Anjung ABUAIMAN

KULIAH TERAKHIRKU UNTUK MEREKA

Posted on: October 21, 2008

Teringat Julai 2 tahun yang lepas semasa mereka menjejakkan kaki ke Universiti Malaysia Sabah. Tergambar wajah terlebih ceria bercampur seram-takut di kalangan mereka. Wajah keceriaan itu sudah semestinya disebabkan mereka antara yang bertuah daripada ribuan pemohon yang tidak dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Wajah seram-takut mungkin disebabkan sesi orientasi yang mungkin mereka alami.

Semalam, wajah-wajah ceria itu muncul kembali apabila saya mula melangkahkan kaki ke dewan kuliah. Walaupun ada beberapa nama besar yang tidak hadir kuliah lalu ku tanda merah, tetapi masih ramai yang setia, tetap tekun bersama sehingga minit terakhir. Keceriaan itu mungkin kerana semalam adalah hari terakhir untuk mereka mendengar kuliahku. Mungkin juga menjelang hari ini dan seterusnya, mereka tidak perlu lagi menghadiri kuliahku kerana sudah tidak ada kuliah untuk mereka.

Terlalu banyak kenangan sama ada pahit dan tidak kurang manisnya bersama mereka. Bermula dengan subjek pertama iaitu Geografi Fizikal yang rata-ratanya mendapat C+ dan B-, menyebabkan timbul beberapa persepsi pro-kontra mengenai saya hinggalah kepada kursus GIS pada tahun lepas yang mungkin telah mengubah persepsi itu. Kumpulan pelajar ini adalah kumpulan pelajar yang paling rapat dengan saya semenjak saya berada di UMS. Hingga hampir saya mengenali feel-feel setiap insan dalam kumpulan ini.  Kerapatan itu membuatkan mereka adalah kumpulan pertama yang saya jemput berBBQ dan makan malam dengan resepi masyarakat Bugis di rumah emak di Kunak. Ingin ku bawa lagi mereka ke Kunak, namun tiada lagi kuliahku bersama mereka. Di samping itu, mereka juga adalah kumpulan yang paling rajin yang pernah saya kenali. Bukan setakat rajin dalam kursus, mereka juga sangat suka beraktiviti masyarakat. Dilaporkan hampir tiada masa rehat mereka di UMS. Semua dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti masyarakat….Tahniah diucapkan…teruskan apabila anda berada di luar sana.

Peperiksaan sudah terlalu dekat. Moga-moga mereka juga berjaya dengan cemerlang seperti mana cemerlangnya mereka dalam semua aktiviti yang dianjurkan. Saya mohon jutaan kemaafan sekiranya mereke pernah terasa hati, terguris kata semasa berkuliah dan bekerja lapangan bersama saya. Saya menganggap mereka bukan hanya seorang pelajar tetapi juga sebagai kawan….Mereka itu adalah pelajar Kursus AG30503 amnya dan secara khusus untuk pelajar Geografi Gugusan Fizikal tahun akhir.

Seperti kata seorang rakan blogger saya, “Setiap pertemuan, di hujungnya pasti perpisahan“. Ini adalah fitrah perjalanan hidup. Pesanan saya jangan abaikan Solat walau dimana kita berada, walau apa keadaan sekalipun. Solat adalah perkara yang mula-mula dihisab di akhirat kelak. Tidak guna kita jadi kaya dan berjawatan tinggi, kalau solat tidak terjaga…tiada guna kita hidup didunia.


21 Responses to "KULIAH TERAKHIRKU UNTUK MEREKA"

Terlalu sedih kata-kata yg telah di nukilkan..emm.ye,pastinya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Moga pertemuan dan perpisahan itu memberi jutaan keberkatan dan kebaikan yg akan m’jadikn kita manusia yg mendapat keselamatan hidup dunia dan akhirat..
Terima kasih atas nasihat ini; “Pesanan saya jangan abaikan Solat walau dimana kita berada, walau apa keadaan sekalipun. Solat adalah perkara yang mula-mula dihisab di akhirat kelak. Tidak guna kita jadi kaya dan berjawatan tinggi, kalau solat tidak terjaga…tiada guna kita hidup didunia”..
-Moga dapat dijadikan sebagai panduan & amalan hidup wat kita semua.
-Trima kasih ats ilmu yg telah di curahkan.(>_<).

waa…terharunya saya baca…rajin pula kami ni..hi..hi..hi..

…..😥 sedihnyeee.. sayu hati bila tbaca kata-kata ikhlas seorang pendidik mengenai pelajarnya.. pejam celik pejam celik dah masuk tahun ke 3 kami di UMS (sesi kemasukan 2006/2007), terlalu kejap rasanya waktu berlalu. memang banyak kenangan manis dilakarkan sepanjang kami berkuliah bersama en. kerja lapangan di Kunak adalah yang paling tidak boleh dilupakan.. dalam masa seminggu di Kunak, banyak aktiviti yang terisi, daripada menghadiri majlis perkahwinan sepupu en., kepada malam BBQ bersama juadah bugis, motivasi bersama pelajar SMK Kunak, ke loji rawatan air, Tasik Impian, dan sempat pula berjalan-jalan ke Semporna dan Tawau sebelum balik ke Kota Kinabalu. walaupun penat yang teramat2 nya, tapi pengalaman itu tak boleh di beli dimana2..

berkuliah bersama en. banyak mematangkan kami dengan segala soalan ‘killer’ en., kadang2 sampai rasa nak pengsan pun ada menjawab soalan2 en. yang berbelit & bersimpul2 sangatttt20000… namun itulah yang mengasah minda kami untuk berfikir dengan lebih tajam.

trima kasih yang tak terhinggaaaa diucapkan diatas segala ilmu dan nasihat berguna yang tak putus2 dicurahkan kepada kami.. halalkan makan minum kami, maaf kan segala kenakalan kami jika ada, halalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada kami, dokan kami anak-anak didikmu ini sentiasa berjaya di masa depan kelak..😥 jasamu tetap di kenang..

“Pelajar Tahun 3 Program Geografi Sekolah Sains Sosial UMS” [2006-2009]..

terharu bc ayt2 en ni…blh ngalir airmata.huhu

Salam En… terima kasih atas luahan en… ye awal-awal mang kita org takut.. bila sembang ngan kawan nama EN tak perna tersembunyi dari topik kami… terima kasih kerana mendoakan kami.. di mana ada pertemuan disitu ada perpisahan, saya harap ada pertemuan di lain hari.. kalau bukan di dunia tapi kehidupan akan datang…

bila baca kata2 EN. baru saya tahu rupanya selam ini kehadiran kami di UMS telah dirasai oleh beberapa Pensyarah.. secara jujurnya banyak-banyak pensyarah EN lah paling saya takut.. dengan serius.. soalan pembentangan yang cukup ‘membunuh’

pengalaman tak leh saya lupakan bila saya masuk lambat kelas …

saya : Maaf En lambat
Pensyarah: lau saya tak mau maafkan..
terkedu saya di buatnya.. namun saya gagahkan diri terus ke tempat duduk dan air mata menitis.. tak sangkah.. tapi mang tersa.. dalam hati saya matilah.. EN. dah marah.. bial saya kawan lain kata EN. tengah main2 tu.. tapi betulkah..
sukar untuk dijangkah..

pengalaman kat KUnak takkkan kamu lupakan .. setiap kali melalui kawasan tersebut utuk pulang kampung teringat semula semua kenangan sepanjang kajian tersebut..

halal kan makanan kami, mudah-mudahn kami berjaya pada masa akan datang menjadi graduan minda kelas pertama…

salam…..saya pun setuju dengan jum. mula2 tu takut jugak tapi lama2 dah ok. pengalaman yang tak dapat dilupakan semasa kerja lapangan di kunak.. kami semua hepi sangat..terima kasih kerana menganggap batch kami pelajar terbaik en setakat ini…terima kasih juga untuk semua ilmu yang telah dicurahkan kepada kami..doakan kami berjaya dunia dan akhirat…wslm

salam…huhuhu…awe kasina….sedinya…setiap pertemuan pasti ada perpisahan…namun sy harap ni tidak menandakan hubungan kami dengan en. putus begitu seja…harap2 hubungan ni berterusan walaupun kami uda tidak study lg d UMS ni…
memang mulanna takut dengan en ni..lagi2 la masa sy dpt c+ utk subjek geo.fiz..memang marah jg tapi memang kurang study pun.hehehe…skali masuk klas hidrologi lain plak rasanya…best ni, maybe sebab sudah dibahagikan kpd 2 bidang fiz. dan manusia so lebih fokus la ngan student…makin hari makin best datang kuliah en..kalo tidak dtg kelas rasa berdosa plak…hehehe…
kerja lapangan di kunak tu memag best…susah mau lupa…t’ingat kata2 en masa km ckp km tidak mau kasi join bdk2 smk kunak 2 ikut km p fieldwork..sampai km ckp km mau buang bdk2 tu dalam loji…hehehe…
last2 en ckp (jangan ckp mcm 2 takut sebelum kamu buang tiba2 dorang minta jd angkat km nanti)…hehehe
sy lg sedih tidak dapat hadir kelas en yg t’akhir coz ada exam MUET…
tbyg2 sy dalam bilik kuarantin tentang apa yg dibincangkn pada kuliah akhir hari selasa tu..
last skali thanks untuk semua ilmu dan pengalamn yg en berikan..semua itu tidak ternilai dan tidak bisa di ungkapkan dengan kata2…
apa2pun BUGIS memang BEST…
Lain kali ajak lg ya km p rumah en mkn burasak ngan nasu likku…hehehe…
wslm…

salam..first sye nak ucapkn jutaan trime ksh pada en kerana pandangan en pd bacth kteorag…………..sy btl2 trharu dngan pujian en pd kteorg.terima kasih en.Encik mmg best…

maaf jika saya pernah mengguris hati en slama ini. tp x t,niat di hati untuk menyinggung perasaan org yg telah byk beri tunjuk ajar dan nasihat kpd pelajarnya. terima kasih dengan do yg telah di taburkan dan doa saya untuk en smoga en dan keluarga di rahmati Allah selalu, di murahkan rezeki, di panjangkan umur,di bekalkan dgn ank2 yg soleh dan solehah dan di berikan kesihatan yg baik sentiasa dr-Nya. Amin amin ya Rabbal Alamin….. smoga bertemu lg pada masa akan datang. dan saya berdoa juga agar saya berkesempatan untuk membantu en serta keluarga pada masa akan datang dengan apa jua jenis pertolongan….

salam…hee apa yag dikatakan kawn2 semmgnya betul…papa pn sya mohon maaf krna tidak hadir kelas terakhir…. kerana sya ada ujian MUET….rasa kekurangan pula krna tidak masuk kuliah en. yg terakhir…papa pn trima kasih d atas tnjuk ajar en selama ini..

-smga ikatan yg terjalin akan terus berkekelan…
– trima kasih

huhuhu…sedihnya…sayu ati ni bila bc nukilan 2, betol2 teharu…berair mata ni…..
“HIDROLOGI” sentiasa mengingatkan qu ngan sorang Lect yg telah byk beri tunjuk ajar n nasihat buat kmi…
semua kenangan time d kunak x kn pena kmi lupakn…
bla qu lalu jak LOJI KALUMPANG waduh teringat lg….kngan manis & pahit b’sama rkn seperjuangan
mmg bez dpt g fieldwork sambil jalan2 mkn angin,mkn kuek …. x la tension kn betol betol betol🙂
ermmm trasa nk mkn BRONGKO la hehehe
3ma kaC d atas sgal tunjuk ajar mu kpd kmi…pengorbanan mu sbgi seorg pendidik amat berharga buat kmi….
mohon mf jika pena buat salah n silap…halalkn mkn n minum…
doakn kejayaan kmi….amin
_____________________________________________

p’temuan kt d suatu ari
menitipkn ukhuwah yg sejati
bsyukur ku ke hadrat Ilahi
d atas jalinan yg suci
namun kini
p’pisahan yg t’jadi
dugaan yg menimpa diri ini
bersabr la d ats suratan
kutetap pergi jua…..
kn ku utskn salam dan ingatan ku
dlm doa kudus ku spnjg waktu
ya Allah bantulah hamba Mu
mencri hidayah drpd Mu
dlm mdidikn kesabaran ku
ya Allah tabahkan ati hamba Mu
d ats perpisahan ini
senyuman yg tersirat d bibir mu
mnjd ingatan setiap wak2
tanpa kemesraan bersimpul padu
kenangku di dlm doa mu
smoga Tuhan berkati mu
“teman btpa pilu nya ati
m’hadapi p’Psahan ini
pahit manis perjuangan tlh kt rasa bsama
smoga Allah meredhai pshbatn & pepisahan ini
teruskan p’juangan…..”teman2 ku
…………………………………………………………………………ena 08/09

salam…terharu betul… mcm baru semalam minggu suai kenal. rupanya sdh final year…
pa2 pun terima kasih yang tidak terhingga kepada en.nordin dan kawan2.
halalkan makan minum dan maafkan yang terasa hati dan terumpat…
doakan kejayaan kami semua…

thanks…

TERIMA KASIH BANYAK ENCIK………… TINGGI SUNGGUH PUJIAN ENCIK PD KAMI………..tak ada apa yang dapat saya ucapkan pada encik dan rakan2, terima kasih banyak yang tak terhinnga atas dorongan, tunjuk ajar dan ukhwah yang terjalin hingga kini………… moga ikatan ini akan terus kekal dan Dirahmati…………. AMIN!!!!!

huhuhuhu………sedihnyaaaa…

salam en…br ini sy berkesempatan bce blog nie…sedih sngt rse…terima kaseh en untuk semua yg en curahkan kpd kami…x dpt kami bls melainkan doa je yg kami titipkan untuk en dan kluarga…
di sni sy jg ingin memohon jutaan maap andai ade kesilapn dan keterlanjuran kate dan perangai kami yang mengguris hati en…maapkan kami en…
x tau nk ckap macam ne…huhuhu…
terima kasih en untuk segala-galanya…

arigato kozaimas en…..
btul2….pejam celik pejam celik dh final year…mcm baru smlm kenal ngan penyarah yg bernama en.nordin..
pape pun you’re d best lecture……
ikhlas dari hati…klu ade salah silap saye mtk maaf bnyk2…nti jemputla kami g umah en lg…..hehe…
ok lah….smpaikn salam buat istri n family en…moga2 kluarga en. dimurahkan rezeki & dmudahkn sgla hal..
wssalam…..

salam en….
emm tiada kte yg dpt diluahkan untuk menggambarkan prasaan kami…jutaan trima kasih untuk sume ilmu yg telah en curahkan pd kmi…Allah sje la yg dpt membalasnya…doakan kejayaan kami dnia akhirat…hanya doa jga lah yg dpt kami titipkan untuk en sekeluarga….
rsenye en la pensyarah kami yg plg2 sporting…hehehe…tiap sudut en bnyk ingatkan kami…hehehe…
maapkan kami tok sumenye ye en…tiap kte dan perbuatan yg menghiris hati en…de ke en?hehehe…
at last…doakan ktorg en final nie n untuk seterusnya…
salam

salam..

emm…pejam celik pejam celik dh nk abes rupenye en, kt org pn dh nk grad…yg singgah pasti akn plg ke tmpt aslnya mencrhkn bakti…..(tinggi mknanya…)….

mmg dh dtkdirkan setiap yg bertemu pasti pasti berpisah…tapi perpisahan biarlah yang meninggalkn seribu memori & kngn yg sentiasa segar di ingtn…
kt manusia hnya mrncg tp tuhan yg mnentukan…….

kami akn gnkn sgl penat lelah en. utk ms dpn yg lebih cemerlang, gemilang dan trbilang…..

sdeh gak la nk tngglkan blog ni…

ap2 pn kmi doakn en. & fmly dprmdhkan sgla urusan setiap masa…
AMIN…

wassalam….

tq bebnyk diucapkan kpd en….terjunjung rasanya dengan pujian en kepada kami…trma kasih krna anggap kami batch pelajar en yg plg best skali…
terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan kpd kmi …
sepjg berkuliah dgn en. ia bnyk mematangkan kami…
terima kasih jga ..atas segala soalan2 power yang ditujukan kpd kmi(cth….iakah?)…shgga naik pusing kmi nak jwb en…hehe…tpi berkesan…

apa2 pun…ku ucapkan terima kasih atas segalanya dan ku pohon maaf dari ujung rambut hingga ujung kaki kalau ada yang tersalah bahasa dan terasa di hati…kita manusia biasa tidak terhindar daripada membuat kesilapan…yg penting belajar dari kesilapan…semoga ikatan ini akan terus kekal abadi…dan doakan kejayaan kami selalu….

kpda kawan2 ku… selamat menghadapi peperiksaan n sama2 lah kita mendoakan kejayaan masing2…hepi..horey…

salam.
terima kasi en..sedih dan terharu..kata2 en btul2 mnusuk kalbu..nda pena tlintas dipikiran mdpat “ayat2 chenta” dari sorang lecturer..

seawal berkuliah dgn encik hinggalah shingga kini tidak pena ada lectuter yg betul2 bsmgt mcm en. ..begitu semangat mgajar kami..
bukan stakat mgajar tapi mndidik,beri soalan yg slalu buat sakit jantung..
mberi nasihat..byk nasihat yg en bg..InsyaAllah psl solat sa akan sntsa bawa kmna2 kata2 en tu..
slalu mdoakan kjayaan dan kbhgian kami…
bawa jalan,bawa makan,..makan yg paling bez time di kunak
pengalaman n kenangan ni walupun da bpisah kelak pasti ttp dalam ati..
mungkin lepas grad masing2 bw haluan masing2..kalo sa dpt keja sa mo blanja en skluarga mkn kalo mura rzki cuti2 malaysia..nnt sa kawin en skluarga msti datang aa…

terima kasi en atas ssgla tunjuk ajar..mdoakan kjayaan dan kbahagiaan kami..
minta maaf ats sglanya..sa tidak dtg kelas yg kelas akhir tu sbb ada mslh kat kg nenek sa tenat, minta maaf..tidak dpt jwp soalan,kdg2 encik mgajar tapi bcrita di blkg,pastu halalkan makan minum juga ya..
terima kasih yang tidak terhingga hanya tuhan yg dpt mblsny..

kpd kwn2 len…slmt berjaya..keep in touch bcoz we re “rajin batch..🙂

sy nk smbung kmn dl…huhuhu..

tuk en,
esk2 mesti kami rndu ngan ayt2 favorite en “dilaporkan bahawa…” “perlu di ingat kelas….”🙂 ntah bl r lg dpt dgr….
mtk halalkan seme ilmu n seme2 y en dh bg, sy mtk maaf kalo ade slh slp ngan en..doa sy tuk en, mg2 pasni dpt title Dr pHd plak.amin:)

tuk kwn2 luv u all..
ni lagu tuk seme (hihihi ter jiwe2 plak)

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Salam….lm dh sy bace blog ne, tp xsmpt je nk titipkan sdkit kt2….mmg sy dh mnitiskan air mata sbb terharu dan dlm ms yg sma sy sgt gmbra krna batch km m’jd kbnggaan en….sy pn x nafikn, kalo sbjk geo fzkl awl2 dlu sy la 2 antra yg dpt c. mngkin sbb kjutan kot…tp bla dah mnginjak ke thn 2 dan mngkin dh di bhgikan antr GM dan GF tlh m’bri pluang kpd km utk lbh rpt dgn en…ape2 sy ucpkn jtaan terima ksh di ats sgla curahan ilmu dan ksbran yang m’gnung dgn kerenah km yg kdgkla mngalahkan kanak2 ”ribena” . Semua Pnglman krja Lapangan dan kuliah brsma en, akn m’jd antra kngan terindah spnjg sy di u…Dan benarlah kta pepatah stiap pertemuan psti berakhir dengan perpisahan…begitulah lumrah dunia, walaupun perit utk di terima tetapi sebagai manusia biasa kta terpaksa hadapinya jua kerana hidup mesti di teruskan…. Sy akn sentiasa mendoakan kebahagiaan en seperti en mendoakan kjayaan km….

Kpd kwn2, sy harap ukhwah kt kn terjlin slmanya…smga berjaya m’cpai cita-cita yg diidam2kn….

Wassalam……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: