Anjung ABUAIMAN

  1. Tepat jam 6.28 malam 25hb lalu , bilal telah meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala  Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan  penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan  serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa  United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid  berdekatan. Untuk makluman saudara sekalian, Taqwa United sedang ketinggalan 3-0  oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City  iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Tamak meletakkan  pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat.
  2. Strategi  3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang  barisan pemain muda United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan  rangkaian serangan emas yang dibarisi David Serakah, Carlos Tamak, Mario Berahi  dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30  gol setiap hari). Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir  Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido  Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau  Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United.
  3. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros, Yaya TakIngatDosa dan James Maksiat yang menggunakan kaum Hawa  sebagai alat menganggu konsentrasi pemain Taqwa United terutama di sudut padang  sekitar pusat membeli-belah dan bazaar Ramadhan. Begitu juga dengan rangkaian  serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam(MM), MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu  pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho Kolo TidoLajak dan dibantu oleh  Jerome BosanBeribadah, JBB. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu  mengelakkan diri daripada terus diselimuti tembok besar pasukan Nafsu City itu agar gol-gol kemenangan dapat dijelmakan.
  4. Namun penganalisa tempatan begitu  optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam  separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang  digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di  Aidilfitri. Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat  mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit  terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka  untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan  pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar  Juara.
  5. Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula  memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.
  6. Siapakah  yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang  berbelanja besar, Nafsu City musim ini ? Jika kemenangan bertukar tangan maka  imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan  untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat. Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawanan akhir ini.
P/S : Sketsa ini saya perolehi daripada sahabat seperjuangan alumni Universiti Malaya. Saya ucapkan terima kasih kepada insan yang menukilkan sketsa ini. Cuma saya tidak tahu sumbernya untuk diletakkan di sini. Semoga penukil ini sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Kali pertama saya berkunjung ke tanah Jawa, Jakarta namanya. Atas urusan untuk menjalinkan hubungan antara Universitas Nasional Indonesia (UNAS) dengan Sekolah Sains Sosial, UMS.

Hari Rabu, kami menjadi tetamu Bupati Kabupaten BOGOR yang kini sedang merayakan hari ulangtahu ke 528. Cukup tua tamadun ini. Adalah cukup enak pabila menjadi tetamu ketua kabupaten.

Kalau di Malaysia taraf manusia yang diiringi polis terkhusus untuk ketua-ketua negara dengan siren polis. Dalam sejarah hidupku di dunia, inilah kali pertama saya berserta rombongan diiringi oleh polis kemana jua. Kalau dari Jakarta ke Bogor kebiasaanya mengambil masa 2 – 5 jam, tetapi kami atas kapasiti tetamu VVIP Bupati BOGOR, lancar saja perjalanan. Semua kereta harus ketepi memberi laluan kepada kami.

Setibanya kami ke Taman Safari Bogor, apa yang mampu saya katakan…tempat percutian yang tiada tolok bandingan. Rasanya Afamosa Melaka, mungkin mendapat idea daripada sini. Mengembara di lubuk harimau, beruang dan ratusan binatang lain. Disamping disajikan dengan taman tema air yang cukup cantik, air yang bersih berpunca dari gunung.

  • In: MyFamily
  • Comments Off on KAD AIMAN untuk UMMUNYA


  • In: MyFamily
  • Comments Off on KAD FATIN untuk BONDANYA
  • In: MyFamily
  • Comments Off on SELAMAT HARI IBU buat BONDAKU & ISTERIKU

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu

Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku

Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu

Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku

Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu

Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Entahlah……….entahlah, bila aku perlu berubah,
Menjadikan ibu ibarat Permata…..

SELAMAT HARI IBU

BUAT BONDA KU TERSAYANG & ISTERI TERCINTA


  1. Agak terlalu lewat untuk saya bercerita mengenai zuriatku yang baru menghirup udara dunia. ANIS BATRISYIA, nama yang dipilih untuknya setelah berbagai nama yang dicadangkan oleh Aiman, Fatin dan Atiqah. Namun pilihan umminya juga yang berjaya didaftarkan pada 26 April 2010 di Pejabat Pendaftaran Negara cawangan Hospital Likas.
  2. Anis, anakku yang agak lama ditunggu kelahirannya. Kedua-dua mertuaku sudah datang berkampung dua minggu awal dari tarikh jangkaan. Dengan harapan dapat menyambut cucunya. Namun hajat mentua lelakiku tidak kesampaian kerana terpaksa pergi ke Kuala Lumpur. Cuma kali ini yang ada bersama ialah ibu mentuaku bersama adik iparku yang bungsu, Bibi namanya.
  3. Anis lahir 10 hari lewat daripada tarikh jangkaan berbanding  dengan abang dan kakaknya yang lahir awal.  Dilahirkan pada jan 11.17 am pada hari jumaat bersamaan 2 JamadilAwal 1431H (16 April 2010), merupakan anak ke-4. Kali ini saya tidak sempat menyambut kelahiran Anis kerana  tiba sedikit lewat di bilik bersalin . Ditengah kesibukan jururawat menyambut kelahiran, tanpa lengah ku azan dan iqamah ditelinga bayi.
  4. Anis dikira bertuah kerana tidak perlu untuk bermalam di hospital kerana dibenarkan pulang pada hari yang sama.
  5. Hari ini, Anis genap berumur 15 hari. Beruntungya dia kerana satu-satunya anakku yang ditahnikkan oleh dua ulama besar di Sabah iaitu Ust. Nahar (Mantan Imam Masjid Negeri Sabah) dan Ust. Nik Anwar (Pengamal Perubatan Islam). Terima kasih kepada mereka berdua kerana sudih mentahnikkan Anis. Cerita lanjut mengenai majlis pentahnikan Anis, telah dikeudarakan oleh Naqib usrahku, Ustaz Akmal dalam AbuNuha Corner. Sila Klik
  6. Tidak lupa pada Bonda kesayanganku yang sudi datang sejauh 500 km demi untuk menyediakan juadah kesyukuran majlis tahnik untuk cucu kesayangannya.

  1. Saya tertanya-tanya bila hendak selesai masalah ini. Sudah terlalu lama. Sudah berapa orang ADUN yang jadi wakil tapi masih tidak selesai.
  2. Seingat saya, pada tahun lepas En. Jumat, Ketua UMNO Sepangar membuat janji yang diterbitkan dalan DailyExpress bahawa masalah ini akan diselesaikan tahun ini.Entahlah mungkin dia lupa. Kalau dia lupa harap dia ingat janji ini
  3. Hanya kalau benar ingi diselesaikan, jangan hanya hantar backhoe untuk korek sedimen dalan parit. Tiada gunanya sebab kontraktor hanya korek dan letak di tebing. Apabila hujan turun, sediment itu akan masuk balik dalam sungai. Orang kedah kata ” Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu”
  4. Kalau yang berjanji mahu tahu apa masalah di lokasi tersebut ialah parit tersumbat.  Air keliru mahu keluar ke mana. Oleh kerana air keliru, maka ia “duduk termenung” selama 4 – 5 jam di simpang masuk Taman Sepangar.
  5. Kalau jalan keluar air dapat diatasi, tidak perlu hantar backhoe untuk korek sedimen. Banyak duit rakyat akan dapat dijimatkan.
  6. Kalau tidak percaya, turun sendiri semasa banjir. Kalau mahu tahu bila berlaku banjir, tunggu hujan lebat sekitar 1 – 2 jam, confirm banjir.

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.