Anjung ABUAIMAN

Archive for the ‘Catatan Musafir’ Category

Advertisements

Atasi Kesesakan Lalu Lintas Dan Banjir Keutamaan Mayor Baru Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 22 Mac (Bernama) — Datuk Abidin Madingkir yang dilantik sebagai Mayor Kota Kinabalu yang ketiga pada 2 Feb lepas, meletakkan masalah kesesakan lalu lintas dan banjir kilat di bandar raya ini sebagai antara agenda utama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk ditangani.

“Mencari jalan penyelesaian kepada dua perkara ini yang sering menjadi topik hangat di bandar raya ini bukanlah mudah untuk dicapai dalam sekelip mata.

“Tetapi saya percaya kita harus mempunyai inisiatif untuk memulakan sesuatu dan mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang,” katanya pada majlis makan tengah hari DBKK dengan media di sini pada Selasa.

Beliau juga akan meneruskan agenda 3K DBKK iaitu kebersihan, keindahan dan keselamatan yang dimulakan mayor terdahulu Datuk Iliyas Ibrahim, terutama dalam memperhebatkan Kempen Anti Kutu Sampah dan program pengurangan penggunaan beg plastik.

Abidin juga berkata jumlah anggota dan kakitangan DBKK yang seramai kira-kira 1,800 orang berbanding jumlah penduduk bandar raya yang dianggarkan lebih 500,000 orang adalah terlalu kecil nisbahnya dan sukar untuk memenuhi kehendak setiap ahli masyarakat dalam masa yang diharapkan.

Bagaimanapun, beliau berkata senario itu tidak akan melemahkan semangat DBKK untuk mencuba memenuhi kehendak dan permintaan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat bandar raya Kota Kinabalu.

“Masyarakat bandar raya Kota Kinabalu amat penting bagi kami dan kami mendokong gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya.


Abidin berkata DBKK juga amat memerlukan media sebagai rakan kongsi dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar dan program DBKK kepada masyarakat.

“Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa adalah antara peranan kami untuk memastikan bandar raya ini tetap ceria, di samping menyokong usaha kerajaan mempromosikan Kota Kinabalu sebagai pusat peranginan terkenal di rantau ini,” katanya.

— BERNAMA

Kali pertama saya berkunjung ke tanah Jawa, Jakarta namanya. Atas urusan untuk menjalinkan hubungan antara Universitas Nasional Indonesia (UNAS) dengan Sekolah Sains Sosial, UMS.

Hari Rabu, kami menjadi tetamu Bupati Kabupaten BOGOR yang kini sedang merayakan hari ulangtahu ke 528. Cukup tua tamadun ini. Adalah cukup enak pabila menjadi tetamu ketua kabupaten.

Kalau di Malaysia taraf manusia yang diiringi polis terkhusus untuk ketua-ketua negara dengan siren polis. Dalam sejarah hidupku di dunia, inilah kali pertama saya berserta rombongan diiringi oleh polis kemana jua. Kalau dari Jakarta ke Bogor kebiasaanya mengambil masa 2 – 5 jam, tetapi kami atas kapasiti tetamu VVIP Bupati BOGOR, lancar saja perjalanan. Semua kereta harus ketepi memberi laluan kepada kami.

Setibanya kami ke Taman Safari Bogor, apa yang mampu saya katakan…tempat percutian yang tiada tolok bandingan. Rasanya Afamosa Melaka, mungkin mendapat idea daripada sini. Mengembara di lubuk harimau, beruang dan ratusan binatang lain. Disamping disajikan dengan taman tema air yang cukup cantik, air yang bersih berpunca dari gunung.

  1. Saya tertanya-tanya bila hendak selesai masalah ini. Sudah terlalu lama. Sudah berapa orang ADUN yang jadi wakil tapi masih tidak selesai.
  2. Seingat saya, pada tahun lepas En. Jumat, Ketua UMNO Sepangar membuat janji yang diterbitkan dalan DailyExpress bahawa masalah ini akan diselesaikan tahun ini.Entahlah mungkin dia lupa. Kalau dia lupa harap dia ingat janji ini
  3. Hanya kalau benar ingi diselesaikan, jangan hanya hantar backhoe untuk korek sedimen dalan parit. Tiada gunanya sebab kontraktor hanya korek dan letak di tebing. Apabila hujan turun, sediment itu akan masuk balik dalam sungai. Orang kedah kata ” Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu”
  4. Kalau yang berjanji mahu tahu apa masalah di lokasi tersebut ialah parit tersumbat. ¬†Air keliru mahu keluar ke mana. Oleh kerana air keliru, maka ia “duduk termenung” selama 4 – 5 jam di simpang masuk Taman Sepangar.
  5. Kalau jalan keluar air dapat diatasi, tidak perlu hantar backhoe untuk korek sedimen. Banyak duit rakyat akan dapat dijimatkan.
  6. Kalau tidak percaya, turun sendiri semasa banjir. Kalau mahu tahu bila berlaku banjir, tunggu hujan lebat sekitar 1 – 2 jam, confirm banjir.

  1. Puas Hati….itulah ungkapan yang boleh di berikan kepada percutian ini. Walaupun singkat tetapi berbaloi.
  2. Daripada keunikan sejarahnya, Melaka berjaya mewujudkan tarikan-tarikan pelancongan untuk dilawati, menjadikan pusat percutian dan rekreasi yang terbaik yang pernah kami lawati.
  3. Yang menariknya di Melaka ialah daripada ladang, dusun, kampung hinggalah ke bandar…segar mata memandang. Persekitaran yang bersih dan susun-atur petempatannya yang teratur menyebabkan sukar membezakan yang mana satu bandar dan yang mana desa. Ini membuatkan pengunjung yang kali pertama bertandang, sudah pasti akan bertekad untuk datang kembali di lain masa.

  1. Kalau di Kuala Lumpur terkenal dengan Menara Kuala Lumpur, di Melaka pula adalah Menara Taming Sari.
  2. Menara yang terletak di Jalan Melaka, Bandar Hilir telah dibuka pada 18 April 2008, merupakan satu lagi mercu tanda Melaka.
  3. Berbekalkan RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, para peminat pandangan tinggi akan di bawa melihat Melaka selama 7 minit pada ketinggian 110 meter dengan pandangan 360 darjah.

  1. Jika dibandingkan Sg Melaka pada tahun 2000 dengan Sg. Melaka pada hari ini, cukup jauh bezanya. Kalau dahulu, ia berfungsi untuk menyalirkan sisa kumbahan ke laut tetapi kini ia sudah dapat mendatang pendapatan lumayan kepada kerajaan negri
  2. Kalau orang tiada duit untuk ke Venice, rasanya Melaka adalah lokasi mengubat rindu Venice. Pelayaran melalui sungai Melaka selama 45 minit cukup menggambarkan seolah-olah kita sedang berada di Venice. Sebab itu ada orang gelarkan Sg. Melaka sebagai “Venice of Asia”.
  3. Masa yang sesuai untuk meninjau-ninjau bangunan bersejarah di sepanjang Sg. Melaka ialah di sebelah malam. Dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, sudah pasti pelayaran ini akan terpahat dalam ingatan.


TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.