Anjung ABUAIMAN

Archive for the ‘Forum Siasah’ Category

  1. Satu lagi empangan bakal dibina di Kota Belud bagi tujuan bekalan air untuk pengairan padi dan penjanaan kuasa hidro untuk penduduk sekitar.
  2. Kita tahu, empangan ini penting kerana Kota Belud sudah diisytiharkan sebagai “rice bowl” Sabah dalam usaha mengurangkan kemasukan beras luar.
  3. Hari ini, keluar berita  bahawa orang kampung terlibat telah mengejar-usir firma perunding kerana ingin menjalankan kerja-kerja awal bagi menjalankan kajian di kawasan tersebut.
  4. Persoalannya, kenapa projek-projek penting ini tidak pernah dijelaskan kepada rakyat. Seperti yang sudah saya katakan pada tulisan lepas, rangcangan pembinaan empangan di Sg. Wariu, sudah diputuskan pada tahun 1994 lagi.
  5. Cuma saya pelik, apabila wakil rakyat di kawasan yang terlibat mengatakan firma perunding sepatutnya menaklimat mereka terlebih dahulu. Persoalan ialah adakah pihak DO tidak maklum mengenai perkara ini. Atau sudah dimaklumkan tetapi lupa untuk memaklumkan dengan rakyat. Kalau sudah maklum, kenapakan pihak DO lupa memaklumkan kepada wakil rakyat. Ataupu wakil rakyat sudah tahu tetapi terlupa untuk menjelaskan kepada rakyat.
  1. Lama juga saya tidak memblog, membiarkan sahaja laman ini tidak mengembang. Cuma saya terbangun,  apabila isu pembinaan empangan Kaiduan, di ulu Sg. Papar menjadi perbincangan hangat di Forum Sabah.
  2. Isunya ialah apabila orang kampung yang terlibat dan dibantu dengan NGOs dan di sokong oleh beberapa parti politik semacam tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk membina empangan di kawasan mereka. Pembinaan ini, dilaporkan akan menenggelamkan kawasan yang luas yang melibatkan kehilangan warisan tanah adat yang besar termasuk kubur warisan nenek moyang mereka.
  3. Cuma saya ingin memberikan gambaran kepada semua pengunjung blog ini melalui lakaran graf mengenai status permintaan dan penawaran air di Kota Kinabalu.
  4. Cukup menakutkan. Kenapa……perhatikan data tahun 2014.

AirKK

  1. Melalui unjuran yang telah dibuat oleh Jabatan Air,  Kota Kinabalu akan mula merasai kesan kekurangan air bermula tahun 2013 iaitu 4 tahun dari sekarang. Keupayaan loji-loji rawatan air sedia ada yang membekalkan air ke Kota Kinabalu, sudah tidak berupaya menjana air yang mencukupi bila mana penggunaan air sudah melebihi keupayaan loji yang ada.
  2. Bagi menghilangkan kerisauan, sudah pasti ada tindakan perlu di ambil. Tindakan-tindakan ini sudah pun di”warta”kan dalam Pelan Induk Sumber Air Sabah 1994. Salah satu tindakan bagi mengatasi masalah kekurangan air ini ialah pembinaan empangan Kaiduan di ulu Sg. Papar.  Selain empangan Kaiduan, banyak lagi empangan yang akan dibina (Sumber laman JPS Sabah)

DamProposedInSabah

  1. Cuma, dalam isu pembinaan empangan Kaiduan, ada beberapa persoalan yang terbangkit. Pertama : Kenapa kerajaan negeri lambat memberi penjelasan kepada 11 kampung yang terlibat, padahal keputusan ini sudah ada pada tahun 1994. Kedua : Kenapakan parti politik dan NGOs terlalu ghairah untuk “membatalkan” projek ini sedangkan mereka tahu, kita akan berhadapan dengan krisis air menjelang 2013. Kenapakah mereka tidakn memberikan pilihan alternatif untuk membantu penyelesaian.?
  2. Pada hemat saya, pembinaan empangan ini penting sebagai simpanan air dalam menghadapi masa-masa krisis kerana kapasiti simpanannya bersamaan 3 kali empangan Babagon.
  3. Kalau ia tidak dibina, apa sumber alternatif lain yang boleh menyelasaikan krisis air yang bakal tiba. Kita hanya ada baki 4 tahun lagi untuk berhadapan dengan krisis.
  4. Sekiranya tiada penyelesaian, mungkinkah kita terpaksa bersaing/beparang untuk mendapatkan air bersish. Mungkinkah kita hanya dapat mandi 2 kali seminggu. Mungkinkah tandas kita akan berbau sengit. Mungkinkah tida pembangunan dapat dijalankan. Mungkinkah harga air akan semakin mahal. Mungkinkah, dalam keadaan terpaksa kita terpaksa gunakan air tidak terawat. Atau mungkinkah……mungkinkah……mungkinkah……mungkinkah……
  1. Semua kemungkinan-kemungkinan ini boleh berlaku kerana ia telah berlaku dikawasan yang menghadapi krisis air. Mahukah ia berlaku kepada kita. Fikirlah sendiri sebelum bertindak….

Oleh : Ahmad Lutfi Othman

forumsiasahSelepas meninggalkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 23 tahun lalu, hanya beberapa kali saya singgah di kampus Jalan Semarak itu meskipun sering melintasinya ketika pulang dari pejabat.

Namun pada 11 Ogos lalu, saya tergerak untuk mengikuti syarahan perdana Naib Canselor, Prof Dr Zaini Ujang, bertajuk Universiti, Kreativiti, Inovasi. Dan memang berbaloi saya mengorbankan ‘waktu tidur petang’ selepas menyiapkan deadline Harakah.

Zaini, 43, naib canselor termuda, merupakan teman lama sewaktu aktif dalam gerakan pelajar sekitar 1984-86. Walaupun tidak berkesempatan menyerlahkan sepenuhnya daya kepimpinan beliau sewaktu menggerakkan Persatuan Mahasiswa UTM, bakat alam Zaini cukup terserlah.

Intipati syarahannya pada petang Selasa itu mengingatkan saya idealisme Zaini yang tidak pernah pudar. Tanggapannya terhadap konsep universiti, budaya ilmu dan tugas kesarjanaan kekal segar.

Ini tidak menghairankan; Zaini dikenali sejak mahasiswa sebagai ulat buku, pencinta ilmu, yang kemudiannya penulis prolifik yang memenatkan para editor di Penerbit UTM Press!

Bayangkan untuk tahun ini sahaja sudah enam judul bukunya diterbitkan.

Antara lain Zaini mengungkapkan senario semasa yang perlu diubah: “… betapa menjadi pensyarah tidak lagi memerlukan kemantapan intelektual dan kesegaran idealisme terhadap akademia … Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana, diskusi, ‘kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting.

Tidak ada lagi debat atau diskusi ilmiah tentang isu-isu pokok yang membabitkan perkembangan isu semasa dalam arena politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi. Kalaupun ada jarang sekali dianjurkan. Itu pun dengan segala macam syarat dan perkiraan supaya tidak bersifat sensasi dan sensitif. Akhirnya aktiviti kampus yang sepatutnya meriah ilmu menjadi hambar dan lesu …”

Walaupun kehadiran Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah adalah untuk merasmikan majlis syarahan perdana itu, namun ucapannya juga menggugah pemikiran dan mencetuskan minat audien.

Agak lama tidak mendengar pak menteri bercakap dengan nada dan lenggok Saifuddin, terutama selepas Anwar Ibrahim dipecat. Kupasannya tentang dunia ilmu nampak original dan selari dengan Zaini.

Lebih dari itu, secara peribadi saya melihat Saifuddin mempunyai ‘keberanian’ tersendiri khususnya apabila membicarakan soal idealisme mahasiswa dan kaitan dengan dunia politik.

Dalam satu program Astro Awani, Saifuddin ditanya hal pembabitan mahasiswa dengan pergolakan semasa. Timbalan menteri dalam jawapannya banyak memberi ruang buat pelajar untuk bereksperimen. “Biar mahasiswa menentukan diri mereka sendiri,” begitulah antara yang beliau sering tekankan.

Dari sudut ini, saya kira, jalur pemikiran Saifuddin nyata berbeza dengan rakan-rakannya dalam Umno dan kerajaan. Malah ketika menyampaikan ucaptama dalam kongres anjuran Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), 8 Ogos lalu, beliau dilaporkan memuji penganjurnya kerana lantang berjuang supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti dipinda.

Dalam sidang media selepas itu, Saifuddin berkata, selepas pindaan Auku, mahasiswa boleh terlibat lebih banyak dalam politik.

Ditanya sama ada kementeriannya telah mengenal pasti mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi anti-ISA, 1 Ogos, Saifuddin hanya menjawab “tidak ada”. Lebih menarik apabila beliau menyoalnya kembali: “Apa masalahnya dia hendak demonstrasi?”

Saifuddin dan Zaini mungkin dilihat sebagai watak-watak baru yang diharap berupaya memecahkan kongkongan lapuk di kampus-kampus, yang sekian lama menderita terpasung.

Malangnya lebih ramai pentadbir universiti, apatah lagi golongan penguasa, yang terus terikat dengan pendekatan kuno, dan meletakkan warga kampus dalam penjara terbuka.

Moga-moga dua anak muda ini, yang rasanya rapat secara peribadi dengan Perdana Menteri, berjaya menggapai impian mereka meskipun saya masih sangsi Najib Razak akan membuka ruang selesa buat mereka. _

Assalamualaikum dan Salam Perpaduaninfosiswa2

Buku “Penginputan Data Geografi & Analisis Asas GIS : Satu Pendekatan Mesra Pengguna” boleh diambil oleh pelajar pada Hari Khamis(masa kuliah). Buku ini mengandungi 5 bab iaitu

Bab 1 : Pengenalan kepada GIS

  • Bahagian ini menyentuh bebarapa definisi GIS, penjelasan 4 sub sistem dan fungsi dalam GIS yang melibatkan Data Input, Pengurusan Data, Manipulasi dan Analisis, Persembahan Maklumat.

Bab 2 : Penginputan Data Point

  • Bahagian ini memberi tumpuan menginputkan entiti bersifat titik  dengan  perisian MapInfo dan ArcGIS. Tema yang dipilih adalah taburan rumah.

Bab 3 : Penginputan Data Garisan

  • Bahagian ini memberi tumpuan bagaimana perisian MapInfo dan ArcGIS dalam penginputan datagarisan. Tema yang dipilih adalah jaringan Sungai.

Bab 4 : Penginputan Data Kawasan

  • Bahagian ini memberi tumpuan bagaimana perisian MapInfo, R2V dan ArcGIS dalam penginputan data poligon. Tema yang dipilih adalah Gunatanah.

Bab 5 : Analisis Asas GIS

  • Bahagian ini memberi tumpuan bagaimana kemampuan perisian MapInfo dan ArcGIS dalam membuat analisis Tindanan (ovelay) dan Penampan (buffer). Ppembelajaran berdasarkan masalah (PBL) digunakan dalam bab ini bagi memudahkan pengguna melihat kemampuan GIS dalam menyelesaikan masalah persekitaran.

Buku1

Buku ini sangat mesra pengguna kerana pendekatan yang digunakan adalah mudah. Ia direkabentuk agar para pengguna yang baru GIS mampu berlatih secara hands-on walaupun tanpa ada guru disisi. Mereka boleh belajar menggunakan perisian GIS dengan mengikuti langkah-demi langkah dalam buku ini. Diharapkan buku ini berguna untuk semua.

Buat masa ini, ia diterbitkan secara dalaman oleh Program Geografi.

Salam semua

forumsiasahIstilah demonstrasi ini perlu difahami dengan jelas. Seolah-olah bila disebut sahaja istilah demonstrasi, ia membawa satu perkara yang sangat buruk nilainya. Buruk atau tidak nilaiannya, bergantung kepada bagaiman kita melihat demonstrasi itu. Di zaman Rasulullah, aktiviti demonstrasi sudah wujud. Untuk bacaan lanjut sila baca di SINI

gmp

Melihat kejadian semalam kecoh, saya terfikir kenapa perlu gas pemedih mata dilepaskan kepada demonstran? Lalu saya menjawab sendiri, mungkin TUNJUK RASA yang terpendam dalam hati TIDAK DAPAT dilepaskan disebabkan wujud halangan. Halangan dimana pihak keselamatan tidak membenarkan individu-individu yang hadir MELUAHKAN TUNJUK RASA mereka. Tekanan emosi yang meruap-ruap  dalam diri mereka yang menuntut agar ia dilepaskan, menyebabkan mereka lakukan juga walaupun halangan besar yang bakal menimpa. Cuba berbicara dengan pakar psikologi.

Saya cuba bawa 2 demontrasi

Situasi 1 :  SAMBUTAN MAULIDIR-RASUL/MAAL HIJRAH. Sambutan ini melibatkan perkumpulan dan pernyataan bertapa cintanya kita kepada Rasulullah s.a.w. Demontrasi dilakukan secara perarakan beramai-ramai dan laungan-laungan kebesaran ke atas Junjungan besar Rasulullah s.a.w. di kumandangkan. Para pegawai keselamatan juga turut hadir dan tugas mereka menjaga keselamatan. Di akhir demostrasi ini, tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku kerana polis memahami istilah TUNJUK RASA itu.

Situasi 2 : SERAHAN MEMORENDUM PPMSI. Matlamatnya juga sama dengan sambutan maulidur-rasul iaitu menytakan rasa cinta kepada Bahasa IBUNDA. Kaedahnya sama iaitu ingin melakukan perarakan ke Istana Negara. Pelepasan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan cecair kimia semalam sepatutnya tidak berlaku sekiranya pihak keselamatan memahami konsep demonstrasi yang cuba diadakan. Demontrasinya menggunakan modus operandi yang sama dengan Maulidur-rasul. Sepatutnya ia aman seperti amannya sambutan Maulidur-Rasul. Kecohnya semalam kerana keinginan untuk menyatakan perasaan cinta kepada bahasa telah dihalang. Apabila ia dihalang, para demonatran kadang-kadang terpaksa menempuh halangan itu.

Oleh itu, amatlah diharapkan agar pihak keselamatan meneliti perkara ini. Mungkin pihak keselamatan boleh bertanya dengan pakar psikologi, apa implikasi jika perkara ini dihalang. Apalah salahnya meluluskan perarakan itu seperti mana meluluskan permit perarakan maulidur-rasul.

Sekiranya pihak keselamatan memberi ruang untuk mereka berarak…saya pasti ia akan aman. Tambahan pula para demonstran tahu tatatcaranya. Sebab ini bukan perang. Ini bukan demonstrasi antara dua pihak yang betelaga. Ia adalah demostrasi yang hanya membawa beberapa helaikan kertas untuk diserahkan kepada Istana. Helaian kertas yang menuntut rasa CINTA TERHADAP BAHASA IBUNDA sebagimana rasa cinta melalui sepanduk yang diarak semasa perbarisan Raulidur-Rasul

Sepatutnya pihak keselamatan berkerjasama dan berbincang dengan Unit Amal, bagaimana menjadikan himpunan ini berjaya dan aman. Kalau ini yang berlaku, pihak polis dapat jimatkan belanja dan Imej polis akan dapat diperbaiki di mata masyarakat sepertimana imej polis di negara-negara barat yang mesra dengan rakyat.

forumsiasahDato’ Bung Mokhtar  (MP Kinabatangan, Sabah) merasa sedikit kecewa kepada partinya apabila  berlaku ketidakseimbangan antara pembangunan di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Ini adalah rentetan  daripada projek infrastruktur yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional (BN) belum dilaksanakan sehingga hari ini.

Namun jika dilihat daripada kenyataan media Ketua Menteri Sabah bertarikh 11 November 2008, Sabah sudah membelanjakan kira-kira RM9.406 billion sejak 2006 sehingga 31 Oktober 2008 dimana sebanyak RM3.85 bilion untuk tahun 2006, RM3.905 bilion (2007) dan sebanyak RM1.65 bilion daripada peruntukan sebanyak RM3.563 bilion (setakat 31 Oktober 2008).

Persoalannya ialah sebegitu banyak duit telah dibelanjakan, namun batang tubuh pembangunan semacam tidak banyak kelihatan. Jalan-jalan kampung sekitar Kota Kinabalu pun, masih banyak belum bertar. Jalan Sepulut-Kalabakan, sampai hari ini belu siap.

Mungkin apa yang dinyatakan oleh Bung

“Kita timbang untuk adakan pilihan raya kecil sekiranya itulah caranya untuk senangkan rakyat”,

merupakan cara terbaik untuk mempercepatkan peruntukan pembangunan seperti mana di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.

Fikir-fikirkanlah

Tengku Razaleigh Hamzah

forumsiasahDatuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah. “Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. “Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Tun Dr Mahathir Mohamad

Undang-undang membolehkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)… ini undang-undang,” katanya.

Berhubung soalan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) sewajarnya telah dibubarkan, bekas Presiden umno itu memberitahu, DUN Perak seharusnya telah bertemu dan memutuskan undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana ia satu-satunya cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinannya.”Bagaimanapun jika Menteri Besar (Nizar) enggan mengadakan sidang DUN, tiada siapa yang boleh memaksa beliau,” katanya.

Prof Dr Abdul Aziz Bari

Pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kedudukan pada masa ini berada dalam keadaan Perlembagaan tidak ‘berkata’ apa-apa dan tidak menawarkan apa-apa bagi menangani krisis yang berlaku.

“Dalam kes seperti ini, Sultan perlu menggunakan kuasa-kuasa simpanan yang ada padanya. Menang benar kuasa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan tetapi dalam menangani krisis seperti ini Sultan mempunyai kuasa”, katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau menjelaskan, ada dua cara Sultan boleh bertindak dan satu daripadanya adalah membubarkan Dewan

“Satu cara lagi adalah Sultan membatalkan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan kemudian membubarkan dewan undangan negeri,” katanya.

Beliau berkata, krisis itu boleh berlanjutan selama mana Mohammmad Nizar enggan untuk mengosongkan jawatannya yang boleh menimbulkan persoalan berhubung kesahan kerajaan baru. Undangan Negeri (DUN) walaupun tanpa nasihat seorang Menteri Besar.

KESIMPULAN

Maksudnya, Sultan tidak boleh memecat tanpa membubarkan DUN.

Nampaknya Dr. Zambry akan membuat sejarah baru dalam politik negara apabila menjadi “MB Perak” paling singkat.

Mungkinkah Tuanku mendapat nasihat daripada Konspirator Jahat. Sila baca DI SINI


TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.