Anjung ABUAIMAN

EMPANGAN KAIDUAN & TAHUN 2013

Posted on: November 5, 2009

  1. Lama juga saya tidak memblog, membiarkan sahaja laman ini tidak mengembang. Cuma saya terbangun,  apabila isu pembinaan empangan Kaiduan, di ulu Sg. Papar menjadi perbincangan hangat di Forum Sabah.
  2. Isunya ialah apabila orang kampung yang terlibat dan dibantu dengan NGOs dan di sokong oleh beberapa parti politik semacam tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk membina empangan di kawasan mereka. Pembinaan ini, dilaporkan akan menenggelamkan kawasan yang luas yang melibatkan kehilangan warisan tanah adat yang besar termasuk kubur warisan nenek moyang mereka.
  3. Cuma saya ingin memberikan gambaran kepada semua pengunjung blog ini melalui lakaran graf mengenai status permintaan dan penawaran air di Kota Kinabalu.
  4. Cukup menakutkan. Kenapa……perhatikan data tahun 2014.

AirKK

  1. Melalui unjuran yang telah dibuat oleh Jabatan Air,  Kota Kinabalu akan mula merasai kesan kekurangan air bermula tahun 2013 iaitu 4 tahun dari sekarang. Keupayaan loji-loji rawatan air sedia ada yang membekalkan air ke Kota Kinabalu, sudah tidak berupaya menjana air yang mencukupi bila mana penggunaan air sudah melebihi keupayaan loji yang ada.
  2. Bagi menghilangkan kerisauan, sudah pasti ada tindakan perlu di ambil. Tindakan-tindakan ini sudah pun di”warta”kan dalam Pelan Induk Sumber Air Sabah 1994. Salah satu tindakan bagi mengatasi masalah kekurangan air ini ialah pembinaan empangan Kaiduan di ulu Sg. Papar.  Selain empangan Kaiduan, banyak lagi empangan yang akan dibina (Sumber laman JPS Sabah)

DamProposedInSabah

  1. Cuma, dalam isu pembinaan empangan Kaiduan, ada beberapa persoalan yang terbangkit. Pertama : Kenapa kerajaan negeri lambat memberi penjelasan kepada 11 kampung yang terlibat, padahal keputusan ini sudah ada pada tahun 1994. Kedua : Kenapakan parti politik dan NGOs terlalu ghairah untuk “membatalkan” projek ini sedangkan mereka tahu, kita akan berhadapan dengan krisis air menjelang 2013. Kenapakah mereka tidakn memberikan pilihan alternatif untuk membantu penyelesaian.?
  2. Pada hemat saya, pembinaan empangan ini penting sebagai simpanan air dalam menghadapi masa-masa krisis kerana kapasiti simpanannya bersamaan 3 kali empangan Babagon.
  3. Kalau ia tidak dibina, apa sumber alternatif lain yang boleh menyelasaikan krisis air yang bakal tiba. Kita hanya ada baki 4 tahun lagi untuk berhadapan dengan krisis.
  4. Sekiranya tiada penyelesaian, mungkinkah kita terpaksa bersaing/beparang untuk mendapatkan air bersish. Mungkinkah kita hanya dapat mandi 2 kali seminggu. Mungkinkah tandas kita akan berbau sengit. Mungkinkah tida pembangunan dapat dijalankan. Mungkinkah harga air akan semakin mahal. Mungkinkah, dalam keadaan terpaksa kita terpaksa gunakan air tidak terawat. Atau mungkinkah……mungkinkah……mungkinkah……mungkinkah……
  1. Semua kemungkinan-kemungkinan ini boleh berlaku kerana ia telah berlaku dikawasan yang menghadapi krisis air. Mahukah ia berlaku kepada kita. Fikirlah sendiri sebelum bertindak….

12 Responses to "EMPANGAN KAIDUAN & TAHUN 2013"

ya…betul 2.fkr baik2 la kan.drng kata pembinaan ini akan menutup punca pendapatan orang kg.salah satuny punca pendapatan penangkapan ikan akan pupus.tp yang sy hairan kan sungai papar dari kg kogopon sampai di mata air ni sungai papar ditagal.

cuba kita berfikir sejenak.. bayangkan anda berada di tempat penduduk yang akan terlibat dan berlainan agama dan bangsa dan budaya? apa akan anda lakukan?? renung-renung kan lah.

Pada pandangan saya,kata sepakat dan keseimbangan perlu ada dalam membuat suatu keputusan. maksud saya di sini, pihak kerajaan perlu memberikan imbalan yang setimpal kepada penduduk kampung yang terlibat dengan pembinaan empangan kaiduan,jika itu yang akan berlaku. contohnya, kerajaan perlu menyediakan rumah yang telah siap untuk penduduk kampung berpindah,sedikit pemberian bantuan kewangan secara tunai mengikut lot-lot tanah orang kampung yang diambil mengikut kiraan harta tanah, dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam lainnya sebagai ganjaran dan keselesaan kepada mereka. Kerana bukan mudah untuk kita mulakan hidup baru di tempat baru. contonya, penduduk terpaksa bekorban tenaga untuk memindahkan barang-barang, kerja lagi satu hal, keselesaan anak-anak lagi 1 hal, oleh itu banyak perkara kita kena ukur.Saya yakin bahawa pihak NGOs yang cuba masuk campur dalam hal ini tidak akan mampu untuk mempengaruhi masyarakat kampung. masyarakat kampung sebenarnya amat matang dalam membuat keputusan, atas sebab itu, penduduk seolah-olah melengah-lengahkan pihak kerajaan. walhal,pihak kerajaan seharusnya lebih peka dengan kehendak dan keperluan masyarakat. Perumpamaan ini seperti sorang anak yang ingin meminta sesuatu, sikap malu2 itu perlu ada. Bak kata pepatah, mana ada orang yang mahu mengaku berak di jalan walaupun dia yang buat.So kena faham2 lah. Berkenaan dengan tanah perkuburan ahli-ahli keluarga orang kampung, peranan dan khidmat juru agamah atau para agamawan amat diperlukan di sini. mereka perlu menerangkan apa impak dan kesan pada roh arwah sekiranya ini berlaku. Ramai penduduk akan membangkitkan isu ini, kerana mereka akan beranggapan bahawa tindakan mereka untuk membina empangan akan menjejaskan kesejahteraan roh si mati.Golongan agamawan tentu tahu apa yang mana benar dan salah,kerana saya pun kurang arif dalam bab-bab ini.Perlu rujukan kitab-kitab mengikut ajaran masing-masing. Keseluruhannya, pihak kerajaan harus deal dengan pelbagai pakar,iaitu sama ada dengan golongan agamawan, para ilmuwan, juru ukur, pihak bank, dan yang berkaitan dengannya.

Projek penilaian empangan Kaiduan..sememangnya 1 isu hangat..hal ini kerana ia melibatkan beberapa pihak antaranya pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga penduduk kampung..
ehm..let me express my view..empangan kaiduan adalah satu ‘projek bekalan air sabah pada tahun 1987’..projek ini adalah satu langkah pihak kerajaan untuk membekalkan air kepada masyarakat sabah..tidak dinafikan ia adalah satu projek besar kerana ia memakan keluasan hutan yang besar malah terdapat beberapa kampung terpaksa ditinggalkan. ini sememangnya menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan penduduk kempung tersebut..penduduk tengah ‘hot’ sekarang dengan pihak kerajaan..malah terdapat NGO yang terlibat sama dalam hal ini.yg sapport orang kampung..(ok juga utk kita wat penilaian yang lebih jauh)
‘hot’ tersebut disebabkan beberapa faktor:
1. projek ini tidak di bagi tahu secara ‘detail’ kpd penduduk kg.
2. sebagai sumber pendapatan penduduk..(hutan)
3. faktor terbaru “tanah adalah warisan turun-temurun”..

Pendapat saya, isu tanah adalah tanah pusaka…mmm..yup 2 adalah point yg ‘meletup’..sebab jika dilihat dari segi faktor sejarah nenek moyang dulu2..kita pat lihat bahawa tanah adalah sangat di pertahankan..klo boleh tanah dipertahankan sekuat..atau semampu yg boleh..like..’langkah mayat tuan punya dulu baru GO AHEAD’..nah dat it da point..da jadi adat g2..
But..let us think what happen to Sabah people if we dont have some water? think when perubahan iklim terjadi like ‘kemarau’..no rain..no water..n imagine that tyme 2 our country face ‘krisis ekonomi’..di mana sekarang pun ‘inflasi’ berlaku..sudah semestinya nilai mata wang kita sangat rendah…

Jika problema itu dikaitkan dengan projek empangan Kaiduan..i frankly believe that we live in suffer..

why????bcoz..empangan kaiduan adalah satu opportunity bagi kita untuk hidup..tanpa air kita tidak boleh melakukan sebarang aktiviti fizikal, ekonomi, spritual, dll..malahan mungkin masalah kesihatan akan meningkat..(confirmlah).water is very imfortant bha..

Tetapi pihak kerajaan much ambik peduli tentang kebajikan orang kampung yang terlibat..terangkan secara detail berdasarkan impak2 pembinaan empangan ini di masa akan datang..then..bukan 2 sahaja..kena ada inisiatif like beri pampasan, sediakan tempat baru..yang setimpal dengan pengorbanan mereka tinggalkan kampung halaman yang sudah sebati dengan mereka..n da most important is gov jgn wat janji kosong..janji2 mesti dikotakan..

Berkenaan dengan pandangan saya berkaitan dengan ‘tanah pesaka’..yup saya setuju juga dengan orang kampung tapi jika kita lihat berdasarkan perkembangan semasa…khususnya dari segi pembangunan ekonomi negara..contohnya..malaysia menjalankan pembangunan infrastruktur dan bangunan untuk kesejahteraan dan kebajikan masyarakat dan pembangunan tersebut tidak dinafikan akan musnahkan hutan yang kuas dan akan ambik tanah tuan punya yang terlibat..bagi saya,da menjadi satu kebiasaan bahawa orang kampung akan tunduk dengan apa-apa pembangunan yang akan dilaksanakan oleh pihak gov..walo dari awal terdapat bantahan teruk tapi kuasa adalah terletak di tangan tertinggi..(gov)
tp gov ingatlah juga kuasa yg diberi kena guna sebaik mungkin..boleh di wat kesimpulan bahawa sekuat mana kita mempertahankan tanah pusaka pihak kerajaan yang under control semuanya..

..oleh itu,,orang kampung kena bersikap positif dengan pembinaan empangan ini kerana akhirnya empangan kaiduan ini memberi kebaikan kepada kita..

E2 cuma pandangan saya bagi orang baru nak belajar nak kembangkan pa yang difikirkan..harap empangan kaiduan ini dapat diselesaikan dengan baik dan setiap orang akan berpuas hati dengan keputusan tersebut…:P

komentar sal isu kaiduan…sbnrnya kami kena present sal isu kaiduan…so blh jgk kongc komen nya..isu kaiduan dikatakn slh satu isu “hot” bak kata c Lauraida dan sue…setuju jgklah..sbb klo tak hangat gini kita x kan tau betapa pentingnya pembangunan yang seimbang dengan kebajikkan ekologi…disini ingin saya katakan..masa skrg klo mau hdup senang kita harus korbankan..p berbaloikah pengorbanan khazanah hutan yang menjadi sumber segala sumber kita (manusia khasnya) untuk pembangunan??? so, saya rasalah..klo mo wat perbincangan aman memang susahlah..p penjelasan yang tepat, padat dan yang BENAR harus dilakukan oleh pihak2 yang telibat dalam perlaksanaan projek ini…bukan apa.. ada yang saya maklumat yang saya baca mengatakan baha empangan kaiduan ini akan membekalkan sebanyak 12000 liter air/day kepada kota kinabalu sahaja tapi ada juga maklumat pembacaan yang saya dpt mengatakan empangan ini dapat membekalkan bekalan air tuk kk,tuaran, pinampang, putatan dan papar sehingga 2050…nah….mana satu yang betul ni?…siapa yang salah ini..nak caya pun xtau yang mana satu…makanya,penjelasan itu harus yang jujur supaya kami pun tidak keliru…perlaksnaan projek itui boleh diteruskan sebenarnya klo kita setuju…klo mau seimbangkan dengan kebajikkan alam memang sukar…cuba kita ingat..dahulu…xda bangunan2 pencakar langit, stadium2 yang besar…kompleks membeli belah,kompleks pentadbiran klo kita x mengekplotasi alam…memang jauh kita(Malaysia) ketinggalan…pembangunan itu bangus sebenarnya..untuk kita jugak…p kebajikkan penduduk sekitar yang terlibat dengan projek kaiduan itupun harus dipertimbangkan..lagipun isu ini msh dalam perbncgn lagi..bincanglh hbs2 supaya same2 kita dpt mannfaatnya…semua xmo krisis air yang diramalkn melanda Sabah pada tahun 2013 berlakukan…bah..tepuk dada tanya dirilah..

terima kasih kepada penulis blog ini. bagi saya, pembinaan empangan kaiduan ini memang baik untuk keselesaan rakyat. tetapi anda lupa, bahawa kita masih mempunyai alternatif untuk membekalkan air kepada KKdan sekitarnya seperti membina empangan di kawasan yang tidak mempunyai penempatan. anda harus faham situasi penggunaan air semasa di kk. lebih banyak pembaziran daripada digunakan sepenuhnya. memanglah peningkatan permintaan ada sebab bekalan tidak sampai kepada pengguna sepenuhnya. lagipun menurut Budget kerajaan negeri sabah, kita tidak ada dana sebanyak 2.8 bilion untuk membina empangan tersebut. ini bermaksud, kerajaan negeri akan berhutang dengan sayrikat pelaksana dan sama ada air dari empangan kaiduan digunakan atau tidak kerajaan negeri akan membayar jutaan ringgit setiap tahun kepada sayrikat. dari mana duit tersebut datang? ini semua duit rakyat akan digunakan untuk memberi keuntungan kepada sayrikat tersebut. banyak sudah alternatif yang telah diberikan oleh para pembantah tetapi sifat Egois pemimpin kita tidak menerimanya. ini bukan satu perkara baru bagi pemimpin kita di sabah..jangan menjadikan permintaan air dijadikan alasan untu mengorbankan kehidupan ribuan penduduk kampung di Ulu papar kerana masih banyak alternatif yang boleh digunakan jika kerajaan benar-benar bijak membangunkan negeri ini secara mapan.

inilah dikatakan kenapa kami membantah

KERAJAAN Negeri Sabah telah memberikan kelulusan pada Februari 2008 untuk menjalankan kajian kemungkinan dan mengemukakan cadangan teknikal untuk pelaksanaan projek empangan Kaiduan yang terletak di Ulu Papar, Sabah.

Dengan menggunakan nama yang sama, tetapi pada skala yang lebih kecil, telah disenaraikan sebagai salah satu dari 16 empangan yang dicadangkan di bawah ‘Perancangan Induk Pengurusan Sumber Air Sabah’ (WRMP).

Ini telah diumumkan pada 1990-an oleh Ketua Menteri pada masa itu, Datuk Osu Hj Sukam. Di bawah Pelan Pengurusan Sumber Air Sabah, satu Majlis Sumber Air akan diwujudkan untuk memberi nasihat kepada Menteri yang berkenaan dan juga menyelaras serta menyelia untuk memastikan sumber air di Sabah dirancang dan diurus secara wajar, cekap dan mapan. Walaubagaimanapun, Majlis ini belum diwujudkan secara formal, namun terdapat Majlis sementara di bawah Pejabat Hasil Bumi.

Proses yang telus dan betul

Kebimbangan timbul dari ketidaktelusan proses perlantikan WCT Bhd., (sebagai kontraktor) oleh kerajaan untuk mengendalikan projek Empangan Kaiduan. Ini ditambah lagi dengan perlantikan SMHB Sdn. Bhd. (sebagai pihak perunding) oleh WCT Bhd. untuk melaksanakan kajian feasibiliti awal. Majlis Sumber Air serta pemimpin, wakil rakyat dan agensi kerajaan yang berkaitan mendakwa bahawa mereka tidak diberitahu mengenai rancangan Projek Empangan Kaiduan.

Menurut SMHB Sdn. Bhd., kajian feasibiliti telah siap dan dikemukakan kepada Kerajaan Sabah pada awal 2008. Berasaskan hasil kajian tersebut, surat niat bersama dengan Kenyataan Keperluan telah dikeluarkan kepada WCT Bhd. pada 15 Mei 2009 yang meminta WCT Bhd. untuk melaksanakan kajian feasibiliti dan EIA yang lengkap dan menyediakan cadangan teknikal yang lengkap untuk pembinaan Empangan Kaiduan.

Mengikut sumber dalaman, kos menjalankan kajian feasibiliti dan kajian kesan alam sekita (EIA) yang lengkap ini dianggarkan sebanyak RM 7.6 juta dan dijangka akan mengambil masa 5 bulan. Tidak diketahui bahawa nilai ini telah dibayar kepada WCT Bhd. dan SMHB Sdn. Bhd.

Selepas itu, berasaskan kajian feasibiliti, WCT Bhd. telah menyediakan cadangan untuk membina Empangan Kaiduan dan mengazet kawasan tadahan air Kaiduan. Ini melibatkan kawasan seluas 350 KM persegi dan akan dilaksanakan serta-merta, dan 12km persegi akan ditenggelami.

Kawasan yang akan ditenggelami ini termasuk sekolah-sekolah rendah kerajaan, 3 buah taska komuniti, gereja, tempat perkuburan, dusun buah-buahan, penanaman sayuran dan padi, jambatan gantung dan gilingan padi.

Cadangan ini tidak menyebut lansung tentang kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar dan keperluan yang berkaitan pengurusan kawasan tadahan air mengikut Sekyen 34.1 Enakmen Sumber Air Sabah 1998.

Seperti yang telah diumumkan pada Mei 2009 oleh mantan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Raymond Tan, dilaporkan bahawa Empangan Kaiduan akan memastikan bekalan air yang mencukupi untuk Kota Kinabalu dan kawasan berdekatan sehingga 2050.

Tambahan pula, rancangan untuk membina Loji Perawatan Air Maang dan menaiktaraf dua loji yang sedia ada telah diluluskan oleh Kabinet Negeri Sabah pada 13 April 2009. Kos Empangan Kaiduan dan Loji Perawatan Air adalah RM 2.8 billion.

Setelah selesai dibina, adalah dianggarkan tambahan 1,200 juta litre air (MLD) sehari dapat dibekalkan kepada Kota Kinabalu. Empangan Kaiduan adalah 3 kali ganda lebih besar dari Empangan Babagon yang juga terletak di daerah Penampang. Empangan Kaiduan juga dijangka dapat menjana 37MW kuasa elektrik hidro.

Pada masa ini, bekalan air Sabah adalah 760 MLD. Dakwaan mengatakan Sabah memerlukan tambahan 1,200 MLD yang dinyatakan oleh WCT Bhd. masih tidak dapat dipastikan dan tiada justifikasi diberikan mengapa empangan mega seperti ini diperlukan.

Kurangnya data kajian untuk menjustifikasi dan ditambah lagi dengan pelbagai kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan yang dilaporkan dalam media tempatan, dimana salah satu laporan memetik kenyataan Menteri bahawa Empangan Kaiduan mampu membekalkan 20 MLD kepada Sabah.

Berdasarkan kenyataan Pengarah Jabatan Air Sabah, dibawah Rancangan Malaysia ke 9 (2006 -2010), jumlah bekalan air Sabah akan meningkat sehingga 1,180 MLD berbanding dengan 780 MLD sebelumnya.

Isu Kajian Feasibiliti

Di bawah WRMP, kawasan tadahan Empangan Kaiduan adalah seluas 233 hektar, tetapi ini telah diubahsuai kepada 320 hektar setelah kajian feasibiliti lengkap. Pindaan ini telah dibuat tanpa konsultasi/perundingan dengan pihak berkepentingan mahupun wakil rakyat Daerah Penampang dimana Empangan ini akan dibina.

Untuk membina Empangan Kaiduan, dijangka biomass dari 12 km persegi yang ditakung ini akan dibakar. Kemasukan beramai-ramai pekerja asing ke Daerah Penampang juga dijangka akan berlaku seperti kebanyakan projek pembinaan di Sabah.

Menurut SMHB Sdn. Bhd., Empangan Kaiduan akan diisi dengan batu dan mempunyai ketinggian 150m. Tiada maklumat di mana kontraktor akan mendapatkan sumber pembinaan empangan ini.

Sebuah kuari mungkin diperlukan dan ini juga memerlukan EIA dan kajian lain yang berkaitan, yang juga akan memerlukan pertimbangan dari segi kewangan dan sosio-ekonomi.

Menurut perunding, empangan ini akan disambungkan dengan sebuah terowong dengan diameter 3.75m untuk menyalurkan air ke Loji Perawatan Air yang dicadangkan di Kg. Maang. Terowong ini melalui 8 lagi perkampungan komuniti Orang Asal termasuk kampung Timpagoh, Sugud dan Limbanak yang padat dengan penduduk, sehingga sampai ke Kampung Maang.

Dari Maang, air ini akan disalurkan ke Lok Kawi kemudiannya disalurkan dengan paip air ke rumah-rumah di Penampang, Kota Kinabalu dan kawasan lain.

Memang tidak dapat disangkal/dipersoalkan lagi bahawa Kajian feasibiliti yang dijalankan hanya oleh SMHB Shn. Bhd. ini tidak ada konsultasi dengan pihak yang berkepentingan, dari wakil rakyat, pemimpin komuniti, komuniti yang mendapat kesan dan jabatan kerajaan yang berkaitan, semuanya tidak sedar / mengetahui perkara ini.

Tambahan pula, Kajian Fesibiliti tidak menyatakan sebarang bukti atau memberikan pertimbangan faktor kos kitar hayat empangan, penyelenggaraan yang diperlukan, analisa biaya dan Manfaat, Kajian Kesan Sosial, penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang, langkah-langkah pemantauan, dan langkah-langkah pengurangan (lipuran) kesan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Salinan Kajian Feasibiliti tidak diberikan kepada komuniti yang mendapat kesan mahupun wakil rakyat mereka.

Kajian Feasibiliti ini gagal membuat penilaian penyelesaiain alternatif/cara lain untuk bekalan air atau membuat kajian perbandingan sumber air yang ada di Sabah. Ia tidak mengambil kira kadar air tidak bernilai (Non-Revenue Water-NRW) yang tinggi di Sabah.

Dari 760 MLD yang dibekalkan di Sabah, pada puratanya, 67% hilang akibat kebocoran paip, kecurian, bahan serta pembinaan yang tidak baik. Usaha untuk menjalankan kempen penjimatan air seluruh negeri secara berterusan juga tidak pernah dijalankan.

Pada hujung tahun 2009, Kerajaan Persekutuan telah memberikan/ menganugerahkan kontrak untuk menjalankan kajian sumber air di seluruh negara.

Ini akan membawa kepada kajian semula Pelan Induk Sumber Air Kebangsaan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk merancang keperluan sumber air berdasarkan peta, demografik semasa dan analisa keperluan yang terbaru/dikemaskini. Ini adalah satu justifikasi yang kukuh untuk membekukan projek Empangan Kaiduan sehingga kajian semula di peringkat kebangsaan selesai.

Penempatan Semula Orang Asal secara Paksa

Sembilan komuniti yang mendapat kesan (Terian, Babagon Laut, Timpayasa, Tiku, Buayan, Pongobonon, Kalanggaan, Timpangoh dan Longkogungan) membuat keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bantahan Empangan Kaiduan pada bulan September 2009.

Jawatankuasa Bertindak mengatakan kerajaan tidak mendapatkan sebarang izin makluman awal, bebas dan telus dari komuniti dan tidak mempertimbangkan kesan alam sekitar dan sosial. Kerajaan Negeri seolah-olah tidak menghargai tanah, warisan dan kehidupan Orang Asal serta kepelbagaian biologi serta industri eko-pelancongan di kawasan yang telah sekian lama dipelihara oleh Orang Asal yang tinggal di kawasan ini.

Kesan penempatan semula seperti kehilangan tempat pemburuan dan pencarian ikan, perubahan jenis tanah tidak dipertimbangkan dan kemungkinan mereka akan dipindahkan secara paksa ke tempat lain tanpa sebarang pampasan.

Pergerakan bantahan Empangan Kaiduan menerima sokongan dari organisasi, komuniti dan pemimpin politik. Jawatankuasa ini juga telah mula mengadakan kempen awam untuk membantah empangan.

Menurut data GDF, sebuah organisasi yang bekerja di kawasan ini, dianggarkan 1,400 Orang Asal yang tinggal di perkampungan Ulu Papar. Kebanyakan perkampungan ini termasuk dalam kawasan simpan tadahan air yang dicadangkan.

Mereka adalah petani sara diri yang bergantung kepada padi huma/bukit, binatang dan ikan air tawar, dan memungut hasil hutan untuk keperluan harian. Setelah bergenerasi tinggal di tanah nenek moyang, mereka terus menjadikan kawasan yang penuh sejarah dan indah ini kepada kawasan yang hidup dengan kekayaan budaya dan memulihara kepelbagaian tumbuhan dan binatang, yang juga memberikan mereka sumber makanan, ubatan dan sumber lain yang mereka perlukan.

Latar Belakang Kampung dan Taman Banjaran Crocker

Perkampungan ini terletak di pinggir kawasan Taman Banjaran Crocker. sememangnya telah lama dikenali dan diiktiraf sebagai pusat utama kepelbagaian tumbuhan dan ianya dalam WWF Global 200 ekoregion yang diberikan keutamaan tinggi.

Banjaran Crocker telah mula-mula dijadikan kawasan perlindungan hutan pada tahun 1968 dan kemudiannya ditukar kepada Taman Negara Banjaran Crocker pada tahun 1984 untuk memelihara kawasan tadahan air dan biodiversiti. Ia kemudiannya dinamakan Taman Banjaran Crocker pada tahun 1996 dan diuruskan oleh Taman-Taman Sabah, dibawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Walaupun tanah nenek moyang mereka yang luas telah dimasukkan ke dalam Taman Banjaran Crocker, namun komuniti telah berganding bahu dengan pihak Taman-Taman Sabah dan agensi kerajaan yang lain untuk mengurus bersama dan melindungi kawasan ini.

Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Sabah telah lancarkan inisiatif untuk mencalonkan Crocker Range Biosphere Reserve dibawah program Man and the Biosphere (MAB) United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization’s (UNESCO).

Pada awal Disember 2009, Ketua JKKK Kampung Buayan, Albert Sipanis Lojima telah membuat satu laporan polis apabila beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Bantahan Empangan Kaiduan, Nousi Giun telah diintip/diekori oleh dua orang yang tidak dikenali.

Nasihat dari Amnesty International Malaysia telah diminta berkaitan dengan hak komuniti dan aktivis yang terlibat dalam pergerakan membantah projek Empangan Kaiduan dan mungkin berdepan dengan ugutan dan gertakan.

Komuniti berada dalam keadaan takut untuk menghadapi kemungkinan gertakan dan ugutan pihak pemaju projek. Komuniti juga tidak tahu perkembangan siasatan rasmi laporan polis yang telah dibuat oleh Albert.

Dalam cadangan WCT Bhd., mereka menyatakan bahawa peranan kerajaan adalah untuk memastikan penduduk yang mendapat kesan empangan menerima pampasan yang sewajarnya dan penempatan semula dijalankan secara betul.

Walaubagaimanapun, belum ada bukti menyatakan kos pampasan serta penempatan semula telah dirangka. Mengikut rekod lama, Mantan Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee mengatakan kerajaan gagal memberikan pampasan yang wajar serta penempatan semula penduduk yang mendapat kesan dari projek pembangunan kerajaan. Peringatan bahawa prosedur kerajaan memberikan pampasan tidak mengambilkira strategi kehidupan Orang Asal yang merangkumi sistem sosio-ekonomi mereka.

Penempatan semula lebih 1,000 penduduk memerlukan proses yang panjang dan menelan belanja yang besar serta memberikan kesan kewangan yang tinggi kepada kerajaan.

Apabila ditanya oleh wakil komuniti semasa pembentangan SMHB Sdn. Bhd. pada Oktober 2009 di Pejabat Daerah Penampang, perunding tersebut tidak dapat memberikan maklumat terperinci mengenai lokasi penempatan semula, kecuali dinyatakan bahawa ianya terletak di kawasan Daerah Penampang. Penampang telah mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Berdasarkan pengalaman Empangan Babagon, komuniti yang telah ditempatkan semula telah menerima lebih tekanan dari segi sosial, ekonomi, budaya dan psikologi serta kesan kualiti kehidupan mereka.

Masalah penyalahgunaan alkohol, kesalahan jenayah seperti rogol, kecurian dan pecah rumah juga berlaku di kalangan komuniti yang telah ditempatkan semula. Kemudahan tidak mencukupi ditambah lagi dengan pendapatan rendah, menjadikan komuniti ini semakin terpinggir.

Kajian feasibiliti telah gagal menyebut/mengambilkira masa, kewangan dan sosio-ekonomi penempatan semula dan sebarang bentuk pampasan yang wajar atas kehilangan tanah adat, keharmonian, pokok buah-buahan, kawasan penanaman padi, sungai, hutan dan kehidupan tradisi komuniti yang terlibat.

Pertimbangan ini perlu untuk memastikan kesinambungan kehidupan komuniti dan generasi akan dating yang menyeluruh dan mapan, dengan nilai-nilai serta konsep pembangunan Orang Asal yang merangkumi ketulusan budaya dan persekitaran, kemapanan alam sekitar, kelengkapan ekonomi dan kesihatan serta keberdayaan komuniti dan pentadbiran sendiri.

Dalam membuat keputusan melaksanakan Empangan Kaiduan, kerajaan telah gagal memenuhi komitmennya terhadap Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Terhadap Hak-hak Orang Asal. Perkara 10 menyebut:

“Orang Asal tidak boleh dipindahkan secara paksa daripada tanah atau wilayah mereka. Tidak boleh ada penempatan semula boleh berlaku tanpa izin, makluman awal, bebas dan telus dari Orang Asal yang terlibat, dan selepas persetujuan dalam memperolehi pampasan yang adil dan saksama…”.

Dalam hal ini, kerajaan telah gagal mencapai kewajiban penglibatan, konsultasi dan izin dalam melaksanakan pelan pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Orang Asal. Kerajaan diseru untuk merujuk kepada prinsip dan panduan asas pembangunan yang melibatkan penempatan semula dan pengusiran seperti yang dibentangkan dalam laporan yang dikeluarkan pada Februari 2007 oleh ‘UN Special Rapporteur on the right to adequate housing’. Panduan yang berasaskan undang-undang antarabangsa hak asasi manusia ini, memberikan panduan berkenaan piawaian yang perlu diikuti ketika pengusiran berlaku.

Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA)

Pada 8 Februari 2010, Sembilan wakil dari Envsolve Sdn. Bhd. (perunding swasta yang dilantik oleh WCT Bhd. untuk menjalankan EIA) dan 2 wakil dari Pejabat Daerah Penampang telah bertemu dengan penduduk di Kampung Terian.

Menurut Envsolve Sdn. Bhd. tujuan lawatan mereka adalah untuk menjalankan EIA. Perjumpaan antara Envsolve Sdn. Bhd. dan penduduk Terian bermula dengan penjelasan yang tidak lengkap serta maklumat yang mengelirukan tentang identiti mereka, tujuan kajian serta maklumat berkenaan dengan penyelidik.

Borang soal selidik yang diedarkan kepada komuniti menyatakan kajian tersebut adalah kajian kesan sosial. Walaubagaimanapun, wakil dari Envsolve Sdn. Bhd. memberitahu penduduk bahawa tujuan kajian adalah untuk EIA.

Komuniti mendapati/mengamati penyelidik Envsolve Sdn. Bhd. telah beberapa kali gagal untuk menterjemahkan jawapan yang diberikan oleh penduduk dan tidak mencatatkan dengan betul dalam borang soal selidik.

Komuniti juga melahirkan rasa bimbang mengenai masaalah jurang bahasa yang mungkin memberikan kesan ke atas ketidak tepatan kajian yang seterusnya membawa kepada hasil kajian yang boleh diragui. Pada masa yang sama, didedahkan bahawa tiada kajian selari atau perbandingan akan dijalankan di Kampung Longkogungan, Kalanggaan dan Pongobonon, yang terletak jauh di hulu Sungai Papar.

Komuniti berasa amat bimbang akan hak asasi manusia yang akan tergugat dalam perancangan dan pelaksanaan Projek Empangan Kaiduan. Kekurangan maklumat yang lengkap, tepat, mudah diperolehi serta tidak berat sebelah; kekurangan peluang untuk terlibat secara sewajarnya dalam membentuk pelan empangan ini dan pengurangan kesan sosial empangan; Manipulasi data oleh pihak pelaksana; Risiko kemungkinan pemindahan penduduk yang kemungkinan akan mengakibatkan pengusiran besar-besaran.

Komuniti berharap kerajaan menghentikan Projek Empangan Kaiduan dan pembinaan infrastruktur yang berkaitan, dan mempertimbangkan serta mengambilkira isu hak asasi manusia termasuk soal budaya, ekonomi, sosial dan alam sekitar yang berkaitan dengan projek ini.

Ini ternyata memerlukan proses konsultasi yang lebih baik berkenaan dengan projek pembangunan, penglibatan yang sewajarnya dari masyarakat, dan mengambil langkah termasuk perundangan, untuk memastikan perlindungan yang sewajarnya diberikan untuk mencegah pengusiran dan pelanggaran hak asasi manusia dalam pelaksanaan projek ini dan yang berkaitan.

Kita harus mengambil iktibar daripada apa yang terjadi di negeri Sarawak. memang lah kita memerlukan air untuk hidup tetapi kita masih ada jalan alternatif yang lain untuk mendapatkan sumber air daripada membuat pembaziran seperti empangan mega ini. Dan dalam memorandum yang telah dihantar pada tahun lepas, ada banyak alternatif yang telah dicadangkan. Dengan kos sebanyak 2.7 billion, tidak ka nilai itu terlalu besar untuk membina sebuah empangan sehingga tahun 2050????? Kenapa kita tidak menilai masalah pembaziran dan kebocoran di seluruh negeri Sabah? Siapa yang untung dalam projek ini kalau bukan PTI-PTI yang mencuri airdan elektrik. kenapa tidak sahaja menggantikan sistem pempaipan yang sudah lama dan usang?? sini sana bocor?? dan selepas ini, TAI-TAI dari kk akan disalurkan pulak ke kawasan Penampang. bagi saya, sesiapa pun mahukan pembangunan, tetapi biarlah pembangunan itu adil, saksama, ikhlas, telus dan amanah. Setiap pembangunan yang tidak terancang akan memusnahkan khazanah dan kehidupan manusia di muka bumi ini. Dan untuk pengetahuan, syarikat WCT Berhad adalah salah satu syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan empangan Bakun dan setiap JANJI-JANJI MANIS yang ditaburkan kepada penduduk kampung memang jauh panggang dari api!!! cakap semua free, last2 apa jadi?? sampai ada yang tinggal di reban ayam. So fikir2kan lah sekiranya empangan itu dibina di tempat anda sendiri dan syarikat-syarikat lantikan kerajaan yang RASUAH, PENIPU dan PENGAMPU akan memegang projek tersebut gerenti kehidupan anda akan MUSNAH!!! saya menceritakan perkara ini kerana saya pernah melawat dan interview orang-orang penan, kenyah, kelabit dan mereka yang terlibat dalam pembinaan empangan Bakun. lepas nie akan pergi ke MURUM Sarawak lagi.. adioss

lagi mau tambah… kajian EIA belum buat tetapi syarikat sudah lama mengambil sampel tanah.. dan kemasukan EIA pun terang-terang sudah melanggar undang-undang. Penkaji EIA yang dilantik pun, hurrmmmm… anak syarikat CM SABAH. Kerajaan lebih cenderung untuk membina empangan berdasarkan kepada kehendak dan BUKAN PERMINTAAN. 15 buah empangan lagi apa mau bikin????? Sarawak 12 empangan. tenggelam lah borneo…. Ini semua adalah kerana sikap tamak, haloba dan pentingkan diri sendiri pemimpin-pemimpin yang masih lagi memakai sistem pemerintahan yang cabuk, lapuk dan usang tidak selari dengan arus permodenan manusia. Ingat untung saja… yang untung siapa?? Pulau Gaya juga yang untung!!!! kesian orang pribumi!!!

Saya sokong apa yang lugai_lugai katakan! Kita harus belajar dari kesilapan bah. Tengok lah negara negara yang buat banyak empangan, ternyata lebih banyak kesan negatif dari positif.

singapore ok jaaa…

kalau kita mau ckp tnntg hal2 alam sekitar mesti ada “ilmu”.jgn cakap membuta tuli.bikin malu! kalau mau cakap tentang krisis air yg “MUNGKIN” berlaku, x ada bukti yg cukup dan LOGIK yg blh diterima!!kerosakan alam, mencemarkan hak org kampung, pijak maruah dorang, kerosakan byk spesis flora dan fauna dlm range 12 km persegi, itu semua NYATA dan ada BUKTI!!.kau pikir kecil ka tu 12 km persegi tu??pikir baik2 la gaman..kau pikir senang hati ka bila orang ambil hak kau senang2 depan mata kau..??kau mau diam jak??Kau mau org KK hidup senang dan kau korbankan hidup org kampung d Ulu Papar sana???mana tu KEMANUSIAAN kamu yg bapak mama kamu ajar??melainkan monyet atau terrorist yg kasi besar kamu yg x dapat ajar apa tu KEMANUSIAAN.!!KESIAN!!!sebagai org kampung yg tau kehidupan org kampung saya paham kesulitan org2 d kwsn yg terancam oleh pmbinaan ni KULAM DUIT org2 yg x guna otk manusia yg sepatutnya ada pertimbangan akal!dan saya faham perasaan org yg diambil HAKNYA tanpa segan silu..
byk lagi alternatif lain yg blh diguna utk hadapi tu krisis air yg kamu cakap tu..”SINGAPORE OK JAK???” kan sbhboy??
kalau DUIT saja yg d utak kamu (yg berkenaan), kau pikir lapas kau kasi tanggalam tu tampat, lapas kau kasi butak bukit2, lapas kau jemput urang asing buat empangan, lapas kau kasi tanggalam semua tu pokok2, TU DUIT KAU BOLEH MAKAN LA KUNUN!?kau inigaman, mana utak kamu ni?sedih betul bila ada urang sabah sendiri BUDUH2 alias TELINGUNG..main bagi saja tu hak dia..lapas tu nanti hari2 depan sibuk2 becakap sana sini lepas hilang hak sendiri..tapi kesusahan datang dari utak yg tidak diguna macam MANUSIA alias HUMAN BEING!!
x juga la saya mau begaduh atau beputung pakai parang..tapi saya mau buka tu racun d utak urang2 yg x guna utak dia macam seorang manusia yg sepatutnya…!!

Leave a comment

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.