Anjung ABUAIMAN

Posts Tagged ‘Fasiliti

Hari banyak NGO di Sabah akan memulakan program pelancongan ke kawasan-kawasan yang dikatakan penduduknya dalam kategori miskin. Yayasan amal Malaysia dilaporkan akan ke Kawasan Nunuk Ragang di Ranau. Kawasan ini merupakan antara kawasan petempatan terawal manusia di Sabah.  JAKIM juga akan bergerak ke Ranau, Telupid dan Sandakan. Semuanya atas tujuan mencari redha Allah untuk berkongsi kesusahan dengan penduduk yang jauh dari mengecapi kemajuan.

Pelajar kami juga tidak ketinggalan. Mereka akan ke Kg. Pinangah, satu kampung di pedalaman Telupid. Kalau musim hujan turun, diberitakan masa untuk sampai ke perkampungan tersebut mengambil masa sehingga 5 jam . Kami yang ditugaskan untuk mengiringi pelajar tidak tahu bagaimana teruknya jalan tersebut. Tetapi sebagai ahli geografi, kerja lapangan yang berhadapan situasi sebegini adalah suatu yang lumrah. Dilaporkan penduduk bergantung dengan enjin lampu sendiri yang sering rosak. Masalah ini menyebabkan pihak sekolah kami dermakan sebuah genset 2 bulan yang lepas.

Oleh itu misiku selain daripada mengiringi pelajar, juga ingin kulihat bagaimana peritnya penduduk kampung di sana dan berpuasa dengan mereka.  Teringat saya semasa di Universiti Malaya yang membuat Khidmat Masyarakat di perkampungan orang asli di Kuala Kerling.

Tags:

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.