Anjung ABUAIMAN

Archive for the ‘Bicara Kifayah’ Category

Hari ini, umat islam di Malaysia akan menanti dengan penuh debaran. Semacam peminat bola sepak menanti penyerang menyumbatkan Gol. Ada yang gembira kerana Allah masih lagi menghidupkannya untuk bertemu Ramadhan. Ada juga yang terasa “dukacita” kerana tidak dapat makan di waktu siang hari.

Islam adalah satu agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan selari dengan perjalanan alam. Ini kerana fenomena alam cakerawala seperti peredaran bulan, bumi dan matahari sangat berkaita dalam penentuan ibadah manusia. Terdapat beberapa ibadah yang disebut secara jelas sangat bergantung kepada fenomena ini dan ia melibatkan sah dan penerimaan oleh Allah s.w.t. Antaranya ialah ibadah Puasa, Sambutan Idul Fitri dan Wukuf sebagaimana dijelaskan melalaui beberapa kalam Allah dan Hadis seperti dibawah yang maksudnya:

  • “Beberapa hari yang ditentukan ialah bulan Ramadhan bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al Quraan sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara hak dan yang bathil) Kerana itu barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu” (Al-Baqarah: 185),
  • ” Sebulan itu adalah duapuluh sembilan hari. Bila kamu sekelian melihat hilal Ramadhan berpuasalah dan bila kamu sekelian melihat hilal syawal berayalah. Jika mendung takdirkalah hilal itu” (Muslim)
  • “ Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu kerana melihat hilal. Bila hilal tetutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan Syaban tiga puluh hari” (Bukhari dan Muslim)
  • “Mereka bertanya kepada engkau dari hal hilal Katakanlah hilal itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji” Al Baqarah: 189

Bulan yang beredar diatas orbitnya (rujuk Surah Yaasin : 38 – 40) dan kelahiran Hilal menjadi objek penentuan kalendar Islam. Ia akan beredar mengikut beberapa fasa (dilihat berdasarkan bentu bulan). Hilal ialah fasa bulan yang terawal boleh dilihat yang menunjukkan sebahagian kecil dari permukaan bulan yang bercahaya. Ia kelihatan seperti satu lengkuk cahaya halus seperti sabit. Manakala bulan mengambang akan berlaku pada hari ke 14 – 16 (mengikut petua orang bugis, pada masa ini ketam mempunyai isi/daging yang  padat) dan selepas itu ia kembali menjadi bulan sabit.

Kelahiran Hilal berlaku selepas fenomena Ijtimak dimana bulan, matahari dan bumi pada kedudukan selari. Fenomena ijtima ini akan berlaku dihujung hari ke-29 dan hanya berlaku dalam dalam masa sesaat dan selepas itu Hilal lahir. Apabila Hilal lahir, bermulalah tahun baru dalam kalendar islam. Sebab itu di Malaysia, proses Rukyah (cerapan Hilal) dilakukan pada penghujung hari ke-29 iaitu selepas waktu asar menanti tenggelammnya matahari. Namun kadang-kadang Hilal tidak lahir pada penghujung ke-29 sebab, bulan belum mendapat cahaya daripada matahari kerana bulan mengiringi matahari (Surah As-Sham : 1-2)  dengan izin Allah. Itu kekadang, bulan tersebut mengandungi 30 hari.

bicarakifayah1“Wahai orang-orang yang beriman, JANGANLAH kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). An-Nur : 27″

Mungkin hari ini, manusia sudah ramai yang terlupa atau tidak pernah terjumpa ayat ini apabila cuba datang berkunjung ke rumah teman atau sahabat mereka. Ada beberapa adab yang digariskan

  1. MEMINTA IZIN : ramai orang  tanpa meminta izin, terus sahaja memasuki rumah kawan-kawan. Alasan yang diberikan ialah ” Sudah biasa”, “Mereka tidak kisah”,” Ala..kami macam adik beradi”. Tapi perlu diingat, Allah s.wt telah mengajar kita tatacara memasuki rumah yang bukan rumah kita dalam Surah An-Nur (24) : 27 dengan menggunakan kalimah JANGAN KAMU MASUK.. Ditakuti apabila kita masuk, tuan rumah ada urusan penting yang tidak boleh diganggu atau isteri/ anak perempuan dalam keadaan tidak menutup aurat.
  2. MEMBERI SALAM. Para pengunjung hendaklah memberi salam sebanyak 3 kali sahaja. Sekiranya selepas 3 kali, penghuni rumah tidak menunjukkan respon, pengunjung hendaklah balik. Meminta izin dan memberi salam hendaklah dilakukan di luar pintu rumah/pagar.
  3. Untuk rumah sendiri..meminta izin adalah tidak perlu. Namun memberi salam adalah sangat dituntut. Salam diberikan apabila kita telah memasuki rumah. Ada pandangan, seelok-eloknya membaca Basmallah sebanyak 3 kali sebelum mengucapkan salam.

Kesimpulan : Apabila kiat hendak masuk rumah, bilik pensayarah dan sebagainya, hendaklah meminta izin dan memberi salam. Sekiranya tiada respon, janganlah buka pintu rumah atau bilik.

Keputusan sudah diketahui. Ramai yang cukup kecewa dan tidak kurang juga yang tumpang gembira. Gembira kerana ia dapat menutup kelemahan UMNO yang kalah di 2 parlimen. Biarpun kalah di 2 parlimen, hasilnya UMNO mendapat 1 negeri dengan percuma.

Pada hemat saya, keputusan Nizar untuk tidak mentaati perintah sultan merupakan satu perkara yang akan menjerat PAS itu sendiri. Masyarakat melihat pengingkaran ini bukanlah pengingkaran Pakatan Rakyat tetapi PAS yang ingkar walaupun ia adalah persetujuan bersama. Kesannya nanti akan berlarutan. Masyarakat akan melihat PAS sudah mula untuk “kurang ajar” dengan Istana. UMNO dengan kebijakan yang ada, akan menggunakan isu ini untuk memerangkap PAS. UMNO tidak akan menembak PKR atau DAP kerana kebanyakan rakyat yang sayang kepada Istana adalah penyokong/pengundi tegar PAS. PAS sedikit sebanyak akan mula hilang sokongan pengundi melayu di Perak yang sayangkan sultannya dan mungkin akan pengaruhi pengundi di luar.

Bagi saya, Nizar kena membaca politik masa hadapan. Pengundi melayu masih sayangkan Tuanku. Bersetuju untuk melepaskan jawatan merupakan keputusan yang dikira sesuai buat masa ini. Kedegilan Nizar akan menyebabakan Tuanku murka. Kemurkaan Tuanku akan di gunakan oleh musuh untuk memburukkan lagi PAS. Sekiranya PAS sanggup berdepan dengan situasi ini, teruskan untuk ingkar. Sekiranya tidak…kosongkanlah kerusi MB.

Lagipun ikut perkiraan MAC 2008, PAS tidak sepatutnya mengetuai kerajaan Perak kerana jumlah ADUNnya yang paling sedikit. Namun Tuanku  melantik Nizar atas budi bicaranya. Berpandukan kepada ihsan lantikan Tuanku, maka pulangkanlah kerusi itu semula kepada Istana. Istana sudah menentukan penggantinya. Bagi saya, Nizar kena akur. Jawatan itu hanya dipinjamkan oleh Tuanku

Didoakan Nizar sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t


TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.