Anjung ABUAIMAN

Archive for the ‘Lain-Lain’ Category

Salam semua

earthourEntahlah malam ini. Apa akan jadi dengan kempen Earth Hour. Setiap bangunan dan facility yang menggunakan tenaga, dikempenkan untuk di Switch offkan selama satu jam. Tujuannya adalah untuk member kesedaran tentang betapa gas rumah kaca sudah mengancam kestabilan Iklim dunia. Cuaca yang tidak menentu dan kecairan ais di kutub disebabkan pemanasan Global adalah angkara  kandungan karbon dioksida(CO2) yang dilepaskan oleh aktiviti manusia, ditahap membimbangkan. Sukacita dimaklumkan bahawa CO2 mempunyai daya serapan yang tinggi ke atas bahang/radiasi yang mempunyai gelombang berjarak 1.6, 2.0, 2.7, 4.3 dan 15 mikrometer (1 mikron = 1/10 ribu cm).  Sinaran matahari yang masuk berjarak antara 0.1 – 4.0 mikrometer dan bahangan bumi antara 0.5 – 30 mikrometer. Bahangan bumi dalam kategori 4.3 dan 15 ikron itu amat cekap diserap oleh lapisan CO2 yang sudah banyak di atmosfera.co2serapan1Serapan berterusan bahangan bumi oleh gas CO2 akan menghalangnya daripada sempadan atmosfera. Gas ini menjadi kemaruk -terpenjara dan bertindak sebagai oven atmosfera-bumi.  

Perhatikan sahaja Graf dibawah mengenai kandungan Co2 di atmosfera.co2a

Lalu ada mungkin yang rajin bertanya apa kaitan kempen mati lampu (Earth Hour) dengan gas CO2. Begini, di Malaysia TNB dan SESB serta pembekal tenaga kebanyakannya menggunakan bahan fosil iaitu Diesel disamping arang batu untuk menjanakan tenaga. Bahan ini bila dibakar selalunya tidak lengkap menyebabkan ia akan menghasilkan gas seperti CO2. Jadi mematikan lampu selama sejam bermakna bahan fosil tidak dibakar selama sejam. Maksudnya, selam sejam kita bebas dari membebaskan CO2.

co2b

Sekiranya kita tidak bertindak dan membiarkan situasi ini berterusan (telahpun terjadi kini) ,  sudah pasti segalanya berubah. Mungkinkah ini dikatakan penghujung zaman. Mungkinkan ini akan menyebabkan sistem bumi akan gagal berfungsi. Mungkinkah kegagalan sistem bumi ini akan menyebabkan kegagalan sistem alam semesta. Mungkinkah kegagalan sistem alam semesta akan menyebabkan GONCANGAN ALAM SEMESTA, matahari akan terbit dari sebelah barat.

Maka insaflah kita.

P/S : cuma malam ini saya tidak matikan lampu sebab semalam kami telah patuhi kempen selama 3 jam. 6.40 – 9.oo malam. sudah lebih dari sepatutnya.

Sebagai pelanggan tegar Celcom Blue, pengguna akan mendapat waktu solat dan peringatan dari Hadis-hadis pilihan. Beberapa hari lepas satu Hadis telhan dikirimkan kepada saya mengenai Hak sesama muslim ada 6 (Hadis Baihaqi)

  1. Memberi Salam
  2. Memenuhi Undangan
  3. Memberi Nasihat
  4. Mendoakan Orang Yang Bersin
  5. Ziarah Orang Sakit
  6. Mengiring Jenazah

Semoga kita dapat memenuhi tuntutan ini sesama saudara kita

Kepada semua perokok…merokoklah untuk menjadi manusia seperti gambar dibawah

smooking

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan. Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

BEBERAPA KESALAHAN

  • KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  • KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber’T-Shirt’ berlengan pendek.
  • KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  • KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  • KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  • KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya ,ketika berenang dsb
  • KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  • KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  • KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
  • KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.

aurat1

aurat21

aurat3

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lepas

Sumber  : http://www.zaharuddin.net

Sumber : http://hamirdin.blogspot.com/

Assalamualaikum, Rukun Islam yang kedua ialah solat. Atau sembahyang. Ini adalah suatu tugas yang difardhukan kepada semua orang Islam. Pentingnya solat ini sehinggakan perintah mengenainya diambil sendiri oleh Rasulullah s.a.w. langusng dari Allah semasa isra’ dan mikraj. Masa yang diambil untuk solat tidak lama. 5 minit paling maksima. Tetapi ia bersifat berulang ulang 5 kali sehari sepanjang hayat.

Saya seru kepada semua orang Islam sedunia, atau kalau ada muslim di angkasa lepas sana, untuk mengerjakan solat seperti yang diajar oleh Muhammad s.a.w.

Tetapi ibadat solat inilah yang paling banyak ditinggalkan oleh umat Islam. Ada yang meninggalkan 1 solat. Ada yang 2. Ada yang 3. Ada yang 4. Ada yang 5. Ada yang meninggalkan solat 1 hari. Ada yang 1 minggu. Ada yang 1 bulan. Ada yang 1 tahun. Ada yang bertahun tahun. Ada yang berdekad. Dalam kebanyakan keluarga di dunia ini, bukan semua, ada sahaja ahli keluarga yang meninggalkan solat. Kalau tidak anaknya, bapanya. Kalau tidak bapanya, emaknya. Datuknya. Neneknya. Cucunya.

Perhatikan keluarga anda. Saya berdoa janganlah ada diantara ahli keluarga kita yang meninggalkan solat. Latihlah mereka dari kecil untuk mengerjakan solat. Peringatkan mereka untuk mengerjakan solat sehingga ke liang lahad.

Saya berdoa semua muslim yang membaca tulisan ini tetap teguh mengerjakan solat. Kalau ada yang tertinggal, saya berdoa agar Allah mencampakkan hidayahNya, inayahNya, rashadNya serta rahmatNya kepada anda. Semuga tulisan ini menusuk qalbu kita semua untuk tunduk kepada Allah.

Saya tidak pasti sejauh mana betulnya arah Qiblat yang ditentukan oleh Kompas Qiblat. Ada dua kes arah Qiblat yang ditentukan menggunakan Kompas Qiblat semacam silap arahnya. Surau Sekolah Sains Sosial UMS misalnya, arahnya telah diujibetulkan oleh pihak Masjid UMS tetapi apabila saya cuba verifikasikan menggunakan map di QIBLATLOCATOR …astaghfirullah. Lamanya sudah kita sujud ke arah yang agak jauh tersimpang. Begitu juga dengan masjid bandar Tawau.

Oleh itu ujibetulkan kedudukan arah Qiblat anda sekarang. Layari http://www.qiblalocator.com/

qiblat

Isu mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah semacam timbul macam cendawan apabila BPR dinaiktarafkan menjadi Suruhanjaya. Jika benar dakwaan GERAK mengenai salah laku Menteri Besar Selangor mengenai penggunaan wang kerajaan untuk membeli lembu untuk di dermakan kepada Bandar Tun Razak atas kepentingan peribadi, siasat hingga ke akar umbi. Bukan setakat menteri besar selangor tetapi semua menteri besar dan ketua menteri di Malaysia. Bersihkan Malaysia daripada pemimpin rasuah dan korup.

Jangan biarkan ada pemimpin yang korup memimpin kita


TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.