Anjung ABUAIMAN

Posts Tagged ‘Solat

Hari ini tanpa kita sedari sudah menjejak ke hari 13 ramadhan dan september. Menunjukkan kita sudah betarawih selama 13 hari dan berpuasa selama 169 jam daripada 312jam yang berlalu. Persoalannya adakah 169 jam itu kita benar-benar telah memenuhi tuntutan puasa…itu sendiri mau jawab.

Apa yang cuba dibangkitkan disini mengenai kisah-kisah surau dan masjid yang mengadakan solat tarawih. Kini sudah menghampiri pertengahan¬† Ramadhan dan nampaknya sof jamaah juga sudah mula menyusut sehingga ke saf pertengahan. Kalau dulunya sesak melimpah, kali ini rasanya terlalu banyak ruang yang kosong. Sepatutnya di fasa II yang menawarkan pakej PENGAMPUNAN DARIPADA ALLAH sepatutnya menjadi rebutan. Kenapa, sebab diliuar Ramadhan kita tidak begitu terjaga dan banyak dijangkiti oleh dosa-dosa. Oleh itu 10 hari fasa pertengahan ini hendaklah direbut dan mohon dengan bersungguh untuk diampunkan dosa sebelum pakej ini berakhir….namun ramai yang tidak begitu peka dengan hal ini. Faktornya mungkin, Imam-imam yang dilantik tidak begitu memahami keaadaan makmum. Perlu diingat bahawa 80% jamaah yang hadir adalah orang baru menjinak-jinakkan diri dengan solat di surau. Pak imam kena sedar yang Jamaah baru ini ramai yang tidak tahan berdiri. Jadi kalau pak imam baca terllau panjang, terpaksalah diurut betis bila bali dari terawih dan esoknya solat sendiri dirumah. Ada pula kisah yang pak imam terllau mengejar 20 rakaat sehinggakan bacaan macam Air Asia. Akhirnya bacaan tidak memenuhi syarat, kita dapat penyakit semput dan pahala dikurangkan.

Namun semalam saya cuba ke Surau SESB bersebelah dengan taman saya. Agaknya jumlah jamaah sedikit bertambah. Solat dipimpin oleh seorang hafiz muda yang dikeluarkan oleh madarasah Sri Petaling (Tabligh). Perwatakannya cukup mempersonakan. Sejuk mata memandang. Rasanya imam ini memahami makmum. Bacaan daripada surah yang terpanjnag tetapii mungkin satu muka surat al-Quran dibahagi 2. Nampak perjalanan tarawih begitu teratur dan tenang. Mungkin imam-imam Hafiz lantikan perlu meniru dan belajar daripada surau SESB ini.

Inilah wajah-wajah masjid kita. Ada yang terllau mengejar menghabiskan 30 juzuk, tidak kurang juga yang terllau mengejar jumlah 20 rakaat. Tapi jarang orang yang mencari ketenangan dan menjadikan tarawih itu sebagai ibadah rehat..fikir-fikirlah

Tags:

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.