera.co2serapan1Serapan berterusan bahangan bumi oleh gas CO2 akan menghalangnya daripada sempadan atmosfera. Gas ini menjadi kemaruk -terpenjara dan bertindak sebagai oven atmosfera-bumi.  

Perhatikan sahaja Graf dibawah mengenai kandungan Co2 di atmosfera.co2a

Lalu ada mungkin yang rajin bertanya apa kaitan kempen mati lampu (Earth Hour) dengan gas CO2. Begini, di Malaysia TNB dan SESB serta pembekal tenaga kebanyakannya menggunakan bahan fosil iaitu Diesel disamping arang batu untuk menjanakan tenaga. Bahan ini bila dibakar selalunya tidak lengkap menyebabkan ia akan menghasilkan gas seperti CO2. Jadi mematikan lampu selama sejam bermakna bahan fosil tidak dibakar selama sejam. Maksudnya, selam sejam kita bebas dari membebaskan CO2.

co2b

Sekiranya kita tidak bertindak dan membiarkan situasi ini berterusan (telahpun terjadi kini) ,  sudah pasti segalanya berubah. Mungkinkah ini dikatakan penghujung zaman. Mungkinkan ini akan menyebabkan sistem bumi akan gagal berfungsi. Mungkinkah kegagalan sistem bumi ini akan menyebabkan kegagalan sistem alam semesta. Mungkinkah kegagalan sistem alam semesta akan menyebabkan GONCANGAN ALAM SEMESTA, matahari akan terbit dari sebelah barat.

Maka insaflah kita.

P/S : cuma malam ini saya tidak matikan lampu sebab semalam kami telah patuhi kempen selama 3 jam. 6.40 – 9.oo malam. sudah lebih dari sepatutnya.

1 Response to "ADA APA DENGAN EARTH HOUR"

[…] sebuah planet yang lebih mampan.Ada apa dengan Earth Hour – ARTIKLE ASAL : ABUAIMAN [LINK]Cuaca yang tidak menentu dan kecairan ais di kutub disebabkan pemanasan Global adalah angkara […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: