Anjung ABUAIMAN

BILAKAH BERAKHIRNYA BANJIR DI SIMPANG KE RUMAHKU

Posted on: August 30, 2008

Siang tadi dikala orang lain bercuti, saya pergi ke pejabat kerana ada temu janji dengan para pelajar yang sedang menyiapkan Latihan Ilmiah (Tesis). Disaat menunggu pelajar, awan-awan kecil terbentuk berpunca daripada lembapan atmosfera yang yang disejatkan oleh Laut Cina Selatan ditiup ke arah banjaran Crocker. Wap-wap air ini dipaksa naik ke atas dan akhirnya awan-awan tebal berwarna hitam terbentuk. Kebetulan bilikku menghadap Banjaran Crocker. Saya juga perhatikan tingkahlaku awan berarak merentasi atas bumbung bangunan pejabatku. Awan-awan kelabu ini bergabung dengan awan di atas banjaran Crocker. Maka bertindis-tindislah awan tersebut sehingga menjadi hitam. Kisah perilaku awan ini telah diberitakan dalam Surah An-Nur: 24 dengan tepat. Inilah salah satu bukti bahawa Al-Quran bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi daripada Allah s.w.t, Tuhan yang menjadikan awan tersebut. Longgokan-longgokan awan menyebabkan daya apungan manik hujan dalam awan telah merosot. Hujan turun mula turun di kaki banjaran Crocker sekitar jam 11.00am. Setengah jam kemudian, ia mula merebak hampir ke seluruh kawasan Kota Kinabalu. Rasanya disebabkan hujan ini, pelajar yang telah membuat temujanji tidak dapat menghadirkan diri mereka. Lagipun masa itu, saya tertinggal Handphone.

Lalu jam 2.20 pm saya  pulang ke rumah dalam keadaan hujan sedikit reda. Setibanya di simpang Taman Sepanggar (simpang ke rumahku), kawasan itu sudah dibanjiri air. Paras ketinggiannya tidaklah setinggi 4 Mac lalu (gambar dilampirkan) dan beberapa episod banjir yang lain. Saya yang memandu kereta Kancil ST3184F, alhamdulillah masih dapat melepasi halang banjir tersebut. Kawasan ini merupakan salah satu kawasan Hotspot banjir di Kota Kinabalu.  Sebaik sahaja saya tiba dirumah, hujan semakin lebat  dan ia berlarutan hingga  5.30 pm. Saya jangkakan paras air mungkin naik, sama paras dengan banjir-banjir sebelum ini. Lalu aku terfikir bagaimana keadaan kawasan hotspot banjir yang lain. Apa cerita di Kg. Tobobon, laluan ke Putra Jaya, Inanam, Menggatal.

Apapun kita tunggu laporan dan cerita-cerita di dada akhbar esok

1 Response to "BILAKAH BERAKHIRNYA BANJIR DI SIMPANG KE RUMAHKU"

[…] dalam Alam Sekitar, Banjir Kisah ini sudah banyak kali ku tulis dalam artikel-artikel lepas 1, 2, […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: