Anjung ABUAIMAN

Archive for the ‘Info Siswa’ Category

Tugasan kali ini berobjektifkan untuk menghasilkan objek poligon vektor. Para pelajar diminta merujuk tugasan di papan notis hadapan bilik saya.

TUGASAN 2a – TRANSFORMASI RASTER KE VEKTOR

  1. Melakuan proses georeferencing (gunakan unjuran peta GCS-Timbalai 1948)
  2. Melakukan proses penvektorisasian mengikut peta masing-masing (boleh pilih samada gunakan kaedah heads-up digitizing atau automatic vectorization)
  3. Menyediakan pangkalan data dan mengemaskini. Sila download petunjuk gunatanah di SINI – LU legend
  4. Menghasilkan peta tematik

Penilaian akan dilakukan ke atas ketepatan pendaftaran imej, kandungan pangkalan data, hasilan vektor – silver dan gap serta kekemasa peta tematik. Semua hasil kerja WAJIB dihantar menggunakan format SOFTCOPY/Digital

TUGASAN 2b – ESEI RINGKAS

Para pelajar diminta untuk membuat salinan sub-topik yang diberikan daripada buku “Geographic Information System: An Introduction” oleh Tor Bernhardsen. Buku tersebut hanya boleh dirujuk bermula pada 2 September di perpustakaan UMS di bahagian bertanda MERAH. Tugasan WAJIB dihantar dalam bentuk HARDCOPY

Tarikh penghantaran pada minggu pertama selepas cuti Hari Raya

Tutorial pada minggu hadapan ditunda. Tarikh baru akan dibincang semasa kuliah

  • In: Info Siswa
  • Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

  • In: Info Siswa
  • Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

  • In: Info Siswa
  • Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Sila layari laman berikut bagi tujuan Kuliah & Makmalinfosiswa2

MapINFO

ArcGIS

R2V

infosiswa2Salam semua.

Sila DOWNLOAD bahan berikut untuk kuliah dan Tutorial seterusnya

Sila baca dan fahami jenis-jenis Interpolasi

  • In: Info Siswa
  • Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

infosiswa2Hari ini, sudah ramai orang mengatakan bahawa mahasiswa kita sudah jadi mahasiswa lembik. Mahasiswa yang dididik hanya untuk menjalankan dan mengikuti program. Macam robot yang sudah diprogramkan. Bertindak hanya mengikut manual yang telah ditetapkan. Mahasiswa yang tidak berfikiran kritis dan tidak berani mengungkapkan idea-idea baru. Lebih jauh lagi, mahasiswa yang tidak berani bertentangan pandangan dengan pihak yang berkaitan walaupun hak mereka diperkotak-katikan.

Isu mahasiswa tahun tiga Universiti Utara Malaysia, Choo Kok Wei yang dilaporkan dibicarakan dibawa AUKU merupakan contoh yang mungkin akan menambah lebiknya mahasiswa kini. Dilaporkan kesnya cukup mudah iaitu cuba untuk bertentangan pandangan dengan pihak UUM kerana pihak UUM membenarkan kenaikan tambang bas tanpa berbincang dengan mahasiswa.

Selaku mahasiswa yang mungkin terbeban dengan masalah kewangan, sudah pasti mereka tidak bersetuju dengan kenaikan ini. Salah satu kaedah untuk meluah perasaan adalah menulis diruang-ruang blog atau siaran akhbar. Tindakan ini menyebabkan pihak tertentu tidak senang dan dikatakan menjadi punca Choo Kok Wei di AUKUkan. Tindakan ini mungkin akan memberi kesan kepada mahasiswa. Kalau mahasiswa  lembik, jangan salahkan mereka kerana kita yang menjadikan ia lembik disebabkan masalah yang kita bina sendiri.

Kalau pihak berkaitan tidak mahu perkara sebegini timbul, perlulah ada perbincangan diantara stakeholder supaya kenaikan itu akan mendapat persetujuan semua. Sekiranya pihak bas enggan mengikut keputusan bersama, banyak lagi syarikat bas yang mungkin sedang menunggu peluang ini. Sebab kawasan universiti, lubuk pendapatan syarikat-syaraikat pengangkutan awam.

Persoalannya kenapa pihak UUM tidak berbincang dengan mahasiswa dan terus meluluskan kenaikan itu. Anda fikirlah sendiri??

infosiswa2Berpandukan kepada 8 peta topogarafi Pantai Barat Sabah yang telah diedarkan, anda dikehendaki untuk menukarkan peta sungai menjadi Pangkalan Data Ruangan Vektor.. Anda dibenarkan memilih samada ingin menggunakan perisian MapInfo, ArcGIS/ArcSCAN atau R2V.

Pastikan setiap segmen garisan mestilah mempunyai maklumat berikut:- ID, Nama Sungai dan Panjang

Terdapat 2 kaeadah penginputan data ruangan objek poliline  yang boleh dipilih:

1. ON-SCREEN DIGITIZING :

  • Langkah 1 – Daftarkan Imej yang diberikan. Guna sistem kordinat CGS-Timbalai 1948.
  • Langkah 2 – Digit secara manual di atas skrin komputer

2. AUTOMATIC VECTORIZATION :

  • Langkah 1 – pinjam peta topografi yang berkaitan di perpustakaan UMS.
  • Langkah 2 – Lukis semua jaringan sungai sahaja (tekap)  di atas kertas surih (tracing paper).
  • Langkah 3 – Imbas kertas surih yang mengandungi poliline sungai. Proses pengimbasan boleh dilakukan di PAYLESS Copy Centre, Dongongon (belakang Bank Rakyat). Harga RM10.00 saiz AO . Imbas dalam skala GRAY dan simpan dalam format JPEG. Jangan lupa bawa medium simpan – pen-drive sendiri.
  • Langkah 4 – Guna ArcScan atau R2V. Daftar Imej dan lakukan proses pendigitan secara automatik

Sila DOWNLOAD rujukan/panduan berikut : Panduan1, Panduan2, Rujukan

TARIKH PENGHANTARAN

1 Rabiul Awal 1430 H/26 Februari 2009 M


TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.