Anjung ABUAIMAN

Posts Tagged ‘Politik

Sekarang terlalu banyak orang yang sakit kepala. Kalau sebelum ini tiada sakit, sekarang ini sudah ada. Kalau dulu tiada orang yang berasa gementar, tetapi kini sudah ada yang berasa gementar. Kalau dulu tiada aktiviti lawatan sambil belajar oleh BNBC ke luar negara, tetapi kini sudah ada. Kalau dulu tiada menteri yang sangsi dengan ahli parlimen Sabah dan Sarawak, tetapi kini sudah ada. Terlalu banyak persitiwa yang sebelum ini TIADA, tetapi sekarang ini SUDAH ADA. Semuanya gara-gara Tanggal yang menjadi penantian kebanyakan orang………. 16 SEPTEMBER.

Sejauhmana benarnya peristiwa 16 SEPTEMBER ini, semuanya berada dalam pengetahuan Allah s.w.t. Samada benar atau tidak, yang pastinya Sdr Anwar Ibrahim sudah berjaya ke atas perang psikologinya. Ini kerana diperingkat awalnya ia solah-olah mainan politik dan BN menganggap ia sekadar satu pembohongan. Saya juga merasakan begitu selepas beberapa insiden terutamanya apabila sdr Anwar Ibrahim berjanji akan mengumumkan penghijrahan seorang dua MP BN semasa perhimpunan KEADILAN di Kelab Sultan Selangor. Namun tiada pengumuman dibuat.

Tetapi kini, 16 SEPT seolah-olah semacam akan berlaku menyebabakan politik hari ini terlalu kalut. Kekalutan ini ditiup dengan kebenaran yang diberikan oleh bakal Perdana Menteri Malaysia  2010 kepada BNBC untuk pergi bercuti 16 September ini. Ini suatu kehairanan kerana adat kebiasaanya ,disaat bulan puasa inilah MP BN akan meluangkan masa dengan jamaah surau di kawasan mereka. Ditambah lagi dengan, terdengar cerita bahawa bukan MP Sabah dan Sarawak (yang tidak menandatangani janji taat setia )sahaja yang  akan berhijrah malah  ada di kalangan MP BN dari Semenenjung  yang diketuai oleh  salah seorang Naib Presiden UMNO juga dikatakan akan menyokong bekas ketua Team Wawasannya dulu. Keadaan ini membuatkan parti-parti sahabat UMNO  dalam BN mula menimbang untuk bersama BN dengan menggunakan isu Immigran Cina sebagai alasan.

Apapun yang terjadi, 16 September pasti akan tiba. Sekiranya benar, BN akan berkubur. Tetapi jika ia tidak benar, satu bentuk kepercayaan baru mungkin berputik terhadap pakatan rakyat. Rakyat mungkin akan menilai semula cakap-cakap politik para pemimpin pakatan rakyat.

Tags:

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.